Salam Blogger..
Cerita ni cerita hari ahad lepas, sebenarnya kelewatan QaÃd bangun pagi Isnin yang lepas adalah disebabkan kitaorang pergi Icity Shah Alam..huhu...QaÃd baru nak baik demam dah bawak pergi jalan-jalan...ikutkan kebetulan sahaja, sebab plan asal nak pergi tengok rumah sewa baru Pak teh QaÃd. Rumah sewa Pak teh dia tu betul2 berdepan dengan kawasan Icity tu. So, dengan peluang yang ada, moh ler berjalan sebentar bawak si kecik ni berjalan..
Last IQ pergi Icity ni hujung tahun 2012. Perghh, memang banyak perubahan laa. Dulu masuk kira sebuah kereta RM10..haaa..hamek..sekarang dah bagus da, kira ikut jam..hujung minggu dan waktu malam RM3.00 sejam...IQ masuk hampir dua jam, so..bayar RM6.00 jer...ok la dari sekali masuk kena RM10 dulu...
Tapi kalau nak main game dalam Icity ni kena prepare duit je la, beli kad Icity tu dan topup ikut amount game yang korang nak main. IQ naik ferris wheel yang tinggi melangit tu. 10points seorang dewasa, kanak-kanak bawah 89cm percuma, so...QaÃd memang percuma je nak masuk segala game...tapi tak untung bila dia kecik lagi, kena ada pengawasan orang dewasa..huhu..
Naik ferris wheel 4 orang, so total 40 points. Naik ferris wheel beratur panjang, ramai jugak orang suka tinggi rupanya, tapi antara kitaorang berempat dewasa ni ada la sorang yang takut tinggi, haha! Pak ngah QaÃd, sama macam Arwah Ayah QaÃd..takut tinggi..bila gondola kitaorang sampai titk paling atas, dorang jerit kuat2, konon efek untuk QaÃd excited naik ferris wheel tu laa tapi padahal nak hilangkan rasa cuak bila ada paras paling tinggi..haha! lawak giler masa tu...ada video tapi tak transfer lagi dari Sj Cam...kalau tengok balik, mahu menangis gelak... XD
turun je ferris wheel (rupanya sekali round je, kedekut betul!) terus jalan jalan tengok lampu. QaÃd ni yang IQ perasan dia takut patung2, patung kartun dekat Icity tu semua dia takut, dia tak suka figure macam patung asalnya bila pergi shopping mall yang jual baju, ada patung tak berkepala laa, patung tak ada tangan laa, haa, dari situ dia takut, tu pun sebab ada yang takut-takutkan dia, da jadi penakut anak ibu ni..haishhh...
tepat jam 10 malam ada air pancut berwarna ikut rentak lagu dimainkan. Best! First lagu, lagu faizal tahir-gemuruh. Teringat zaman matrik bila jadi atlit kolej, pasang lagu ni masa nak sambut atlit untuk pergi berjuang wakil kolej. Berkobar-kobar semangat. Then, sambung jalan jalan..sampai penat..lepas tu nak balik..
Sebelum balik, sempat lagi naik train dengan QaÃd sekali, sebab utama nak habiskan point dalam kad tu, sebab entah bila la nak datang Icity tu lagi kan? so, naik la dengan QaÃd berdua je sebab ada 8 points je tinggal, sekali naik 5points untuk dewasa dan QaÃd semestinya percuma...lama pulak naik train, ada la dalam 6 round macam tu...ingatkan dalam 3 round je..ok la, untuk budak-budak kan? Tak macam ferris wheel, 10 points sorang pun satu round je...huhu..
then balik rumah tidur! Sampai rumah dah lewat, sempat masak nasi je untuk masak nasi goreng esoknya...dan macam yang IQ cerita isnin lepas, QaÃd susah giler nak bangun, sebab utamanya PENAT! demam dah tak ada, tapi penat ya ampun main dekat Icity tu, main berkejor dengan pak pak dan mak sedara dia..huhu..
say hye QaÃd |
Cam Comel plak gambar ni, pandai Pak Ngah dia ambik shot gambar..pakai hp je pun.. |
Say Hye lagi sekali Qaid... -__- dia tak nak plak.. |
View cantek.. |
Masa QaÃd tengah main kejar2 dengan Pak Teh dia, tapi disebabkan watermark tak nampak plak budak kecik tu.. -_-'' |
9 Comments
gambar last tu macam kena cari barang tersembunyi :p, tiba2 nampak kaki qaid :D
ReplyDeleteaah, mcm kne cri benda tersembunyi, nmpk kki aje ler..hehehe
DeleteKalau kita yg dewasa kalau letih pun alahai malasnya nak bangun pagi apa lagi Qaid yg sekolah tadika pun tak lagi. Seronok memang seronok tapi lepas itulah letihnyaaaa...
ReplyDeleteitulah kak, letihnya sabor je la nengoknye, kalau dah letih, tak der bangun minum susu pun..huhu
Deletetak pernah pergi sana and so far tak teringin pun nak pergi hehe. untuk bebudak sesuai la tempat2 camni, kene tunggu jadi mak budak dulu hahaha :P
ReplyDeletenak enjoy dengan kawan2 macam akan lebih boring sebenarnye, haha, icity ni mcm tmpt dating dan tempat fmily...so, memang kne tggu jadi mak budak..haha!
Deletewah dah makin cantik icity. masa pegi dulu cam ter apa sangat.
ReplyDeleteKan? Skrg da cntik daa
Deletememang betol, buat duit je la dalm tu, masa akk gi train yg IQ naik tu xde pulak, ke tak sempat nak explore hahha..
ReplyDeleteakk naik mcm roller coster budak2, roller coster biasa2 je, mendatar je, takde aksi tonggang terbalik hahaa. jadi kanak2 riang sekjap
Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)