Saturday, November 18, 2017

Masih Ada Yang Berhati Mulia

Salam korang,

Kebiasaan malam minggu ramai ambik peluang keluar sampai lewat malam, dan ada juga yang hanya menghabiskan masa malam minggu di rumah sahaja. IQ pula tak ke mana, cuma ke satu pasaraya di sekitar Wangsamaju jer, cadang asalnya nak basuh kereta. Terus drag dengan cuci mata.

Sementara kereta siap dibasuh, IQ bawak Qa'id main indoor playground dulu. Kalau full time, RM25 tapi disebabkan dah malam, IQ cuma ambik masa sejam jer untuk bagi Qa'id main dalam indoor playground tu. Budak-budak yang ada masa tu cumalah dua orang budak perempuan, itupun adik beradik, dipantau oleh ayahnya. Qa'id jer main sorang-sorang. Kejap main gelongsor, kejap main trampolin, kejap main cedok2 pasir tiruan.

Tiga Beradik
Pada masa yang sama, ada tiga orang beradik duduk di hadapan kawasan indoor playground tu memerhatikan Qa'id dan dua lagi budak yang lain bermain. Dorang hanya menatap gelagat sesiapa yang bermain dengan riang dengan pandangan yang IQ tahu, dorang pun rasa nak main sekali. Namun, mungkin ayah atau mak dorang tak dapat nak berikan dorang peluang bermain kat situ.

Ada kalanya staff indoor playground tu bertanya pada tiga orang beradik tadi, di mana ayah dan mak dorang? Mak dan ayah tahu ke mereka di situ. Tapi kedengaran macam staff tu tanya dengan nada tak senang bila tiga beradik tu cuba panjat kawasan permainan tu. Nada tinggikan suara. Dengan budak-budak pun nak tinggikan suara? Padahal budak tu tak buat apa sangat pun.

Masa berlalu. Masa ni IQ dah hilang fokus pada tiga beradik dan hanya tumpu pada Qa'id. Sekilas IQ ternampak yang paling tua antara tiga beradik tadi bercakap dengan ayah kepada dua beradik perempuan yang sedang duduk di luar kawasan permainan tersebut. Entah apa yang dibualkan,

Dan tiba-tiba.....

Tiga beradik tersebut masuk kawasan permainan tersebut! Bayaran masuk dibayar sepenuhnya selama sejam oleh ayah kepada dua beradik tadi. Allah, masa tu tak putus IQ panjatkan syukur dan sebak bila masih ada insan yang berhati mulia menggembirakan anak-anak kecil. Nampak macam kecil kan? Tapi sedar tak kita bila kita belanjakan duit untuk menggembirakan hati anak-anak yang masih kecil, ganjaran pahalanya besar mana?

Tergamam IQ dibuatnya, nampak macam ayah kepada dua beradik tadi hanya sibuk dengan laptop mengadap kerja sementara menunggu anak-anaknya bermain, namun masih tak lupa nak bahagiakan anak-anak kecil lain meskipun anak-anak kecil tu bukanlah anak yang dia kenal.

Pada masa yang sama, IQ terfikir, kurang lagi amalan IQ di dunia ni. IQ tak setaraf ayah kepada dua beradik tu lagi. Masih belum sampai tahap tu. Namun, masih punya impian ingin jadi seperti itu. Moga kita sama-sama bahagiakan sesiapa sahaja di muka bumi Allah ini. InsyaAllah.

Selamat malam korang, coretan IQ sebelum tidur. Bai!

19 comments:

  1. good read here. followed ur blog tau #934

    sudilah singgah n follow my new blog

    ReplyDelete
  2. Little deed always have the biggest value..

    ReplyDelete
  3. Waahh! baiknya guy tu tolong belanjankan 3 beradik tu. saya pun sebak baca cerita IQ ni.. mesti 3 beradik tu happy giler... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah...pada mulanya rasa macam lain, tapi last2 dia belanja 3 beradik tu rasa macam huaaaa..kagum!

      Delete
  4. alhamdulillah, jom kita doakan si ayah tadi sentiasa murah rezeki. seronok pula dapat buat baik pada orang kita tidak kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mudah2an, aah, kalau buat dekat orang tak kenal, rasa dia lain macam, ni tgk je pn dah rasa wahh

      Delete
  5. jemput la join n meriahkan skali GA Ray kt sini ye kak

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, akan join kalau ada kelapangan. =)

      Delete
  6. uiks.. touching nya.. org tu mesti selalu bersedekah tu... kadang mmg suka juga nak buat gitu tapi takut parents bdk tu offended pulak ... nak buat baik pun selalu ada rasa takut

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdang sesetengah parents ada yangtak mampu nak bawak anak2 dorang tempat mainan macam tu. Since ayah kepada 2 beradik tadi pun dah siap bertanya kepada 3beradik tu mana mak ayah dorang, cuma IQ tak tahu la apa jawapannya sampai tetiba dorang dibelanja masuk ke indoor playground tu, apa pun tabik kepada ayah dua beradik tersebut!

      Delete
  7. Aminnn semoga kita diberi peluang untuk terus berbuat baik dan berbakti kepada insan lain..
    Sedih bila tengok anak-anak kurang berkemampuan tetapi teringin seperti anak-anak lain. Mereka tak minta dilahirkan begitu tetapi itu takdir mereka, sedih sangat kannn..

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata