Salam bloggers
Hari ni IQ nak cerita pasal makanan! ok, bila teringat ni pun terliurnya! tadi terbaca pasal tomyam di blog Jepun Mari, terus teringat Tomyam yang IQ makan dengan kawan sepejabat IQ hari jumaat lepas, kesedapannya sampai terbayang ke hari ini...urmm...sedapnya..hehe
Tomyam Sedap di Thai Cup, Publika Solaris Dutamas |
Tomyam yang paling sedap pernah IQ rasa semestinya di restoren Thai Cup bertempat di Solaris Dutamas atau Publika. Hari jumaat lepas IQ pergi buat kali kedua ke sana, dan kali kedua tak ada gambar sebab tak sabar nak makan sampai lupa nak ambik gambar, haha! IQ attach gambar masa IQ pergi kali pertama sahaja yer.
Menu di Thai Cup, Publika Solaris Dutamas |
Thai Cup ni menyediakan makanan Thai asli, tomyam yang menjadi igauan dalam hidup IQ tu tomyam asli Thai yang mengandungi santan, dan rasa dia sangat unik dan sedap! Tak pernah IQ rasa tomyam yang sedap seperti di Thai Cup ni, masa kali pertama IQ pergi, kami order Tomyam, ikan tiga rasa, dan sayur. Untuk kali kedua kami pergi, tomyam sedap wajib ada, ikan masak limau, dan sayur kangkung goreng belacan. Menu selain tomyam pun rasanya sangat sedap! Memang teringat sampai sekarang.
Tomyam Sedap di Thai Cup, Publika Solaris Dutamas |
Tomyam Sedap di Thai Cup, Publika Solaris Dutamas |
Sayur Campur di Thai Cup, Publika Solaris Dutamas |
Tomyam Sedap dan Ikan tiga rasa di Thai Cup, Publika Solaris Dutamas |
Air Green Tea di Thai Cup, Publika Solaris Dutamas |
Harga di Thai Cup? Semestinya agak pricey, tapi kalau nak rasa kepuasan makan makanan yang sedap, memang harga yang agak mahal pun rasa sangat berbaloi! Tambahan pula pergi dengan kawan2, boleh tong-tong. Dapat la rasa kesedapan menu yang disediakan oleh Thai Cup tu bersama-sama.
IQ tak der nak show harga setiap menu di sini sebab IQ pun tak snap menu dia satu2, cuma masa IQ makan dekat situ hari jumaat lepas, dalam 4 orang pun, IQ kena bayar Rm40.00++, so around Rm160.00++ untuk sekali makan. Mahal tapi sangat berbaloi, rasa sangat puas hati. Kawan IQ sampai bungkus satu set tomyam untuk bawak balik makan dekat rumah, sebelum ni akak pejabat IQ yang bungkus, mungkin next time IQ plak bungkus tomyam tu nanti. haha!
Publika dengan tempat kerja IQ tak jauh mana, just naik Grabcar dalam 5minit dah sampai. memang kalau nak makan sedap sikit akan pergi Publika sebab makanan dekat sana banyak choice, tapi kalau agak2 dah hujung bulan, dah sesak2 tak ada duit tu, bungkus makanan dekat lori yang jual nasi campur dengan lauk-lauk melayu pun ok jer. heeee..
Kepada yang berminat untuk rasa makanan Thai yang sedap ni, boleh la ke alamat ini;
1, Jalan Dutamas, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Malaysia
ok la, tu jer nak cerita, next time mungkin tulis pasal makanan korea plak ke? heee~..till then, bye!
18 Comments
Wahhhh tomyam feveret elsa!! Kena pergi nie!!
ReplyDeletehttp://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/4-tips-elak-digelar-drama-queen.html
hehe, pergi elsa, jangan tak pergi, tomyam tu serius sedap!
Deletesedapnya tengok tomyam tuuuu. my favourite tu. aduhai jauhnya nak pergi. sekali sekala takpe makan mahal, kalau selalu kopak jugak lah kan hehe.
ReplyDeletekalau nadia turun kL, wajib pergi tempat ni, serius tak tipu kesedapan tomyam tu, teringat sampai sekarang..
Deletemakan selalu memang kopak duit bulanan, hihi
Alaaa tengok gambar pun da menyelerakan. Nanti bawak reen g sini. Hehe
ReplyDeleteok! janji reen datang KL kne roger, tau!
DeleteTenguk gambar pun dah kenyang..... hehehehehe
ReplyDeletehehehe, tengok gambar pun boleh kenyang ek? hehe
Deletefaveret!!
ReplyDeletekan, ni pun jadi feveret IQ jugak!
Deletewahhhh Publika kot! hahaha harga macam ni mungkin standard lah kan kalau tempat macamtu keh2. Tapi tomyam kedai macamni memang selalunya sedap macam Absolute Thai tu.
ReplyDeletekat publika mmg standard harga macam tu, tapi ada jugak kedai yang murah2, owh, absolute thai ek, macam pernah dengar, heeee
Deletetgk tomyam pun meriah dgn seafood, klu sedap berbaloi la dgn harga, tmpat pun boleh tahan high test..hihii
ReplyDeletebetul tu, klu hujung buln duduk diam2 kat opis..hahaa
tempat mewah kena makan sebulan sekali je, hehe, kalau tak, kopak...heeee...
DeleteGood review. Boleh gi cuba ni
ReplyDeleteterima kasih, cuba jangan tak cuba tau!
DeleteHi. Is it halal restaurant? Or just no pork serve?
ReplyDeleteyup, its halal. no pork serve. =)
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)