Thursday, January 26, 2017

Pening Kepala Sebab Darah Tinggikah?

January 26, 2017 8
Pening Kepala Sebab Darah Tinggikah?
Lately, sejak Arwah Suami IQ tak ada, IQ kerap sakit kepala, tapi biasa la, sakit kepala sikit-sikit mana nak ambil peduli sangat kan? so, selalu ignore...

IQ pun pernah bagitahu juga sebelum ni kan kalau IQ makan kambing, IQ akan rasa nak demam lepas tu, rasa pening pusing-pusing macam tu, ramai yang cakap tu darah tinggi tapi IQ selalu menidakkan, so IQ selalu ambil langkah tidur awal untuk hilangkan pening kepala tu..

IQ terfikir, Arwah Ummi IQ ada darah tinggi, dan sebenarnya IQ pernah berborak dengan Arwah Suami sebelum ni, IQ fikir IQ akan mati cepat, macam Arwah Ummi IQ sebab IQ rasa IQ banyak ikut penyakit Arwah Ummi IQ, last2 Arwah Suami IQ pergi dulu...kadang-kadang kita memang tak elok berbicara tentang mati tapi mati la yang selalu dekat dengan kita bukan?

So, bila IQ sakit kepala, IQ rasa IQ ada simptom darah tinggi. IQ nak pergi buat checkup secepat mungkin, at least IQ boleh kawal pemakanan IQ sendiri, mungkin gaya hidup IQ sekarang tak sihat dan tak sehappy dulu, Oh man...yes, im truly not happy, sebab IQ tak ada orang yang boleh dengar IQ merapu setiap hari, tiada siapa yang boleh ceriakan hari IQ...stress mungkin..

I hope I can be better like the former living with him, but I know, I won't get them anymore...

Harap segalanya baik-baik sahaja... *mood jaga kesihatan diri sendiri pula lepas ni. no more makanan sedap...huaaaa

K.bai.

Tuesday, January 24, 2017

Bekal Makanan Qa'id dan Eczema

January 24, 2017 8
Bekal Makanan Qa'id dan Eczema
Kalau ikutkan dulu, IQ tak pernah bekalkan apa-apa untuk Qa'id masa Arwah masih ada dulu, semua depends pada pengasuh yang jaga Qa'id...lagipun masa tu, Qa'id masih belum cukup setahun, dan menu makanan Qa'id ni terhad, kena masak yang lembik-lembik, dan senang ditelan.

Berbeza dengan sekarang. Qa'id dah makan macam-macam jenis makanan dah. Dulu ingatkan Qa'id ni jenis memilih kalau nak makan tapi rupanya sebijik Arwah Ayah dia, jenis tolak kayu, batu je. XD...tak der la sampai macam tu, asalkan kena selera dia, semua dia ngap, terutamanya NASI!

Seronok bila tengok anak suka makan kan? tapi sekarang Qa'id ada masalah kulit plak iaitu Eczema. So far, IQ nampak Qa'id alah pada ayam dan telur...kalau makan mesti naik merah2 dan gatal2....so, sekarang IQ tengah usaha nak tukar menu makanan bekal Qa'id...dulu menu macam-macam sekarang dah kena tukar bahan, so..macam terhad sikit...kot...

Dulu menu sebelum Qa'id kena eczema teruk ni, IQ selalu bekalkan nasi goreng telur, pasta carbonara, spagetti bolognese, nasi goreng ikan bilis, mihun goreng, nasi + sup ayam, kuey teow goreng...dan selalu ulang2 jugak menu tu...sebab kadang2 blank dah tak tahu nak masak apa...haha!

tapi start minggu ni, IQ tekad hati nak tukar menu, so, akan ada menu nasi goreng ikan bilis (dalam pemantauan, risau Qa'id gatal dengan ikan bilis), nasi goreng daging, nasi putih + daging masak kicap, nasi + sup daging, dan sebagainya...

Kenapa banyak daging? setakat ni, menu tu je Qa'id macam ok sket kalau makan...kalau tak makan daging pun, asalkan nutrisi daripada daging tu ada, IQ tengah usaha nak cari ayam organik iaitu ayam yang tidak disuntik. Ayam organik elok untuk sesiapa yang ada eczema, tu yang mak mertua IQ cakap, so, IQ nak try masak apa2 pakai ayam organik plak...yelah, dengan ayam je IQ boleh buat menu macam-macam...kan? berbanding dengan daging...lain la sket..huhu..

Qa'id sebenarnye kena eczema dah lama, masa dia kecik lagi, tapi dulu boleh kawal lagi, sekarang macam nak tak nak kena kawal makan dia jugak...kena tahu penyebab eczema dia melarat...kena kawal dari awal...kalau tak, sampai Qa'id besar la dia akan kena eczema tu..

So, doakan IQ berjaya dalam misi mengesan punca eczema Qa'id dan buat bekal untuk Qa'id yang best2! hehe, terasa nak share gambar bekal makanan Qa'id dekat sini tapi selalu lupa nak snap gambar, pagi2 sibuk masak dan siapkan budak kecik tu. haha!

ok la, till then, bai!

Monday, January 23, 2017

Kenduri & Jalan Jalan Johor

January 23, 2017 6
Salam monday blues semua,

Nak mula hari pertama dalam setiap minggu memang lemaunye Allah je la tahu, lebih2 lagi kalau baru balik daripada pergi bercuti atau berjalan-jalan...IQ sendiri baru balik dari JB semalam, sampai KL awal, dalam pukul 6 petang tapi penatnye perghh.....macam nak demam malam tadi...mujur ada makan RichGlow Sunnah Supplement, rasa segar bila dah bangun pagi...hehhehe..terpromote plak...IQ bukan agen yer, IQ consumer je, nak tahu lebih lanjut, boleh komen dekat bawah...heeee

So, hujung minggu lepas IQ ke Johor, memenuhi jemputan perkahwinan kawan satu kelab naik gunung dulu...Nasir & Alyanis, Alyanis pun geng kitaorang jugak cuma junior...haha, standard la kan? Senior kahwin dengan junior, ushar ushar sket...mana yang boleh ditry, try aje, mana tahu kan jodoh? dan diaorang antara salah satu pasangan dalam kelab kitaorang, ramai lagi sebenarnya yang dah kahwin senior junior ni...yang dah ada anak pun ada...heeee...

Bertolak pagi Sabtu dan sampai di Skudai, Johor pukul 2.00++ petang, pergi kenduri lewat sket....lebih kurang dah habis kemuncak majlis la baru kitaorang sampai...makan makan...si Qaíd plak tak nak makan nasi, nak makan kuih je, ambik gambar sana sini sket dengan pengantin, lepas tu balik....tunggu kejap la sebab lepak dengan kawan2 geng kelab, tanya kabar ape semua, lama kan tak jumpa...huhu..terserempak dengan sepupu belah IQ sendiri dekat majlis kawan, lupa yang sepupu kahwin dengan kawan satu belajar kepada pengantin...haha! kecik betul dunia..


Geng veteren SRC UTM
Sepupu IQ, kami orang dungun ganuu..heeee
Lepas pergi majlis, IQ berhajat nak masuk UTM kejap, rumah pengantin area Skudai jugak, so, request nak jenguk UTM, sebab first time nak bawak Qaíd masuk UTM ni...rindu baq hang! Lalu depan kolej dan fakulti, memang serius rindu nak belajar balik! Banyak perubahan dah, terutama kawasan pembinaan bangunan fakulti baru semua dah banyak pokok...haha, sejuk sangat tengok keadaan kawasan UTM, penuh pokok....ditambah plak tak der student...student tengah cuti sem...makin lengang dan sunyi la UTM jawabnya..

Singgah Tasik Ilmu UTM, lepas tu biarkan Qaíd berlari-lari...seronok betul dia...baru nak melangkah ke tasik, hari dah start hujan dah...duduk bawah pondok tepi tasik kejap, sambil tunggu hujan reda...lepas tu gerak ke tempat lain plak...ambil feel kejap laa, rindu UTM sangat kan..huhu..tempat belajar susah senang kehidupan...



Budak kecik main lari2...Tasik Ilmu UTM

Lepas tu geng 3 stooges ke Kilang Bateri, tempat tumpuan anak muda dan mana2 golongan untuk makan dan beli barang rare, haha! kenapa rare? sebab nampak macam geng2 hipster je selalu lepak dekat situ, haha! tak der la, ramai je pak cik dan mak cik datang situ, tapi lepas dipujuk oleh anak masing2 XD..hehe...best la kilang bateri ni, cuma IQ tak der mood nak explore lama2 sebab badan dah penat, dan Qaíd pun dah rimas masa tu..sempat shopping baju dan seluar Qaíd je, dan macam biase la, baju ibu dia memang tak ada dalam list, baju anak je penting XD 


Air Milky Mangga di Kilang Bateri Tampoi, JB..Sedap baq hang!

IQ tidur rumah kawan baik IQ dekat Pasir Gudang, Alhamdulillah, dah ada rumah sendiri dah kawan baik IQ sorang ni, rezeki anak dalam perut kan? Suka sangat rumah dia sebab berkonsepkan moden lifestyle...nice choice...=) Pagi ahad just masak2 dengan 3 sekawan...lama tak masak sama2, IQ tengok je sebab Qaíd super active sangat, makin besar dia, makin aktif, memang bley kurus IQ dibuatnya...

Bertolak balik ke KL tengahari, dan singgah makan dekat RnR Pagoh, dekat situ jumpa plak kawan coursemate masa belajar dulu...bila dah jumpa, kepala tingtong dibuatnya...rasa macam muda bila jumpa kawan2 lama, padahal tak sedar diri, lagi 2 tahun nak masuk 3series...huaaaa..

ok la, till then, bai

Friday, January 20, 2017

IQ Kena Marah

January 20, 2017 10
IQ Kena Marah
Salam hari jumaat buat semua pengunjung blog ini..

Hari jumaat kunjung tiba lagi...mood hari ni so-so je sebab semalam ada satu kejadian telah terjadi...IQ kena marah! wuuuu....kenapa kena marah? sobs, nak cerita pun sedih....meh la IQ cerita jugak...

kawasan rumah IQ ni kepadatan penduduk dia boleh tahan la, tapi mostly melayu, tu yang best...rukun tetangga dekat area rumah IQ memang tiptop tapi disebabkan parking yang tak mencukupi, istilah double park diambil kira sebab kereta yang banyak (ditambah dengan 3 buah kereta buruk yang layak masuk kedai besi buruk pun ada dekat tempat parking)..

so, semalam IQ double park depan dua buah kereta, satu kereta tu selalunya tak gerak sangat, (IQ familiar dengan kereta sekian2) dan satu lagi selalu tak gerak sangat pagi2 buta, assume boleh gerak esok pagi tanpa ada orang call untuk alih kereta..IQ akan letak kad nama IQ dekat dashboard untuk mudahkan orang call IQ untuk alih kereta..

IQ solat maghrib dah lewat jugak semalam tapi masa tu tetiba ada dengar orang hon2 banyak kali...masa tu tak terdetik nak jenguk tingkap, tengok hp pun tak berbunyi, so assume bukan kereta IQ...so, IQ terus solat maghrib...rancangnya nak baca yassin, dah siap2 ambik Al-Qurán dah, tetiba dengar lagi hon dan orang jerit2...ape la yang jerit sangat2 tu...adehhh..

Dan IQ jenguk la tingkap, eh? ada orang nak keluar ke? kenapa tak call? masa IQ jenguk tu baru la nampak dorang terjenguk2 dashboard IQ baca nombor telefon IQ kot masa tu...then, IQ dengar ada call masuk, then terus jawab.."ok2...saya turun jap" berdesup tanggal telekung, tukar baju dan turun...

tetiba je....ada sorang pak cik ni, "LAIN KALI LETAK LA NO.TELEPON TU BESAR2, BUDAK NI NAK KELUAR PUN SANGKUT" erkkk, dah kenapa pak cik ni? orang yang IQ blok kereta tu pun rilek je, pak cik ni kemain marah....IQ cepat2 alih kereta ke depan sikit...masa tu ada satu lagi van, bila orang yang IQ blok kereta tu dah keluar, maka parking tu dah jadi kosong, IQ ingatkan van tu nak masuk parking tu, so, IQ rilek la jap..

tetiba lagi..tuk tuk...(ada orang ketuk body kereta dua kali) adeh..pak cik tu lagi...IQ buka tingkap, tapi pak cik tu lagi cepat, dia buka pintu penumpang sebelah IQ, "parking ada ni, masuk laa" IQ tergamam, dia cakap pun dengan nada marah dia yang tak habis lagi tu...then, IQ cuma angkat tangan jer...IQ nak cakap tak perlah tak payah tak per...tapi tak terkeluar dari mulut sebab dah sebak..IQ tak boleh orang marah marah macam tu...kelu sebak sedih semua ada...plus kenapa ketuk kereta IQ kuat camtu?? lepas tu, dia hempas kuat plak pintu kereta IQ tu, tahu la kereta IQ tu kereta murah, kecik...agak2 la nak tutupnya...huhu..

then, ada pak cik van yang lagi satu datang dekat kereta IQ, dia tanya "masuk la parking tu, awak keluar kerja esok pukul berapa?" IQ punya la tahan sebak, nak jawab memang makan masa, tapi jawab la jugak "pukul 8"...then dia cakap, "haa, masuk parking tu, saya keluar awal, pukul 5, nanti awak masuk parking, saya parking depan kereta awak,"..so, akur je la dengan cadangan pak cik tu, pak cik tu sambung lagi , "jangan ambik hati, orang dekat sini memang macam tu"..then, IQ angguk dan masuk parking...ambik masa jugak sebab air mata dah menitis...huhu..

masuk parking, ambik masa kejap...then baru keluar, pak cik yang marah IQ tadi tu muka macam bersalah je IQ tengok tapi tetap jalan straight pergi rumah dia...

anyway, IQ jadi sedih, sebak...yes, dah lama orang yang bernama lelaki ni tak marah IQ, abah IQ pun dah lama tak marah IQ, arwah suami pun jarang marah IQ, bila kita kena marah ni jadi sentap la sket, senang cerita, IQ kalau kena marah dengan orang tua memang jadi sentap dan menangis..huhu...

bukan apa, IQ sedih, IQ sendiri2 macam ni, tak ada suami dekat sisi IQ, senang je orang nak marah2, kalau situasi yang sama berlaku, pastinya bukan IQ yang alih kereta tu dan semestinya Arwah suami IQ yang akan alih, man to man punya conversation at least pada IQ better la daripada man to woman punya perbualan kan? Sebab tak semua orang boleh respek satu sama lain bila jumpa orang tak kenal...tapi bagi IQ, even IQ salah sebab letak no.telefon sehalus tu, tapi cakap la dengan elok2, IQ dengan rasa bersalah akan mintak maaf...sebab sebelum ni elok je orang call IQ bila IQ letak kad IQ tu dekat situ, IQ jadi pelik bila orang mintak alihkan kereta dan salahkan IQ sebab letak no.telefon kecik2...sebelum tu ada je kereta yang letak no.telefonnya kecik...tak kan la IQ nak letak no.telefon IQ sebesar signboard? XD haha! lawak lak rasa...

ok la, tu je la nak cerita...IQ naik rumah lepas tu sambung nangis, haha! adik ipar iQ tanya kenapa nangis, cakap la ada orang marah...rasa macam budak kecik plak ngadu dekat orang lain....huhu...ada suami boleh la ngadu dekat suami...ni ngadu pada yang terdekat aje laa dan juga warga blog...huaaa...

sambung baca yassin untuk Arwah sambil sendu2, rindu abang sangat.. =(

till then, bai!

Wednesday, January 18, 2017

Renew Roadtax Kereta

January 18, 2017 12
Salam blog,

normally kalau tak ada post dekat blog, sebab tak ada apa nak diceritakan kan? IQ sendiri tengah mood ke laut sket so tak der nak update ape sangat, mood tak best nak menulis, nak tulis ayat macam post sebelum ni selalu kang tak ada plak pengunjung blog IQ ni...heee..

so, nak cerita kali ni pasal IQ renew roadtax kereta!! tapi bukan IQ la yang setel sendiri, IQ suruh agen insurans yang setelkan. Segala benda IQ pernah buat, kecuali roadtax kereta ni. First time nak renew sendiri, kenapa dan berapa apa semua memang tak tahu...selalu memang Arwah suami IQ je yang buat..

Sebenarnya dua atau 3 minggu sebelum Arwah Suami meninggal, Arwah ada cakap pada IQ, "sayang kena belajar renew roadtax sendiri lepas ni, sayang kena buat geran kereta sendiri bla bla bla" Dalam hati IQ masa tu, ape la laki aku ni duk merepek, selalu dia buat, kenapa nak suruh aku belajar plak kan? Tu yang bermain dalam kepala IQ masa tu, padahal tu tanda Arwah nak pergi buat selama-lamanya...huhu...

SO, that's it! IQ just tanya macam mana nak renew roadtax dekat kawan IQ sebelah meja ni yang super power punya. Kenapa super power? Sebab segala benda dia tahu. Berpengalaman luas betul! So, dia rekemen kawan dia untuk buat insurans kereta IQ, sekali dengan roadtax.. dan kebetulan IQ dah bawak cover note insurans yang tahun lepas, so lagi mudah urusannya..

Kereta IQ dah 3 tahun, so, kadar susut nilai dia makin bertambah...so, insurans pun kurang la sket bayar...tahun lepas rm700++ tahun ni rm600++...kereta kecik je, so, tak ada hal sangat, roadtax pun takat rm20 je tambah dengan caj perkhidmatan...

ikutkan IQ boleh je buat dekat MyEG apa semua tu, tapi kadar kemalasan yang membuak tu tak boleh nak dibendung, malas nak isi details ape semua, so, suruh la orang buatkan...hehe...lagi satu, buat insurans dekat MyEG nanti kalau ada apa2 kemalangan, urusannya jadi leceh sket, ini yang IQ baca tempoh hari...so, tak jadi nak buat insurans dekat MyEG..

semalam buat roadtax, petang semalam juga dah sampai roadtaxnya!! tak perlu ke kaunter pun. sonang, pagi buat, petang sampai. petang buat, esok harinya sampai. Cepat dan mudah...kan?

ok la, tu je nak cerita.. k.bai


Tuesday, January 17, 2017

Bukan Baik

January 17, 2017 2
Bukan Baik
Sebab aku sendiri tak pernah baik
Aku sendiri tak pernah berharap orang baik pada aku
Sebab aku tak suka orang mengungkit pada aku
Dan aku belajar tidak mengungkit
Sebab aku bukan orang yang baik
Sebab aku bukan baik
Yang baiknya orang lain
Bukan aku

Ikhlas atau tidak, itu urusan hati,
kadang manusia hanya melakukan,
namun keikhlasan hanya Tuhan saja yang tahu isi..
Sebab orang nampak baiknya dia dahulu,
Namun orang tak nampak baiknya aku juga
Sebab aku pernah buat cela..

Betul orang kata, bila dah tak ada,
baru nak hargai...
matikanlah aku,
baru baik aku terbela...

Friday, January 13, 2017

Tambah Lokasi Tempat Dalam Google Maps

January 13, 2017 6
Salam hari penuh barakah buat semua blogger...

Macam terlebih rajin plak kan IQ update sekarang? Macam menyampah tak baca? huihuihui..maaf yer semua, kalau IQ ada benda nak cerita, memang tangan ni bukan reti nak duduk diam, kerja dekat pejabat melambak pun sempat lagi nak update entry berjela...semalam kerja banyak sampai balik kerja pun pukul 9lebih malam...first time kerja tempat baru ni balik lewat macam tu, creepy kejap...huhu...nasib baik ada ofismate yang tak balik lagi...

So, kerja sudah setel, moh ler update blog lagi! Kali ni IQ nak cerita benda yang IQ buat bulan 12 lepas, dan baru SEMALAM pihak Google ni update dan approve. Apa yang IQ buat dengan Google? Meh nak cerita..

Bulan lepas, IQ nak pergi klinik kesihatan yang terdekat dengan area rumah IQ untuk checkup Qaid 1 tahun 3bulan, search dekat google paling dekat adalah KK AU2. So, IQ pagi2 dah menapak pergi KK AU2 sebab nak book tarikh, first time nak pergi KK untuk checkup anak lepas pindah rumah keramat ni, so kena book tarikh dulu....

Sampai dekat sana rasa heaven sangat, sebab apa? Sebab dekat dengan rumah. Dulu rumah dekat kota damansara, tapi klinik checkup Qaíd dekat Kelana Jaya kau! haaa, jauh bebenor...huhu...kali ni rasa best sebab dekat..huihuihui...Tapi bila nak book tarikh checkup tu sekali tak boleh plak. Kenapa?? 

IQ tak tahu la sistem pembahagian pesakit ni dia bahagikan macam mana...pihak klinik cakap, rumah IQ tak tergolong dalam senarai di klinik tu, kena pergi klinik setiawangsa..a.k.a Dato'Keramat dekat Giant...rumah flat dan rumah teres dibeza-bezakan....klinik dekat situ untuk orang yang tinggal dekat rumah teres sahaja! ok, sangat diskriminasi...tak suka...huhu..

Baru nak happy2 dapat klinik dekat, dah kena pergi klinik lain plak, klinik yang dikatakan tu tak der la jauh sangat TAPI yang jadi masalahnya bila IQ search dekat Google Map tak ada!! IQ terpaksa cari sendiri klinik tu berdasarkan papan tanda sekalian, pusing 2-3 kali baru jumpa, tu pun nak tahu tu klinik bila ada ambulans klinik kesihatan dekat situ...

Klinik Kesihatan Dato'Keramat ni bukan ada bangunan macam klinik kesihatan yang kita biasa tengok, klinik ni berada di bawah satu dewan besar dan klinik kesihatan ada di bawahnya....sekali pandang memang tak macam klinik pun, pintu masuk pun bahagian sisi bangunan...

That's why IQ ambil jalan untuk tambah lokasi klinik ni dalam Google Map, mudah untuk pengguna lain nak cari lokasi klinik ni kan? So, tadaaa, IQ just add nama klinik dan lokasi yang betul dalam google map tu. TAPI bukan bila kita add dia terus masukkan, tak tak...ianya perlu masa sebab pihak Google akan melawati kawasan tersebut dulu untuk mengesahkan tempat dan lokasi adalah betul..

penerangan tentang Google tu IQ agak jer, haha! sebab tu yang dorang kabor pada IQ dalam email yang dorang akan review dulu dan semalam akhirnya dorang approve lokasi yang IQ edit dalam google map tu, sebulan jugak dorang ambik masa....so, lepas ni kalau ada orang cari Klinik tu tak ada la tercari2 macam IQ dulu..bagus tak bagus tak? terasa macam IQ dah jadi seorang warganegara yang sangat berguna, haha! *gelakbesardisini*


email yang IQ dapat semalam, PUBLISHED!
Sama-sama Google Maps team. =P
Kalau korang rajin add location dalam Google Map ni, nanti dapat la points,
tapi points untuk apa pun IQ tak pasti..
Your edit is live! nak drive ke sana dari pejabat IQ ambil masa 18minit, dari rumah? 5 minit aje. =))
So, tak susah dah orang lain nak cari tempat ni =)

Expectation IQ pada klinik dato'keramat ni dulu rasa macam akan lambat, akan susah sebab ramai pengunjungnya, tapi bila tiba hari checkup Qaíd, even ramai orang datang, sistem dorang sangat cepat!! Dalam masa tak sampai sejam pun boleh setel checkup Qaíd, hari tu jadi lambat sebab Qaíd tidur, tak boleh nak ambik berat dan tinggi, so kena tunggu Qaíd bangun tidur dulu...kalau Qaíd tak tidur mahunya setengah jam dah siap..haha!

So, never underestimate them...even kliniknya macam nampak tak nampak, khidmat dorang sangat cepat dan tungtas! tahniah staff klinik kesihatan dato'keramat. sangat efisen, eh betul ke ejanya ni? haha!

ok la, till then, bai!

Thursday, January 12, 2017

Jalan-jalan Icity Shah Alam

January 12, 2017 9
Salam Blogger..

Cerita ni cerita hari ahad lepas, sebenarnya kelewatan Qaíd bangun pagi Isnin yang lepas adalah disebabkan kitaorang pergi Icity Shah Alam..huhu...Qaíd baru nak baik demam dah bawak pergi jalan-jalan...ikutkan kebetulan sahaja, sebab plan asal nak pergi tengok rumah sewa baru Pak teh Qaíd. Rumah sewa Pak teh dia tu betul2 berdepan dengan kawasan Icity tu. So, dengan peluang yang ada, moh ler berjalan sebentar bawak si kecik ni berjalan..

Last IQ pergi Icity ni hujung tahun 2012. Perghh, memang banyak perubahan laa. Dulu masuk kira sebuah kereta RM10..haaa..hamek..sekarang dah bagus da, kira ikut jam..hujung minggu dan waktu malam RM3.00 sejam...IQ masuk hampir dua jam, so..bayar RM6.00 jer...ok la dari sekali masuk kena RM10 dulu...

Tapi kalau nak main game dalam Icity ni kena prepare duit je la, beli kad Icity tu dan topup ikut amount game yang korang nak main. IQ naik ferris wheel yang tinggi melangit tu. 10points seorang dewasa, kanak-kanak bawah 89cm percuma, so...Qaíd memang percuma je nak masuk segala game...tapi tak untung bila dia kecik lagi, kena ada pengawasan orang dewasa..huhu..

Naik ferris wheel 4 orang, so total 40 points. Naik ferris wheel beratur panjang, ramai jugak orang suka tinggi rupanya, tapi antara kitaorang berempat dewasa ni ada la sorang yang takut tinggi, haha! Pak ngah Qaíd, sama macam Arwah Ayah Qaíd..takut tinggi..bila gondola kitaorang sampai titk paling atas, dorang jerit kuat2, konon efek untuk Qaíd excited naik ferris wheel tu laa tapi padahal nak hilangkan rasa cuak bila ada paras paling tinggi..haha! lawak giler masa tu...ada video tapi tak transfer lagi dari Sj Cam...kalau tengok balik, mahu menangis gelak... XD

turun je ferris wheel (rupanya sekali round je, kedekut betul!) terus jalan jalan tengok lampu. Qaíd ni yang IQ perasan dia takut patung2, patung kartun dekat Icity tu semua dia takut, dia tak suka figure macam patung asalnya bila pergi shopping mall yang jual baju, ada patung tak berkepala laa, patung tak ada tangan laa, haa, dari situ dia takut, tu pun sebab ada yang takut-takutkan dia, da jadi penakut anak ibu ni..haishhh...

tepat jam 10 malam ada air pancut berwarna ikut rentak lagu dimainkan. Best! First lagu, lagu faizal tahir-gemuruh. Teringat zaman matrik bila jadi atlit kolej, pasang lagu ni masa nak sambut atlit untuk pergi berjuang wakil kolej. Berkobar-kobar semangat. Then, sambung jalan jalan..sampai penat..lepas tu nak balik..

Sebelum balik, sempat lagi naik train dengan Qaíd sekali, sebab utama nak habiskan point dalam kad tu, sebab entah bila la nak datang Icity tu lagi kan? so, naik la dengan Qaíd berdua je sebab ada 8 points je tinggal, sekali naik 5points untuk dewasa dan Qaíd semestinya percuma...lama pulak naik train, ada la dalam 6 round macam tu...ingatkan dalam 3 round je..ok la, untuk budak-budak kan? Tak macam ferris wheel, 10 points sorang pun satu round je...huhu..

then balik rumah tidur! Sampai rumah dah lewat, sempat masak nasi je untuk masak nasi goreng esoknya...dan macam yang IQ cerita isnin lepas, Qaíd susah giler nak bangun, sebab utamanya PENAT! demam dah tak ada, tapi penat ya ampun main dekat Icity tu, main berkejor dengan pak pak dan mak sedara dia..huhu..


say hye Qaíd
Cam Comel plak gambar ni, pandai Pak Ngah dia ambik shot gambar..pakai hp je pun..
Say Hye lagi sekali Qaid... -__- dia tak nak plak..
View cantek..
Masa Qaíd tengah main kejar2 dengan Pak Teh dia, tapi disebabkan watermark tak nampak plak budak kecik tu.. -_-''
ok la, tu je nak cerita, till then, bai!

Wednesday, January 11, 2017

Berat Badan Turun?

January 11, 2017 14
Salam Blog..

nak gembira sangat pun tak, nak sedih pun tak, berat badan IQ memang dah turun, dalam 6kg rasanya...siapa yang follow blog ni tahu la IQ struggle giler nak turunkan berat badan IQ yang degil betul nak turun tu...dan sekarang memang berat badan IQ dah turun...cuma...

berat badan IQ turun lepas husband IQ meninggal...senang cerita kesan pemergian Arwah..IQ memang tak lalu makan sangat, makan pun tak kerap, waktu malam jadi off selera makan...just tumpu makanan untuk anak je, diri sendiri tak makan pun tak heran..

ye, memang tak elok, tapi dulu ada peneman nak makan kan? sekarang tak ada beria nak makan selain makan dengan adik ipar, ofismate dan family yang lain...kalau dulu, Arwah husband selalu layan IQ nak makan apa je, sekarang tak ada sapa dah nak layan makan...sobs...

masa Arwah husband IQ ada dulu, makan malam mesti ada, kalau IQ cakap nak diet ke, mesti kelaut dietnya sebab IQ akan cilok makan makanan husband IQ jugak...malam je makan nasi, sebab Arwah suka makan nasi, sekali makan banyaaakk sangat, suka tengok Arwah makan, berselera...sesape yang kenal Arwah memang tahu Arwah kuat makan, terutama nasi...western kadang2 je boleh masuk tekak dia..huhu..

masa Arwah sakit dekat hospital dulu, IQ memang tak der makan sangat, sebab ke hulu ke hilir masuk keluar wad...nak tengok keadaan Arwah...ramai yang tanya IQ dah makan ke? ada yang ajak pergi makan, tapi memang semua orang tahu, IQ tak akan ada selera nak makan, lapar tapi tak lalu nak makan..

dan memang sejak dari situ, IQ jadi tak makan sangat, tapi selera tu dah ok sket sekarang sebab berat turun 6kg pun tak der turun2 dah..hihi...takat tu je la haaa...berat turun lagi lepas ni pun mesti sebab kerja dan penat berkejor dengan budak kecik tu...nak dukung budak tu pun penat oii, dah 12kg rasanya berat dia...lengan ni dah tumbuh muscle dah...berketul2...hilang lemak dekat lengan ni...haha..aim hilangkan lemak dekat perut plak...nak fit balik...hihi..

ok la, tu la cerita berat turun yang tak disengajakan..dulu kemain buat zumba tapi berat segan2 nak turun, turun sekilo tapi naik balik..ceit..sekarang dah turun pun rasa ringan sket badan..bukan apa..senang nak beribadah..haaa..niat tu kena betul..kenapa nak berat turun kan? sebab nak beribadah cikgu! bagus bagus!

till then, bai!

Marilah bersenam bersama-sama
sumber: Google

Tuesday, January 10, 2017

IG Shop IQ: Jual Barang Preloved

January 10, 2017 4
Salam blogger.

Siapa dekat sini minat barang preloved? IQ kadang suka kadang tak, tengok keadaan. Kalau condition masih ok, semua orang suka, ye dak? IQ terpengaruh kejap dengan ofismate IQ ni yang suka beli baju baju preloved untuk baju basahan anak. terjebak orang kata..

dulu pernah kan IQ cerita pasal IQ buat carboot sales? jual baju baju preloved ni? Tapi tu dulu la, masa duduk Kota Damansara, seronok sebab adik IQ join sekali, bukak bonet kereta, jual je apa nak jual, seronok. Tapi dah tak mood nak pergi KD bukak booth dekat sana, kenangan tu sentiasa menerjah dalam fikiran..huhu..rindu KD tapi dalam masa yang sama, sedih...sobs..

Dekat Keramat ni pun ada carboot sales tapi tak tahu cemane peraturannya, berbanding yang dekat KD tu senang je rules dia....yang dekat Keramat ni tak tahu lagi, tak pernah try tanya lagi...satu masa nanti mungkin...sebab IQ ada banyak baju yang nak dijual, kalau tak dijual mungkin akan masuk tong putih yang DBKL sediakan untuk derma baju...

Tapi ada baju yang condition yang lebih baik, IQ akan jual, senang cerita yang berjenama. Macam baju Qaíd ni ada yang berjenama, tak semua berjenama sebab IQ kurang beli baju Qaíd yang ada jenama masa kecil, sebab dia pakai sekejap je, tak lama..huhu...terus rasa membazir...huhu..tapi beli jugak, haha! 

So, untuk baju yang agak2 ada market ni IQ jual di IG Shop terbaruuu IQ. hihi...IG Shop preloved dulu dah tukar jadi IG Shop buat dropship tapi pihak Instagram dah padam Ig Shop tu sebab IQ jual handbag yang gred AAA, so...tak boleh, kena banned...in case mungkin dah kena delete kot...sedih aii...hilang ribuan followersku..sobs..

IG Shop Preloved IQ yang terbaru ialah prelovedbyiezqis. IQ akan up segala barang yang IQ rasa boleh jual di IG Shop ni, mostly barang2 yang masih boleh dipakai, contoh baju, atau bla bla bla...IQ pun tak tahu sama ada orang nak beli ke tak...tujuan IQ jual pun sebab nak clearkan rumah...rumah IQ sekarang kecik, tak muat barang banyak2..huhu...so, jual atau bagi dekat orang yang memerlukan aje la...huhu...

ok la...till then, follow IG IQ kalau nak ushar ushar barang yer...terima kasih...bai!


IG Shop Preloved IQ.
Stroller yang IQ nak jual, boleh ushar harga dekat IG Shop Preloved IQ.

Monday, January 9, 2017

Qa'id Demam Panas

January 09, 2017 8
Salam monday blues.

Erghh, pagi yang tough dengan jem ditambah pula masuk kerja lewat pukul 9.30!! Mak aihh, lewat sangat. Semuanya sebab si budak kecik Qaíd yang mood dia swing pagi ni plus tak berapa nak sihat lagi...menangis bila kejutkan, nak siapkan dia ambik masa jugak tapi alahai...menguji kesabaran ibu betul anak oii..

Hari jumaat lepas, IQ balik kerja dan terus keluar pergi Wangsa Walk, adik ipar nak gunting rambut, lepas tu IQ rasa nak gunting rambut Qaíd sekali. So, bila dah ambik dorang, adik ipar cakap badan Qaíd dah start panas, tapi dah bagi makan ubat. Aim tak nak lama-lama di Wangsa Walk, takut demam Qaíd melarat. 

Gunting rambut dia, macam biasa la...macam kena pukul..pujuk dengan upin ipin pun tak jalan...menangis aje..last2 gunting ala kadar...senget benget jadinya..alahai...rambut anak ibu dah jadi disaster..huhu...

Lepas pergi Wangsa Walk, balik rumah...pantau suhu badan Qaíd guna digital termometer...makin lama makin naik suhunya...tuam badan dia pun macam tak jalan sangat..last2 ajak adik ipar pergi hospital...pergi satu hospital kanak2 dan wanita tu baru tutup, last2 IQ ke hospital ampang. First time pergi, gamble habis lalu jalan, sampai lalu jalan ada roadblock bagai...huhu..

Drop Qaíd dan adik ipar dekat kecemasan Hospital Ampang. IQ pergi park kereta, mujur ada parking dekat dengan kecemasan. Pergi dekat kaunter kecemasan, soal siasat kejap, Qaíd terus dibawa ke zon kuning. Erkk? zon kuning terus? masuk kecemasan ni dah jadi trauma, sebab teringat dekat Arwah suami, masuk kecemasan terus zon merah hampir 5bulan lepas..huhu..dah2..tak yah ingat sangat..

Qaíd dapat katil di wad kecemasan, lepas tu doktor diagnose Qaíd lagi sekali, pung pang pung pang....dipendekkan cerita, doktor salah diagnose Qaíd, Qaíd memang ada muntah tapi 5 hari sebelum tu....then, dia demam ni sebab tetiba jer dan terus mendadak panas sahaja...doktor bagi ubat terus balik...lega tak ada yang serius...dia mengamuk dekat wad tu pun sebab memang tak suka orang lain pegang.... -_-

malamnya tidur memang tak tidur sangat, suhu badan Qaíd turun naik...makan ubat dan tuam badan dia lagi...hari sabtu tak ke mana, takat ke aeon au2 sebab nak buat cermin mata pak teh Qaíd. Tu pun suhu badan tetiba naik...tak boleh lama...huhu..

da lama Qaíd tak demam macam ni, masa IQ kat pejabat sebelum IQ tahu Qaíd demam tu, terdetik hati IQ, "da lama Qaíd tak demam, kuat badan dia" lepas tu balik2 je Qaíd demam...huaaaa...seorang ibu memang kena berkata baik dan elok2 je untuk anak...kalau tak...jadi la macam ni..huhu...maafkan ibu ed...ibu akan sentiasa doakan yang terbaik untuk anak ibu ni..huhu

dan bila dah ada dekat pejabat hari ni, mula la rindu anak, risau anak tu baru nak sihat, cemane la dia agaknya di rumah pengasuh tu..yes, bila anak tak sihat, memang dia nak dengan ibu dia jer, pantang ke tandas sekejap, ke dapur sekejap, semua nak melalak...sebelum tu, tak heran pun ibu dia pergi mana....huhu..alahai anak ibu sorang ni..

moga anak ibu baik2 sahaja di rumah pengasuh, ok, nak text pengasuh dia kejap..huhu..

till then, bai...


kemain senyum, nampak orang yang tak pernah kenal terus peluk...
di wad kecemasan zon kuning hospital ampang

Saturday, January 7, 2017

Hujung Minggu Akhirnya Tiba

January 07, 2017 8
Ouhhh....masa untuk tenangkan diri!! Dah berminggu jugak IQ asyik ke sana ke mari tak lekat di rumah bila hujung minggu...akhirnya masa untuk melepak di rumah!!

Bulan 12 yang lepas memang bulan paling busy hujung minggunya...1st week bulan 12 majlis akikah Qa'id dan Medina, minggu kedua ke Perak ada kenduri kahwin sepupu Arwah Suami, minggu ketiga plak ada kenduri kawan baik Arwah Suami di Rawang (even duduk rumah tapi tak boleh nak relax jugak), minggu keempat balik rumah kakak di Chemomoi, Pahang, dan minggu lepas iaitu minggu akhir bulan 12 plus tahun baru IQ ke Kuantan, Pahang dan jugak ke Melaka..hamek...memang berjalan ajer kerjanya...

So, akhirnya hujung minggu IQ tenang sebelum busy kembali minggu depan...sobs...plan bulan 1 ni hujung minggu depan balik Melaka lagi, seminggu lepas tu nak ke Johor, kenduri kawan satu kelab dulu, seminggu lepas tu iaitu cuti Tahun baru cina nak ke Terengganu....InsyaAllah kalau tak ada yang menghalang, sampai la IQ di tempat yang dirancang...tak letih ke? Letih memang letih tapi nanti dah sibuk lagi la tak ada masa sangat nak ke mana-mana...

So, marilah kita menguatkan badan dengan memanjakan diri esok! huihuihui.
Selamat berhujung minggu semua!
K. Bai..

Marilah kita berjalan jalan Qa'id

Friday, January 6, 2017

The Power of Sadaqah

January 06, 2017 4
Salam hari jumaat.

Bila tibanya hari jumaat mesti rasa insaf. Mesti nak pakai jubah atau baju kurung, tanda hormat penghulu segala hari ni. Secara tak langsung, kelakuan pun akan automatik sopan sikit hari jumaat ni..hehe...moga terus istiqamah lah yer IQ..InsyaAllah..

owh...sebenarnya IQ nak cerita the power of sadaqah. Yup! Sedekah. Korang tahu tak betapa powernya sedekah tu? Bagi IQ sendiri, tiap kali IQ bersedekah, ada rezeki lain akan masuk. TIAP KALI! betul la orang cakap, nak kaya ni perlu bersedekah, bukan kedekut. 

IQ pernah baca entry pasal nak gi travel buat tabung pelampung bla bla bla. Dalam isi tips2 menabung tu sendiri ada point yang berkait dengan sedekah ni. Nak rezeki tu nak masuk senang, bersedekahlah. Bersedekah juga terutama kepada ahli keluarga, adik beradik dan sesama Islam. Tak rugi untuk kita dan bermanfaat buat semua, dalam rezeki kita kan ada rezeki orang lain. so, rajin-rajinlah bersedekah.

IQ tak tunjuk yang IQ ni selalu bersedekah, tapi IQ akan hulur sebanyak mana yang IQ mampu kepada yang memerlukan. Dulu Arwah suami IQ pun rajin bersedekah, rajin menghulur..Arwah Ummi IQ pun selalu menghulur terutama untuk anak anak kecil...katanya anak kecil pembawa rezeki...Alhamdulillah....itu bahagian Arwah...dan saham dia di sana...InsyaAllah..Amiin..

Ok la. Till then, dan jangan lupa bersedekah yer, terutama yang ke masjid untuk sembahyang jumaat tu...

***terasa entry kali ni berilmiah sangat...

Ed nak pergi solat jumaat ibu, tapi terlekat dekat sini plak, macam mana ni ibu?
haa...duk diam situ la...tunggu besar sikit baru pergi solat jumaat.

Thursday, January 5, 2017

Rindu Nak Berblogging Secara Aktif

January 05, 2017 8
Salam blog.

Sekarang ni IQ ambik jalan tulis draft dekat notepad dulu untuk update blog sebab nak tulis dekat dashboard terang-terang nanti orang nampak. Dekat pejabat plak pakai dekstop, dulu pakai laptop pun tak ada hal punyo.

Rindu sebenarnya nak blogwalking. Tapi keadaan terbatas. IQ tak ada laptop nak buat rutin IQ dulu. Kalau tak, memang selalu jalan jalan blog sekalian, rindu nak tengok blog orang lain jugak! Plan nak beli laptop 2nd hand tapi aihh, rasa macam susah nak cari yang elok. Nak beli baru macam tak pakai sangat, nak baiki yang lama plak take time...erghh...too much reason laa~ 

hurmmm..pendapat korang plak macam mana? patut ke IQ beli laptop 2nd hand atau baiki je laptop lama? Laptop lama pun rosak skrin, spare part belum tentu ada..haihhh~ pening2...nak beli laptop baru pun kewangan kena tengok dulu...kena simpan duit dulu baru boleh beli yang ok sikit..

tempat kerja IQ sekarang pakai dekstop sahaja, kalau dulu ada laptop boleh la update apa-apa kan? sekarang tak der macam patah kaki. memang ada apps blogger dalam hp tapi tak seronok nak blogwalking pakai hp, tak puas kau...huhu..

doa doakan IQ ada rezeki beli laptop baru. Boleh la IQ jadi blogger tegar lepas ni. Kehidupan rasa kosong sangat kan selain jadi ibu bekerjaya ni. Balik kerja mengadap anak dan buat kerja rumah jer. Rutin baru IQ sejak Arwah suami tak ada. Kalau ada Arwah, kerja rumah bahagi lapan, eh..dua..haha! Arwah suami banyak tolong IQ buat kerja dan jaga anak...tapi tu dulu...sekarang semua kena ngadap...

Ok la, till then..k bai. 

Qaíd say hye dekat semua! Penyeri DBIQ lepas ni. XP

Wednesday, January 4, 2017

Dulu Bukan Lagi Sekarang

January 04, 2017 10
Salam blog.

Well, akan ada hari kita gembira, ada hari kita berduka. Kebanyakan orang nak tengok yang happy happy sahaja, yang tak tak happy mungkin orang tak berapa nak pandang. Mungkin kurang feel dengan keadaan orang lain, melainkan diri sendiri yang rasa.

IQ tak mengharap sesiapa kasihan dengan keadaan IQ sekarang. Jika IQ luahkan sesuatu, maknanya IQ perlu luahkan. Sebab IQ sendiri hilang tempat mengadu, berbual, bercakap dengan orang yang IQ sayang dan selesa untuk luahkan. IQ akan mengomel ntah hape hape dengan orang tersebut. Sebab IQ nak luahkan. Benda dalam kepala yang banyak nak dikeluarkan, lumrah perempuan akan bercakap banyak untuk satu hari. Tahu kan?

IQ mengaku IQ dah bertukar jadi seorang yang kurang bercakap, terutama dengan orang sekeliling IQ. IQ lebih memendam rasa, kecuali dengan yang rapat dengan IQ. Orang yang baru kenal IQ mungkin akan anggap IQ ni sombong sebab asyik ngadap hp dan tak layan dorang borak sangat tapi percayalah, IQ yang sekarang bukanlah IQ yang dulu. IQ berubah sejak Arwah suami IQ meninggal tempoh hari. IQ tak der nak borak lebih lebih macam dulu. Sebab entah la....hormon agaknya..

IQ harap sesiapa yang baru mengenali IQ dan menganggap IQ tak seperti yang dorang bayangkan, IQ harap dorang faham. Sebab IQ dah tak macam dulu lagi. Nak happy sangat pun tak boleh, sebab teringat yang dah tak ada di sisi. Ya, kehidupan kita harus diteruskan, tapi bagi IQ, cukup la bersederhana, nak terlalu gembira pun nanti ada masanya kita akan bersedih.  

Kang tengah melompat gembira, tetiba teringatkan Arwah. Mula la mood bertukar 360 darjah. Tak ke haru? "Best kalau Arwah ada" ayat yang selalu IQ guna kalau tengah berseronok dengan anak dan adik2 yang lain. Selalu ingat dekat Arwah walau ada di mana pun. Baru 4 bulan lebih, harapnya selalu ingat dekat dia sampai akhir hayat IQ.

Semalam rindukan Arwah, tengok gambar dia mesti nak meleleh air mata. Dan malam semalam mimpi Arwah. Lupa mimpi tentang apa tapi Arwah ada dalam mimpi semalam. Terubat rindu =)

Till then, k bai.

Tuesday, January 3, 2017

Cerita Hari Baru 2017

January 03, 2017 4
Cerita Hari Baru 2017
Salam Tahun buat semua!

dah masuk 3 hari bulan baru nak ucap. Well, tahun baru kan cuti, of course la memanfaatkan cuti yang ada. Tak der online sangat, pakai handphone untuk ambik gambar kenangan sahajer, nak upload pikir suploh kali dulu. hihi.

So, anak-anak dah start sekolah kan? mesti comel jer tengok kerenah anak untuk hari pertama. IQ sendiri walaupun anak baru setahun lebih, nak hantar dekat pengasuh pun macam nak hantar ke sekolah. Tambahan plak seminggu lepas tak hantar ke pengasuh sebab mak sedaranya cuti. So, seminggu la tak jumpa pengasuhnya. Memang drama nangis la masa hantar dia pagi tadi. Sedih tengok dia nangis nak ikut tapi hati kena kental. Nak cari rezeki buat anak. Sobs.

Hari ni pun mungkin efek cuti selama 4 hari kan, punya la lambat haa pergi kerja, seminggu tak hantar anak ke rumah pengasuh pun dah buatkan IQ terbiasa lewat. Lepas tu, mula la nak pecut kereta laju laju. Tapi bila start kereta je, aiyak...kereta kena blok. Biasa la, parking bukan banyak. Lepas tu park depan sekolah, dah tahu hari ni budak start sekolah, confirm kena blok punya.

Pasangan kekasih malam tadi punya pasal laaa..elok2 ada parking, si bf duk pujuk si gf, lepas tu si bf park kereta tengah2 jalan nak masuk parking. Dah kena parking jauh semalam, menapak la IQ dan adik ipar + Qaid dengan beg2 nya nak naik rumah. Sebal tengok perangai manusia yang tak bertimbang rasa. Kereta je besau, otaknya kecik. No tolerance at all. *sakit hati betul ni* haha!
Nasib baik ada brader2 yang tunggu binik2 dorang setelkan anak dekat sekolah tu alihkan motor2 dan kereta yang double park pun dah alihkan kereta dia. Terima kasih kerana menolong saya. =P...

Then, pecut laju laju pergi kerja. Kereta viva jer, pecut sampai 120km/j. Bahaya tapi tu la rutin pagi2 kalau dah lewat...wuuuu...tetiba plak ada satu kereta myvi ni masuk line kanan tetiba dan bawak kelajuan cukup2 makan je lajunya. Rasa nak marah jugak sebab tetiba IQ kena brek dan slow...rasa macam nak cucuk je kereta tu, tapi lepas tu ternampak plak brader bawak motor putih, topi putih dekat tepi jalan.

Fiuhhh...Allah tu nak tolong kau lagi IQ, kalau laju depan brader tu tadi sah2 kena kejor. haha! Nasib baik kereta myvi tu tolong pelankan kau. kiki...Alhamdulillah..selamat...terima kasih myvi...lepas tu bawak kereta cukup2 makan jugak kelajuannya...dengan harapan, boss tak nampak IQ datang lewat..hihi..

Sampai pejabat lewat 20 minit. Kebiasaan lewat 10 minit jer. aiyok. Esok kena awal lagi sebab hari ni kereta tak banyak, ibu bapa ramai yang ambik cuti sebab anak nak start sekolah kan? so, esok confirm jem yang power punya. Bersiap sedia lah! haha~ by the way, kemain la bawak bekal macam biasa pagi2, tapi sekali hari ni, bekal tertinggal atas meja...huaaa..lapor...sobs..

tragis betul pagi hari kerja tahun baru ni. mencabar betul...huhu..apa pun bersangka baiklah selalu, Allah S.W.T. dah atur yang terbaik untuk kita. Hanya tinggal kita yang perlu sentias berdoa kepada-Nya memohon kesejahteraan kita semua. Permulaan hari yang baik, tahun yang baik untuk kita semua.  InsyaAllah.

Sekian.