Monday, November 27, 2017

Expo Negaraku 2017 Kuala Lumpur Pameran Infrastruktur Canggih Malaysia

Ni kesah dua minggu lepas. haha! Punyalah lama baru ada mood nak taip entry. Sorry kawan-kawan. Cuba untuk update dan ceritakan sehabis baik untuk korang kali ni. Tu sebab mood baru nak sampai.

18 November hari jalan-jalan dengan adik IQ. Awal pagi gerak ke rumah dia, singgah Perodua test drive Myvi baru (ok, sangat recommended, boleh nak beli, janji poket tebal). haha! Then, terus gerak ke Dataran Merdeka untuk.......

EXPO NEGARAKU 2017

Expo Negaraku 2017 Kuala Lumpur Pameran Infrastruktur Canggih Malaysia
IQ dan adik IQ, Medina sipi2 jer nampak
Kami berlima, tiga dewasa dan dua kanak-kanak sahaja. Abang IQ tak ikut sebab kerja. Adik beradik ipar pun masing-masing ada hal. So, hujung minggu berexpo dekat Dataran sahajalah kita. Tengok IG Feed Instafamous semua macam best jer expo ni. Tapi tak tahulah sejauh mana menariknya expo ni. 

PARKING BASEMENT DATARAN MERDEKA
Korang tahu tak bawah tanah Dataran Merdeka tu ada parking dan shoplot? Sapa pernah sampai bahagian bawah tanah Dataran Merdeka tu angkat tangan! Ok, IQ dah tahu semua tu dah lama, zaman tak kahwin dengan Arwah suami lagi. 

Tapi yang mengejutkan IQ, adik ipar IQ yang memang lahir dan tinggal dekat KL pun tak tahu bawah Dataran Merdeka ni ada parking?? serius laaa? Parking RM6 sepanjang hari. rasanya. haha! lupe la plak. Tapi lagi senang sebab tak perlu parking jauh2 dan tengah panas. heee
Expo Negaraku 2017 Kuala Lumpur Pameran Infrastruktur Canggih Malaysia
Hero helmet mana boleh tinggal
Kalau parking bawah Dataran Merdeka ni, cuma panjat tangga je la nak naik ke atas. Yang tak bestnya bila tak ada ramp untuk yang bawak stroller atau kerusi roda. Terpaksa la angkut stroller Qa'id ni naik ke atas. Mujur la ada suami adik si Usop ni tolong angkatkan. 
Expo Negaraku 2017 Kuala Lumpur Pameran Infrastruktur Canggih Malaysia
Stage utama di belakang. Majlis perasmian diadakan di stage utama ni 15 November yang lepas oleh Perdana Menteri  Malaysia
Expo Negaraku 2017 Kuala Lumpur Pameran Infrastruktur Canggih Malaysia
Aunties berdua di belakang cuba nak bergambar dengan Qa'id, tapi sekali Qa'id tak senyum daaaa
FAKTA TENTANG EXPO NEGARAKU 2017
  1. Berlangsung selama SEBULAN daripada 15 November sehingga 15 Disember 2017, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
  2. Mempunyai 5 buah kubah beraircond seolah-olah bola golf di kawasan Dataran Merdeka yang merangkumi pelbagai isi menarik tentang pembangunan dan kemajuan negara Malaysia.
  3. Masuk adalah percuma. Tak perlu bayar tiket. Kalau datang dengan GrabCar, boleh dapat diskaun. (Tertakluk terma dan syarat)
  4. Hotel-hotel terpilih sekitar Kuala Lumpur juga menawarkan harga istimewa kepada pengunjung Expo Negaraku (Tertakluk terma dan syarat)
EXPO MESRA PENGUNJUNG
Expo Negaraku 2017 Kuala Lumpur Pameran Infrastruktur Canggih Malaysia
Ruang lepak. 
Di bahagian luar kubah pun banyak tempat orang ramai boleh lepak sambil menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Memang santai habis expo ni. IQ suka tengok konsep dia yang mesra pengunjung bila banyak tempat duduk disediakan jika korang letih berjalan di Expo Negaraku ni. Boleh tengok tempat lepak yang menarik ni dalam video di bawah.
Expo Negaraku 2017 Kuala Lumpur Pameran Infrastruktur Canggih Malaysia
Kubah 2
Sepatutnya kitaorang start dengan Kubah 1 tapi ada staff bagitahu, kalau nak terus ke kubah 2 pun boleh sebab kubah 1 agak ramai orang masa tu, so,kitaorang skip dulu kubah 1 dan terus ke kubah 2. Kubah kedua ni namanya Kemudahan Insfrastruktur. Dalam kubah ni ada banyak Infrastruktur di Malaysia yang sudah, sedang dan akan dijalankan di Malaysia. Boleh tengok video mengenai kubah ni dalam video di bawah.
Expo Negaraku 2017 Kuala Lumpur Pameran Infrastruktur Canggih Malaysia
Board tampal sticker
Setiap kubah ada bahagian tampal sticker macam ni. Kubah kedua ni jadi saksi la kewujudan kitaorang dekat Expo Negaraku tu sebab kitaorang tampal sticket dekat kubah no.2. So, boleh ucap apa-apa dan tulis apa-apa pada sticker dan tampal dekat ruangan tu.

REVOLUSI KEMUDAHAN MALAYSIA
Expo Negaraku 2017 Kuala Lumpur Pameran Infrastruktur Canggih Malaysia
Kubah 3
Kubah no. 3 ni bagi IQ kubah paling besar sebab paling banyak isinya tentang kehidupan dan kesejahteraan di Malaysia. Terdiri daripada pembangunan Malaysia dari awal merdeka dalam sektor ekonomi, pendidikan, perumahan, pertanian, perindustrian dan sebagainya. 
Ruangan revolusi telefon. Menarik sangat bahagian ni bila buatkan kita teringat zaman telefon rumah dan awam yang pelbagai bentuk dan fungsi. 
Expo Negaraku 2017 Kuala Lumpur Pameran Infrastruktur Canggih Malaysia
Telefon awam zaman dolu2. 
Si Qa'id pun tak terlepas nak cuba pegang telefon legend ni. Zaman sekarang dah kurang telefon macam ni dekat rumah. Dah lain version dah. Qa'id suka main telefon macam ni dekat rumah atok dia. So, dia dah biasa cakap dekat telefon macam ni walaupun dia lahir di zaman telefon pintar.
Pembangunan perumahan dan sistem pendidikan yang dipamerkan dalam cara yang sangat unik. Nak tahu kenalah pergi Expo Negaraku!
Pelbagai sumber tenaga yang terdapat di Malaysia juga ditayangkan dengan cara yang unik. Membuatkan IQ yang dah besar ni pun rasa sangat teruja. Nak tahu, boleh klik dan lihat video di bawah. Ada banyak lagi bahagian dalam kubah no. 3 ni. Kalau kita nak tahu info lebih, boleh bertanya kepada staff expo yang bertugas.
Expo Negaraku 2017 Kuala Lumpur Pameran Infrastruktur Canggih Malaysia
Kubah 4, gedik betul yang berdua tu. XD
Kubah no.4. Gaya Hidup Malaysia. Malaysia semestinya kaya dengan budaya kaum dan etnik yang unik. Tak lupa juga dengan alam semulajadi hutan khatulistiwa yang Malaysia ada. Dekat kubah no.4 ni ada satu bahagian yang menarik. Boleh tengok video apa yang menarik.
Expo Negaraku 2017 Kuala Lumpur Pameran Infrastruktur Canggih Malaysia
Menarik di Kubah No. 4, jangan lupa klik video!
KUBAH 5 MENARIK, KLIK VIDEO!
Keluar dari kubah 4, orang jadi sangat sesak. IQ tak berkesempatan nak tangkap gambar signboard kubah no.5. Jadi tak tahu apa nama kubahnya. haha! Gambar pun tak ada, tapi videonya ada! Klik video yer kalau nak tahu apa yang ada dalam kubah no.5! Yang pasti kubah no. 5 boleh baring-baring atas beanbag!
Expo Negaraku 2017 Kuala Lumpur Pameran Infrastruktur Canggih Malaysia
Kubah 1
Disebabkan awal-awal dah skip, kenalah masuk kubah no.1 ni. Tuah dikongsi bersama. Pengisian yang menarik dan padat. Penuh dengan nilai-nilai murni. Paling best bagi IQ. 
5 skrin yang berbeza bentuk, namun berikan pengisian yang amat bermakna. Tabik!

MAKAN JANGAN LUPA!
Expo Negaraku 2017 Kuala Lumpur Pameran Infrastruktur Canggih Malaysia
Deretan Food truck
Selesai tawaf kubah, keluar tengok alamak! Cuaca dah gelap! Bila-bila masa jer hujan nak turun ni. Tapi sempat la nak jalan-jalan luar dekat Dataran Merdeka tu. Ada Food truck dekat sana yer! Kalau tak sempat makan boleh la singgah. Kot-kot tengah tawaf kubah, perut lapar boleh la singgah. IQ dan rombongan dah siap-siap makan, so..just beli air jer. heee..jimat sikit! 
Lebih menarik kalau korang nak tengok Expo Negaraku ni secara live di video ni. Klik dan jangan lupa subscribe yer.
EXPO MENARIK TAPI.....
Bagi IQ, Expo Negaraku ni bagus la nak tunjuk kemajuan Malaysia dekat rakyat yang mungkin tak tahu tentang pembangunan yang sedang membangun di Malaysia ni. Secara tak langsung, kita sebenarnya dapat tahu ke mana negara menyalurkan duit yang kita bayar (cukai). 

Tapi sebenarnya, semua orang tahu bagaimana Malaysia membangun. Semuanya di hujung jari sahaja. Atas kita nak atau tak mencari info mengenai Malaysia atau tak.  So, Expo begini kadang hanya membuang duit sahaja. Kos selama sebulan. dengan kawasan kubah semuanya beraircond. Rasa tak apa yang IQ rasa? hurmmm..Lebih baik duit disalurkan kepada institusi yang terpaksa cut-off budjet rentetan ekonomi Malaysia yang sedang tidak stabil. Kan? 

Ni hanya pendapat peribadi IQ, Sebagai seorang rakyat marhaen. Lain orang, lain pendapat. Tapi at least, IQ luahkan apa yang IQ rasa. Tapi IQ boleh nampak penghargaan rakyat terhadap pembangunan negara apabila rakyat menggunakan kemudahan yang negara berikan dengan perasaan gembira dan berterima kasih. Terima kasih Malaysia. 

10 comments:

  1. menarik... dan ada betulnya lebih elok berjimat dari nak buat expo mcm ni dlm keadaan ekonomi tak begitu baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mrs pip, ekonomi sekarang sgt2 tak stabil, harga minyak pun turun naik...

      Delete
  2. Salah satu cara kerajaan menyampaikan imformasi dengan cepat kepada rakyat

    ReplyDelete
  3. TQ bagitau rahsia bawah dataran Merdeka tu. Taktau pun

    ReplyDelete
  4. Alaa teringinnya nak pergi .sobs sobs

    ReplyDelete
  5. macam seronok jea attend expo negaraku..

    ReplyDelete
  6. tengok orang pergi best..nad yang dekat pun tak pergi lagi..hahaa..

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata