Wednesday, September 20, 2017

Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua

Jari rasa nak menaip tapi kengkangan masa Allah SWT je la tahu. Nak coretkan cerita dekat sini perlukan waktu yang lapang dan tenang. Barulah ayat terbaik dapat dikarang. Haaa..gitu ayatnya. Ok, sambung cerita tentang sambutan ulangtahun anak IQ, Qa'id Aqhar yang diadakan di rumah IQ pada hari sabtu lepas. 

Family mertua IQ sampai malam sebelumnya. Dorang tak nak ketinggalan jadi orang2 terawal wish birthday si cilik tu. Dan hari2 sebelumnya IQ dah start beli barang masak untuk hari kejadian. Pening jugak nak estimate berapa sukatan barang nak beli sebab tak pernah masak untuk jumlah yang ramai. Tapi tak ada la ramai sangat pun. huhu

MENU UTAMA ADALAH...
Awal pagi IQ dah start kupas bawang. Risau bawang tak cukup, kupas satu beg bawang. Beg uncang yang kecik je. Bukan yang besar tu. hehe. Prepare bahan semua untuk buaaattttt......MEE REBUS TERENGGANU. Dah lama aim nak buat mee rebus Terengganu ni. Sebab dah lama tak makan. So, teringin nak buat masa birthday Qa'id kali ni.
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Tadaaaa... Mee Rebus Terengganu. Resipi kemudian hokey!
IQ buat dua periuk mee rebus ni. Dan baru perasan rasa macam terlebih plak masak. Ayah mertua plak order satay dan kuih muih. Berlipat ganda jumlah makanan, ditambah plak IQ order roti jala dengan pengasuh Qa'id, Cik Hanum. Haaa sudah...meriah makanan semua jadinya.
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Meja kecik, muatan penuh
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Mee rebus dalam slow cooker tu.
TETAMU TERDEKAT..
Siapa jer yang datang? IQ dah aim nak ajak yang terdekat sahaja. Family dan kawan2 rapat. Tapi yang ada cuma family. haha! Sebab cuti hari Malaysia ni semua ada plan masing2 dah. Ada banyak plak kenduri berlangsung pada hari tu. So, kawan2 rapat semua tak dapat datang. huhu.
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Tak perlah, Medina datang, mok chik happy sangat dah. Ini anak saudara IQ. Satu2nya anak saudara perempuan.
HIASAN UNTUK BACKGROUND
Prop disediakan dan dihiaskan oleh Mak Lang, Acik Nina, Acik Atoi, dan Pak Teh Qa'id. IQ just beli belon jer. hehe. Tema warna tak plan biru tapi sebab tak tahu nak pilih warna apa, just pilih warna biru+kelabu. Prop yang lain2, Mak Lang Qa'id beli. Sekali dengan alas meja Happy Birthday tu semua. Prop dibeli di Kaison dan juga Mr DIY.
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
KEK ISTIMEWA UNTUK QA'ID
Untuk kek, IQ ada cerita kan pasal IQ tak dapat nak tempah dengan kawan IQ sebab order dah penuh dalam entry yang lepas. Mengadu dekat mak dan ayah mertua, terus ayah cakap "Nanti atok beli kek untuk Qa'id yer" Cucu kesayangan sangat Qa'id ni. Yes, atok dan opah Qa'id tempah kek istimewa untuk Qa'id....
*
*
*
*
*
*
JENG JENG JENG

KEK LOOORIIIIIII
Disebabkan Qa'id tengah 'Gila' lori sekarang, atok dan opah tempah kek lori bomba terus. haha! Terkejut habis masa tengok kek malam sebelumnya. Betul2 surprise untuk Qa'id. Kek ditempah khas di Melaka dan dibawa ke KL. Memang jauh kek ni merantau. Rasa dia? Mestilah sedap! Memang terbaiklah!

Prepare untuk tiup lilin dan potong kek!!
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Kalau ada sesiapa tengok video tiup lilin yang IQ upload dekat instagram, haaa...tahu jelah kan betapa STRUGGLEnya mak mak ni nak bagi anak tiup lilin tu haaa...adehhh..dia takut api ke tak tahu lah...rasanya takut api la kot, sebab masa potong kek ok je. Saje je kan nak bagi ibu dia ni jadi Hulk kejap. huhu
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Yang lain dah termuncung-muncung tolong tiupkan kek.
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Masa potong kek elok je plak.
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Yang ini ibu pun kalah, dengan atok selalu behave.
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Dengan pak teh dia. Kongsi bulan kelahiran yang sama. 
Alhamdulillah. Dapat jugak buat jamuan kecil2an ni biarpun hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja. Insya-Allah, ada rezeki lebih ajak lebih ramai lagi. Mungkin buat dekat tempat lain sebab rumah sekarang memang tak berapa nak luas. hihi. Ada rezeki lebih nanti. Insya-Allah.
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Sesi buka hadiah. Terus buka tak tunggu orang balik dah.
Hadiah2 yang Qa'id dapat, macam2 jenis....ada lori, ada kereta, ada playdoh, ada tiang gol, ada buku. banyak hadiah yang dia dapat kali ni. Penuh lagi la khemah dia kat belakang nun.
Sambutan Sederhana Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Antara yang memeriahkan. Adik IQ dan anaknya, Medina 
Hadiah ibu untuk Qa'id? tunggu entry2 seterusnya! Tahun ni ibu dia bagi something yang berbeza memandangkan Qa'id dah besar, dah pandai berlari, melompat semua. Kita bagi dia rasa semua tu. ok. jumpa next entry! bai!

12 comments:

  1. dia minat lori.
    kalau dekat mungkin saya pergi situ.

    happy birthday sekali lagi. kay fb dah ucap dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, minat lori sekarang.

      hehe, nampak la lokasi adam jauh dari kL

      terima kasih adam

      Delete
  2. Happy Birthday Qa'id. Comel kek birthday dia.

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Qa'id ... semoga menjadi anak yang soleh.
    Saya suka kek tu, memang comel ... anak mrs pip pun suka sangat dgn lori lagi lagi lori bomba :)) ... dan satu lagi, anak2 mrs pip pun kalau dengan poh poh (nenek) dan kung kung (atuk), memang behave la sangat, tapi kalau kat mrs pip ni, adohai, boleh tahan perangai mereka T_T ...
    apapun, have a nice day IQ & Qa'id.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! boleh jadi geng la macam tu, suka dengan lori bomba kan? hehe. kaannn? bila dgn atuk dan nenek ni, budak3 jadi behave sgt,

      terima kasih mrs pip!

      Delete
  4. Happy belated besday Qa'id , semoga jadi anak yg soleh :')

    ReplyDelete
  5. happy belated besday Qaid.. bnyak hadiah qaid dapat.. semoga qaid membesar dgn sihat..Qaid tak jemput untie ke.. untie boleh bawak lori besar lagi dari kek tu hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih aunty zie! huhu, maaf kak zie, buat kecil2an jer..huhu...haha! lori ape agaknya aunty zie nak bawak tuuu

      Delete
  6. sederhana tetapi meriah. happy birthday qaid

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata