Saturday, December 16, 2017

Kisah Move On Seorang Lelaki - Geng Pagi Hot

Pagi semalam IQ dengar Radio Hot FM Geng Pagi Hot dengan tajuknya Move On. Disebabkan dah 3-4 hari Kamal Adli berada di konti Hot FM, jadinya tajuk perbincangan pagi sepanjang minggu ni banyak berkisarkan cinta; merajuk, dipujuk dan sebagainya. Jadi Dr Love plak si Kamal Adli dekat Hot FM ni. haha!

KISAH EX YANG MOVE ON
Tajuk hari semalam sangat menarik minat IQ bila ada satu panggilan dari seorang lelaki ni bercerita pasal Ex dia move on daripada kena tinggal dengan dia. Dia  tinggalkan Ex dia disebabkan ada awek lain.

Dia cerita yang Ex dia move on kaw-kaw bila dah clash dan nampak berubah sangat. Apa yang berubah? Berubah jadi lebih cantik! haha! Dia cakap masa bercinta dengan Ex dia tu, Ex dia tak derlah cantik sangat, tapi lepas clash jadi makin cantik, cantik dari awek dia yang sekarang lagi.

Sekarang dia dah menyesal sebab tinggalkan Ex dia tu. Sekali Geng Pagi Hot pun bagi Padan Muka kat dia. Siap hashtag #silameninggal lagi..haha! Tu la, jangan tamak dan jangan hanya pandang pada rupa. Yes! Perempuan ni kalau kena tinggal, kaw-kaw la dia transform diri dia. Jangan tak percaya yer? Same goes kalau perempuan diceraikan hanya kerana tak melawa sepanjang perkahwinan. Aihh...masuk bab kahwin plak. haha!

PERNAH KENA TINGGAL JUGAK!
Kisah Move On Seorang Lelaki - Geng Pagi Hot
Pandang mana? Masa depan. Sebab dah move on.
IQ dulu pernah jer kena tinggal zaman bercinta dulu. Ermm...Malas nak cerita banyak tapi apa yang IQ buat? Meraung laa! haha! Tak ada la, buat apa nak kisahkan orang yang tak nak kan kita. Kalau dia clash dengan kita, maknanya itu bukan yang terbaik untuk kita. So, move on jer la. Tak ada jodoh orang kata.

Dan ingat, sebelum berkawan, pasang niat nak serius. Jangan fikir nak main-main. Buang masa jer. Banyak lagi nak fikir dari nak main-main cinta ni. Tu yang IQ buat masa IQ nak bercinta dengan Arwah Suami IQ. Uppss, terpecah rahsia plak. hehehe. Kalau nak kata bab mencantikkan diri lepas move on tu, tu pilihan individu. Yang penting, jangan ubah diri sendiri jadi fake pula. ok?

Sekian tips move on dari IQ. haha!. Bai!

8 comments:

  1. tips move on seterusnya,kena perbanyakkan mengaji.Insyallah..hati kita jadi lebih kuat..Dugaan badai sekalipun mendatang. kita bole hadapi.Tak kira sedih mahupun gembira,jadikan Al quran kawan baik. Salam kenal Izyan..

    ReplyDelete
  2. Macam reen la lepas pts tng ritu. meraung jgk la mula2 tp lama2 terus move on. watpe nk syg kat org yg da xsyg kita kan.

    ReplyDelete
  3. Orang tua2 kan dah pesan..barang yang lepas jangan dikenang..huhu. Mulakan hidup baru supaya dapat cipta kenangan yang baru.

    ReplyDelete
  4. Pernah rasa kena tggal juga, takpe laa nak buat macam mana kan. We deserve better. Mulakan hidup baru. Anggap semua pengalaman yang singgah untuk mendewasakan kita lagi. Aiceywah.

    ReplyDelete
  5. Jangan Fake..hehehe..Takde pengalaman putus cinta..

    ReplyDelete
  6. As for me, memang niat nak mencantikkan diri tu ada but more untuk diri sendiri la sbb duk berangan, how I would look like if i'm skinny.. hahaha

    ReplyDelete
  7. move on mmg cara yg terbaik.. tak perlu nk ingat org yg dh ingat kita. walaupun terkdang teringat jgk.. haha

    ReplyDelete
  8. stail saya dulu pula kalau nak couple, memang cari yang untuk serius terus. Tu yang dah kerja baru couple. & yang couple inilah dah jadi suami saya sekarang. Husband sayalah 1st & last couple saya. hehe. InsyaAllah semoga kekal hingga akhir hayat.

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata