Tuesday, August 22, 2017

Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 1

Hujung minggu lepas, IQ berpeluang join Family Day KBBA9 yang diadakan di Legend Cherating Beach Resort selama 3 hari 2 malam bersama-sama anak IQ dan juga adik ipar IQ. Ini juga menjadikan aktiviti IQ yang pertama bersama KBBA9. First time ni nak jumpa rakan-rakan blogger yang lain. Selalunya borak di Whatsapp Group, tapi kali ni dapat jumpa face to face gitu. Cuak jugak, walaupun rasa excited nak join family day ni. hehe.

DAPAT BILIK BEST!

Sampai Legend, terus check in. Penat sangat badan. Tapi rasa hilang penat bila tengok bila yang wahhhhh. cantiknya!! Exclusive betul biliknya. Dengan katil saiz king, meja menulis sofa, beranda mengadap kolam memang buatkan IQ rasa wahh...bestnya! Terima kasih Legend Cherating Beach Resort kerana menaja penginapan dan aktiviti Family Day KBBA9 kali ni. 

Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort  - Day 1
Jangan jeles k. Bilik IQ cantik. Walaupun berada di tingkat 5.
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort  - Day 1
Ushar bilik mandi of course! Memang wahhh. Air laju, kemudahan lengkap siap hair dryer lagi. Iron board dan iron pun ada! Senang nak iron baju.
Lepas tu, IQ turun balik nak pergi minum petang. Alang-alang tu, tinjau lobi resort ni yang sangat luas! Memang luas siap ada tempat orang main snooker lagi. Kerusi untuk menunggu pun banyak, so tak perlu nak berdiri lama kalau ahli keluarga lain tengah check in atau check out.

Tarikan utama Legend Cherating Beach Resort ni of course la pada kolamnya, di samping resort ni berhampiran dengan pantai. Untuk budak-budak memang pantang nampak kolam, terus rasa nak terjun je. Tak kira la kalau kolam tu dalam atau tak. Mak ayah ni kena pantau anak 24 jam sebab anak-anak memang akan rasa tak sabar nak terjun kolam sebab kolam di Legend Cherating Beach Resort ni memang best!

Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort  - Day 1
Lobi resort yang luas dan selesa.
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort  - Day 1
See, I told you. Memang best kolam dia. Luas! Ada 3 kolam semuanya. 

Green Pool. Kolam ni best jugak cuma kena pakai pakaian renang. 

Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort  - Day 1
Si Qa'id pun nak terjun. Terjun separuh je la dapat. huhu.
Sebelum memulakan aktiviti, kitaorang disediakan makan malam yang sangat sedap! Makan malam disediakan di Coffee House resort. Menu yang disediakan secara buffet memang menyelerakan dan pelbagai juadah boleh dicuba mengikut selera masing-masing.
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort  - Day 1
Menu dessert yang menarik perhatian.
Hidangan utama. yum yum.
AKTIVITI LIHAT KELIP-KELIP DI SUNGAI CHERATING

Aktiviti dimulakan dengan melihat kelip-kelip di Sungai Cherating. Bergerak menuju ke Hafiz's Cherating Activities, kitaorang diberikan taklimat ringkas mengenai kehidupan kelip-kelip oleh Encik Hafiz, seorang yang boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip menggunakan torch light khas. 
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort  - Day 1
Encik Hafiz - Fire flies Whisperer
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort  - Day 1
Sesi taklimat dan bergerak menyusuri Sungai Cherating menggunakan bot.
Selfie sebelum melihat kelip-kelip
Menariknya aktiviti ini kita boleh lihat banyak kelip-kelip yang berada di pokok bergerak ke arah kita setelah diberi arahan oleh Encik Hafiz. Menarik kan? Semestinya menarik! IQ sendiri teruja tengok kelip-kelip datang hinggap di tangan rakan-rakan blogger yang lain. Memang menakjubkan!

Namun, gambar dengan kelip-kelip tak ada yer sebab kelip-kelip alah dengan cahaya lampu, walaupun cahayanya datang dari handphone. So, gambar dengan kelip-kelip memang tak ada. Kalau nak tengok kelip-kelip, korang kena la datang ke Hafiz's Cherating Activities ni untuk rasai pengalaman itu sendiri. Serius rasa sangat puas hati sebab tak pernah ada pengalaman macam ni.

Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort  - Day 1
Nampak tak muka puas hati tu? 
Selesai tengok kelip-kelip, balik resort dan sesi taklimat dan perkenalan dengan blogger-blogger yang diadakan di dewan Seri Kenanga. Part ni best sebab boleh tahu secara meluas apa yang ada di Legend Cherating Beach Resort ni dan juga dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan blogger-blogger yang turut serta dalam Family Day kali ni.

Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort  - Day 1
Sesi pengenalan dengan blogger
Selesai hari pertama. Fuhhh, hari kedua penuh dengan aktiviti. Nak tahu apa dia? Tunggu entry seterusnya yer!

16 comments:

  1. Bestnya korang pi tengok kelip², jeles tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, kak mas tak pergi ek? patut la rasa kurang

      Delete
  2. Bestnya IQ join... Saya tak dpt nak join, kalau tak mesti jumpa kan. Btw, sy tumpang gembira utk kawan2 kbba yang join ni.. Mmg best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau DP ada mesti lagi best, memang best program ni

      Delete
  3. kat kmpong Kuantan kuala selngor ada kelip2 jugak haha.. tapi tak prnah pergi pon

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, ada jugak, tapi yelah kan, peluang nak pergi bukan selalu ada

      Delete
  4. Huhuhu tak sempat nak join sbb sampai lambat

    ReplyDelete
  5. Geram je tengok kolam hijau tuh tp syg xde swimming suit haha .. then makanan dia mmg sedap .. smpai lupa nak amik gmbr huks

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, memang seronok tengok kolam hijau tu, tapi IQ gerun dengan kolam warna tu, rasa macam dalam sesangat. makanan dia memang sedap, mmg lupa habis nak ambik gambar.

      Delete
  6. Bestttnya IQ aktif ngn kbaa.
    Makanan tu lagi la nmpk sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, peluang dapat bersama blogger lain.
      ada lagi makanan lain tapi lupa nak ambik gambar...syok sangat makan

      Delete
  7. Best nyaaa.. teringin nak join sekali .. hehehe

    ReplyDelete
  8. Seronoknya mandi kolam.. Rasa macam nak pegi masa ni jugak ke legend.. hahaha

    ReplyDelete
  9. Seronoknya dapat join family day KBBA9..Pelbagai aktiviti kita lakukan bersama..bila dapat jumpa.lagi ni..

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata