Monday, January 29, 2018

Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia #10 Kini Bermula!

Kurus? Badan idaman? Berat badan ideal? Fuhhh..siapa tak nak kan? Nak tapi usaha nak kurus tu ada ke tak? Makan kawal? Senam? Kalau tak ada buat semua tu, macam mana nak kurus dik kak oii. Buang masa jer cakap nak kurus, nak kurus...tapi hasilnya tak dak sebab tak usaha apa pun untuk kurus kan?

IQ memang plan nak dapatkan berat ideal IQ balik. Kalau ikut BMI badan IQ, IQ dah jatuh kategori overweight! Overweight?? TIDAAAKKKK! Punya la masa bujang dulu langsing jer, lepas bersalin terus badan out! Arwah suami plak tak kisah badan IQ ni macam mana pun, dia kata tetap sayang. Tapi IQ yang tetap tak puas hati. huhuhu!

Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Dan kali ni, impian IQ untuk menguruskan badan bakal tercapai. Pihak pengurusan Program Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) berkolaborasi bersama Kelab Blogger Ben Ashaari membuka peluang kepada para bloggers untuk menyertai program JK1M kali ke 10 ini. Program ni berlangsung serentak di seluruh Malaysia, Singapore dan juga Brunei, bermula 27 Januari sehingga 10 Mac 2018. 

Teruja? Mestilah! IQ pilih team KLCC memandangkan team KLCC paling dekat dengan rumah IQ. Dan untuk team KLCC, kitaorang dilatih oleh seorang jurulatih profesional iaitu Kapten Black dan juga beberapa jurulatih berpengalaman yang lain.
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Welcome to the dark side

SESI KICK-OFF PERTEMUAN PERTAMA
Pagi sabtu yang lepas, IQ dah bersiap sedia ke Taman KLCC untuk sesi Kick-Off bersama peserta JK1M10. Berdebar? Semestinya sebab dah lama nak join aktiviti macam ni tapi disebabkan masa dan peluang selalu jer cemburu dengan IQ ni. So, kali ni IQ tak kan lepaskan peluang keemasan ni. IQ bertolak dari rumah 7.30 pagi dan disebabkan jarak dari rumah ke tempat yang dituju tak jauh, IQ sempat singgah beli sarapan dan air.

Untuk team KLCC, ada beberapa orang blogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari juga menyertai JK1M ni iaitu blogger Nina Mirza dan blogger Tati Mansur dan juga beberapa rakan blogger lain. 
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Bersama blogger Nina Mirza dan blogger Tati Mansur
Sampai di KLCC Park, terus cari gazebo yang diberitahu oleh Kapten untuk berkumpul. Kali ni, Kapten arahkan peserta memakai tshirt berwarna putih. So, dari jauh pun boleh cam peserta JK1M ni. Mudah nak cari. Sampai di gazebo, sesi menimbang berat pertama!! Berdebar nak timbang kali pertama yang jadi berat bench mark untuk mulakan sesi kuruskan badan ni. 

68.5kg??? Beratnya!! Dan berat IQ kini bukan lagi rahsia. haha! Berat IQ dah berkurang sejak Arwah Suami meninggal namun still tak capai berat ideal lagi. So, target IQ! Target!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Timbang berat dulu!
Selepas tu, kitaorang diminta mengisi borang maklumat diri dan pengakuan. Dan juga borang untuk mengira kalori yang perlu dibuang mengikut berat badan masing-masing. Formula yang diberikan jelas. Cuma pergi mengisinya dengan betul. 
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Masa untuk mengira
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Sementara peserta mengisi borang, sesi ambil gambar 3 sudut berbeza juga diadakan. Setiap peserta WAJIB ambil gambar untuk rekod perubahan sebelum dan selepas program berlangsung. 1 Gambar hadapan, 1 gambar sisi dan 1 gambar Free Styles. Baru IQ perasan, IQ tak ada trademark untuk gambar Free Style ni lagi. haha, boleh buat la lepas ni. Kali ni macam awkward plak. Malu2 kucen betul!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Sekali kak nina posing haaa
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Selesai mengisi borang, sesi perkenalan bersama Coach dan juga para peserta. Team KLCC antara peserta yang paling ramai. Memang tak dinafikan Team KLCC memang riuh dan havoc! Coach dan peserta sangat sporting. Tak menyesal IQ pilih team KLCC ni. Moga-moga sesi latihan nanti ni perasaan tak menyesal tu kekal ke akhirnya. haha!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Coach Kapten Black
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Kenal-kenal dulu
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Kak ti serupa macam menyanyi dah
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Sesi perkenalan antara Coach dan juga peserta JK1M juga memperlihatkan pelbagai latar belakang dan kisah yang berbeza. Ada juga adegan yang mencuit hati dengan peserta dan juga coach yang sangat-sangat sporting. Memang best! Ada juga bekas peserta JK1m sesi lepas yang turut menyertai JK1M kali ni hanya kerana team KLCC yang sangat best katanya.
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Blogger KBBA9
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Apa yang kelakar pun tak tahu la masa ni
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Peserta yang hadir sesi Kick-Off kali ni
Aktiviti seterusnya dimulakan dengan game Omar-Osman. Nampak macam simple game ni tapi nak perlukan ketangkasan semua orang. Kalau lambat, memang kalah! IQ sendiri pun kalah dua kali tapi akhirnya menang dengan lawan IQ. Yang kalah plak kena jumping jack 10 kali. hehe!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Tak nak tangan dicapai, tarik cepat-cepat!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Macam nak salam jer. 
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Denda Jumping Jack
Lepas main game Omar-Osman, kitaorang main game Buaya-Biawak plak. Game ni paling lama sebab involve semua peserta sekaligus. Tapi siapa yang kalah kena keluar dan akan buat bulatan peserta semakin mengecil. IQ kalah bila bulatan dah separa besar. Sebab kalah? Blur bila Kapten Black sebut buaya atau biawak tu belah mana sebenarnya. Haha!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Tangan atas buaya, tangan bawah biawak
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Coach pun kena main
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Bulatan makin mengecil
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Peserta 3 terakhir. Top 3. 
Last but not least, aktiviti baling bola sambil sebut nama. Aktiviti ni bertujuan nak menambahkan daya ingatan peserta supaya ingat nama rakan peserta yang lain. Memang masa ni kalau tak ingat, rakan lain tak perlu sambut bola tersebut. Ramai peserta JK1M dekat KLCC ni, IQ pun jenuh nak ingat. huhu.
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Sambut bola tu!
Sesi Kick-Off ditamatkan dengan sesi ambil baju program. Walaupun aktiviti tak banyak dan tak berpeluh sangat, namun, hubungan antara para peserta kini sudah terjalin dan bakal bersama-sama menjalani Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia ni. 
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Dapat ker budak ni kurus agaknya?
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Go Team KLCC Go!
Info lanjut korang boleh dapatkan di laman web rasmi Jom Kurus 1 Malaysia di bawah.

Disclaimer: Gambar diambil daripada Facebook Fanpage Kapten Black melainkan yang dinyatakan di dalam gambar.

10 comments:

  1. huwaa bestnya korang.. Baru nak rasa slim hari tu, huwaa kne fokus nanti time pantang hihih jeles tgk korang kurus dlu hihihi

    ReplyDelete
  2. alaaa bestnyer
    cam nk join la pulaaa..huhuhu

    ReplyDelete
  3. caiyok qis.. akak ni semakin menternak lemak, nak joging pun berat hahaha

    ReplyDelete
  4. Shah Alam belum outdoor lagi.. Harap-harap best juga. Hehehe

    ReplyDelete
  5. best of luck IQ. jom sama2 kita sahut cabaran jom kurus 1 Malaysia!

    ReplyDelete
  6. Enjoy giler team Kapten Black KLCC!
    InsyaAllah IQ dapat balik berat badan slim melim cam dolu...
    Go Go Team Kapt.Black!

    ReplyDelete
  7. Berat CR pun dah hampir cecah 70kg. lepas frust hari tu asyik makan je, huhu
    kat sini area Jerantut ada wat.tp xterjoin2,huhu

    ReplyDelete
  8. Good luck IQ! Semoga semakin fit & sihat

    ReplyDelete
  9. Good luck Izyan...harap raya nanti semua jadi kurus

    ReplyDelete
  10. seronoknya dapat bersenam bersama kawan-kawan

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata