Advertisement

Responsive Advertisement

Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!

Minggu lepas baru main air bersama keluarga di Morib. Tetiba dapat peluang main lagi! Wahh...seronok betul Qa'id kali ni. Macam betul-betul meraikan cuti sekolah betul, padahal belum sekolah lagi. Haha! Alhamdulillah, rezeki dapat bawak anak dan keluarga jalan-jalan lagi minggu ni.

So, hari ahad semalam, IQ dan keluarga keeeee Bangi Wonderland Themepark & Resort untuk event Meet & Greet. IQ bawa bersama adik beradik IQ serta keluarga mertua IQ. Kitaorang gerak awal untuk sarapan dan berada di Bangi Wonderland seawal jam 10 pagi.
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!
tada!! IQ di sini!
Masuk kawasan parking dah nampak mercu tanda Bangi Wonderland. Rasa excited mula datang. Tak sabar nak cuba kesemua ride yang terdapat di sini!
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!
Pemandangan dari atas.
Sebelum tu, daftarkan diri dulu. Terima kasih Bangi Wonderland kerana menjemput kami kali ni!
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!
Bagi yang lain, tiket masuk ke Bangi Wonderland adalah RM48 untuk kanak-kanak dan RM58 untuk dewasa. TAPIIIIII
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!

PROMOSI GEMPAK GILER SEMPENA CUTI SEKOLAH
Untuk musim cuti sekolah ni, Bangi Wonderland mengadakan Promosi Gempak Giler untuk ibu bapa membawa anak-anak merasai keseronokan bersama!

Tiket untuk musim cuti sekolah Disember ini adalah RM150 untuk 4 orang (MyKad) bagi hari Isnin hingga Jumaat dan RM180 untuk 4 orang (MyKad) bagi hari hujung minggu dan juga cuti umum.Berbaloi sangat sebab untuk seorang masuk pun jimat banyak!
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!

PERSEMBAHAN ARTIS DI SHOWCASE GEMPAK GILER
Pada 2, 3, 9 dan 10 Disember juga, ada Showcase Gempak Giler diadakan di Bangi Wonderland. Antara artis-artis yang telah menghiburkan pengunjung Bangi Wonderland adalah seperti Ameng Spring, Ezad Lazim, Siti Nordiana, Dato' Awie, Amy Search dan Nico G.
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!
Dan semalam, artis yang datang membuat showcase di Bangi Wonderland tak lain dan tak bukan adalah Khalifah dan Projector Band. Sape tak kenal kan dengan band yang popular dengan lagu Hang Pi Mana dan lagu Aisyah kan kan kan?
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!
Projector Band
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!
Kumpulan Khalifah
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!
Bersama blogger Zura
16 PERMAINAN YANG MENCABAR
Di Bangi Wonderland ni ada 16 jenis permainan yang menjadi tarikan orang ramai. Antaranya seperti di bawah.
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!
Seperti mana-mana taman tema air lain, pakaian yang boleh dipakai mestilah mengikut yang dibenarkan. Untuk gelongsor, jeans, pakaian berbutang dan juga pakaian berzip adalah dilarang sama sekali. Kamera action tak boleh guna yer semasa tengah main mana-mana ride. Kena la ada orang tangkapkan dari bawah. hehe.
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!

Kids Adventure ni memang tempat utama untuk kanak-kanak kecil bermain. Seawal usia 2 tahun pasti seronok bermain di Kids Adventure ni sebab ada banyak gelongsor air yang menyeronokkan! Orang dewasa pun boleh main gelongsor air di Kids Adventure ni. Seronok!
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!
Kids Adventure
Kawasan Kids Adventure ni memang luas untuk seisi keluarga bermain air. Kedalaman air di kawasan Kids Adventure ni sangat selamat untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas bermain air.
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!
Sekitar Kids Adventure
Pirate's Bay juga luas kawasannya. Kat sini ada ombak tau! Seolah-olah berada di tepi pantai. Seronok kalau bila ombak datang, rasa macam berada di laut. Nasib tak mabuk laut jer. hehe.
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!
Pirate Bay
Magic Funnel yang memang besar dan sangat mencabar bagi IQ. IQ dapat la try sekali naik Magic Funnel ni. Memang best dan confirm menjerit! Boleh buat jantung gugur. hehe.
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!
Magic Funnel
PELBAGAI SLIDE YANG MENYERONOKKAN!

Ada banyak slide yang menarik untuk orang dewasa dan kanak-kanak main tau! Antara slide dalam gambar di bawah ni, IQ sempat try 3 jer. Iaitu Insane Racer, Spiralax dan juga The Fall. The Fall paling mencabar sebab rasa macam jatuh dari bangunan 5 tingkat jer! haha! Patutlah nama slide dia The Fall, sesuai sangat! Nanti IQ kongsikan video IQ naik The Fall ni. Tak sempat lagi  nak edit video. hehe
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!
Dari kiri: Body Slide (hijau), Spiralax (merah), The Fall (Purple), Anaconda Trail ( Kuning Hijau), Insane Race (Rainbow), Wonder Loop (Hijau bertutup)
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!
Close up slide: Body Slide dan Spiralax. Spiralax naik dengan tube, manakal Body Slide tanpa tube.
PERLINDUNGAN KULIT WAJIB DIUTAMAKAN!

Well, kawasan Bangi Wonderland ni sangat terbuka. Terdapat khemah disediakan dan gazebo untuk disewakan bagi para pengunjung duduk dan beristirehat. Tapi mesti juga terkena pancaran matahari masa tunggu anak bermain dan juga waktu kita bermain kan?

Cosmoderm Vitamin E Cream ni amat membantu untuk melindungi kulit IQ dari sinaran matahari dan juga merawat kulit ketika mengalami kesan terbakar akibat sinaran matahari.
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!
Cosmoderm Vitamin E Cream
KERIANGAN BERSAMA KELUARGA DI BANGI WONDERLAND
Keluarga IQ sangat seronok sepanjang berada di Bangi Wonderland. Bayangkanlah ayah mertua IQ pun sanggup beli pakaian basahan untuk turun bermain air bersama anak IQ, si Qa'id. Mana tahan duduk tepi tengok jer...hehe. Adik beradik IQ dan adik beradik ipar pun sangat enjoy dengan pelbagai ride yang ada di Bangi Wonderland. Banyak kali naik!
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!
Adik bongsu IQ. Kemain haa main air dekat Kids Adventure
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!
Adik dan adik beradik ipar main Insane Racer, main lumba sapa paling laju, rasa-rasa mana yang menang?
Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!
Medina anak buah IQ pun kemain dengan pelampung dia di Pirate's Bay

Promosi Gempak Giler di Bangi Wonderland Musim Cuti Sekolah Ini!
Kemain haa atok dan cucu. Letih main air, mintak susu. Lepas tu, dah demam balik....huhuhu
UPDATE VIDEO KHAS SEPANJANG DI BANGI WONDERLAND!


Semestinya pengalaman IQ dan keluarga sepanjang berada di Bangi Wonderland amat berharga! Dapat meluangkan masa bersama keluarga pasti menjadi memori paling indah kan?

Bagi korang yang nak rasa juga keseronokan seperti mana IQ rasa, korang boleh la datang ke Bangi Wonderland. Promosi diadakan sepanjang Disember tau! Habis cuti sekolah ni, harga kembali normal. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik link di bawah yer! 

Bangi Wonderland dibuka seperti berikut :



Isnin - Jumaat : 11.00 pagi - 6.00 petang

Sabtu - Ahad : 10.00 pagi - 6.00 petang

Tutup pada setiap Selasa kecuali cuti sekolah dan cuti umum.






Alamat : No. 2, Persiaran Bangi Avenue, 
Bangi Avenue,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. 


Telephone: +603 8912 8333



Fax: +603 8928 0333



Email: sales@bangiwonderland.com.my

Post a Comment

18 Comments

  1. woww seronoknye dapat mandi manda gini

    ReplyDelete
  2. wah, menariknya ...
    kids adventure tu mcm best, hehe ...
    terasa mak budak nak jadi budak semula ...

    ReplyDelete
  3. kalau nak tiket murah beli kat 11street or lazada kan.. tunggu promo kat situ ... berbaloi baloi

    ReplyDelete
  4. Bestnya.. memang seronok lah budak-budak main air.

    ReplyDelete
  5. nk kena repeat ni. xpuas lagi. hahahahha

    ReplyDelete
  6. Kak nina dah pegi awal December ritu. Memang best mandi manda kat Bangi Wonderland. Rasa nak pegi lagi

    ReplyDelete
  7. terimakasih sharing. Menarik ni nampak gayanya.. teringin nak cuba slide tu jee..ehehehe

    ReplyDelete
  8. Terasa seronok tengok gambar-gambar IQ di Bangi Wonderland.
    Banyak aktiviti boleh participate bukan sekadar bermandi-manda kannn, best.. best..

    ReplyDelete
  9. Bestnyaaaaaaa.magic funnel nampak menarik. ada wat video x IQ. nti share ye
    mohon bawak reen ke sini. hee

    ReplyDelete
  10. Seronok kan! BTW..tahniah dah ada domain...

    ReplyDelete
  11. salam singgah sini dan follow.. seronoknya macam best pulak datang sini.. sesuai bawak family..

    ReplyDelete
  12. Bestnya, rugi tak join. Nanti kena bawak anak² ni.

    ReplyDelete
  13. menghitung hari nak pergi lagi...dpt voucher free...hehehe

    ReplyDelete
  14. Bestnya. Tengok gambar pun dah teruja. nanti kalau ada rezeki, saya nak pergi jugaklah ke sini..

    ReplyDelete
  15. waaa..seronoknye main air di bangi wonderland ni..

    ReplyDelete
  16. de tiket bangi wonderland beli kat matta fair tak guna lagi.. sekrang busy sgt.. before exp kena gi jugak ni.. klu tak rugi hahaha

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)