Tuesday, August 15, 2017

Hubungan Dengan Keluarga Mertua Setelah Kematian Suami

Masa IQ on the way balik ke KL dari Melaka, IQ borak2 dengan adik ipar IQ. Borak panjang lah. Tiba-tiba adik ipar IQ ni cerita pasal something.

Adik ipar: Hari tu kan, masa DN cakap DN nak gi rumah kakak ipar (IQ) dekat kawan ofis DN, dorang macam reaksi pelik.
IQ: pelik kenapa?
Adik Ipar: Yelah, dorang tanya, still ok ek dengan kakak ipar even abang dah tak ada?
IQ: owh, kaklong faham apa maksud DN. Faham...sebab pernah ada seseorang cakap macam tu jugak dengan kaklong.

Perbualan diteruskan dengan penjelasan lain dan borak2. Tapi dekat sini IQ nak tekankan. Walaupun suami kita sudah meninggal dunia, tak bermakna hubungan si isteri dengan keluarga Arwah suami putus yer. Tak sama sekali. Hubungan dengan ayah dan mak mertua lebih lebih lagi. Silap bila ada pihak cakap tak perlu berhubung sangat dengan keluarga Arwah. Kenapa?

TETAP SAMA SEPERTI MAK AYAH SENDIRI

Seusai akad nikah sahaja, mak dan ayah mertua akan jatuh hukum sama seperti mak dan ayah kita sendiri. Yer, seperti ayah dan mak kita sendiri. Bercerai hidup pun, hubungan dengan bekas ayah dan mak mertua kita pun tetap sama, seperti mak dan ayah kita sendiri. Boleh cium tangan tanpa terbatal wudhuk. Apatah lagi jika bercerai mati. Boleh rujuk video di sini

Keduanya, IQ mempunyai anak iaitu anak atau waris kepada Arwah. Hubungan antara cucu dan datuk serta nenek lagi kuat. Jadi, tak kan lah IQ nak putuskan hubungan antara anak IQ dengan datuk dan nenek dia. Anak IQ pun satu2nya cucu diaorang pada saat ini. Hubungan adik beradik ipar dah macam sedarah sedaging, bukan adik beradik ipar. Boleh nak bertepuk tampar. Bergurau kasar. 

Kalau ikutkan IQ memang perlukan masa untuk adapt dengan keluarga mertua IQ selepas Arwah meninggal dunia. Bukan senang, banyak perkara yang buatkan kami berselisih faham. Maklumlah, yang kenal IQ sebelum ni adalah Arwah, keluarga mertua IQ tak berapa kenal IQ. Tapi pemergian Arwah memang buatkan kami semakin rapat. IQ makin kenal perangai adik beradik ipar IQ. 7 orang adik ipar. Sorang2 dah boleh hafal perangai dorang dah. Macam adik beradik sendiri. Alhamdulillah.

Sekian entry yang simple. Nak update tapi kesibukan melanda. Esok update entry lain plak! K bai~

Rebutan mak pak sedara bila balik kampung. 

16 comments:

  1. Betul tu, apa pun mereka tetap mak dan ayah mertua kita. Hubungan silahturrahim tu tak akan putus.

    ReplyDelete
  2. Teruslah menjaga silaturahim yang telah bercambah..

    ReplyDelete
  3. Teruslah menjalin hubungan kekeluargaan.
    Mereka adalah darah daging anak IQ.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah even susah jgk kan nak rapat tp anak salah satu penghubungnya .. smoga sentiasa kekal bersilaturahim hgga ke akhirnyaa

    ReplyDelete
  5. Orang baik pun salah, tak baik pun salah kan... tapi kalau kita layan elok mak mertua pahala sama je dengan mak sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la, yang mengomen selalunya tak mengalami. Betul, pahalanya sama

      Delete
  6. insyaallah.. sirraturahim terus berpanjangan.. sebab ada Qaid yg penyambung warisan.. amin.. doa yg baik2 aja

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak zie, mudahan Allah permudahkan

      Delete
  7. Haii IQ. First time singgah sini. Terus follow.

    Anak IQ tu paling diutamakan. Nanti dia sentiasa ada 2 atuk and nenek. Semoga tabah IQ! :)

    Salam kenal.

    ReplyDelete
  8. anak IQ. adalah penghubungnya. InshaAllah jaga hubungan dgn sebaiknya.. :)

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata