Monday, February 29, 2016

Jalan Jalan Eco Majestic Yang Tak Jadi

February 29, 2016 6

Salam semua!!

Selamat memulakan hari minggu yang beeessttttt sekali! huihuihui. Heavennya duduk rumah lepak lepak dengan family kan? Dapat rilekskan badan lepas seminggu bekerja...tapi bila cuti pun kena buat kerja...erkhhhh...sakit kejap hatiku ini..huahuahua~

Hari sabtu lepas IQ pergi interview, mencari peluang yang baru....tapi kalau dapat, dapat lah, kalau tak dapat, stay la dengan kerja yang sedia ada kan? Dengan ekonomi yang macam ape dah sekarang ni, haruslah mencari peluang kerja yang lebih bagus. heee~

Lepas interview, kakak IQ yang kebetulan datang KL ni ajak pergi jalan jalan.... so, kakak IQ nak pergi Bangi Sentral...syurga shopping bagi kaum wanita...hihihi~ Tahu tahu je la kan? Sape tak tahu apa yang ada kat Bangi Sentral, Seksyen 7 Shah Alam, Bandar Baru Uda Johor Bahru...tu semua tempat shopping butik-butik terkenal...IQ dan adik beradik memang kadang hantu shopping tapi kali ni, IQ buat muka tak der mood sebab IQ tak gaji lagi....memang tak ada mood la nak shopping..kalau ada duit gaji, mahunya IQ da rembat sepasang baju dekat butik yang satu tu...huhu...

          

Tengok orang shopping je la, kalau nak makan, boleh la bodek encik suami..hihi~ kat atas ni dari kanan, IQ, kakak IQ dan adik IQ....window shopping je la kali ni...tunggu nak raya la baru beli baju nampak gayanya...heee~

Lepas tu, plan asal memang nak pergi Eco Majestic...pergi dalam pukul 4 lebih...sampai sana dalam pukul 5.10 petang...tengok google map, jalan macam jem...merah je line jalan...so, fikir ramai orang kot sampai jem tu...

Last-last kena patah balik, Polis bantuan sekat jalan tak bagi lalu...aihhh..pelik sangat...kitaorang berenti tepi jalan, kot kot ada kes polis ke kan kat dalam tu sampai nampak serius sangat brader brader polis tu suruh kitaorang u-turn kan? Sebelum tu, nampak abang ipar bertanya dekat polis apa yang terjadi...

Rupa-rupanya, dorang tutup Eco Majestic tu AWAL sebab SESAK sangat dekat dalam tu, parking sampai tak ada...jadi, yang asalnya tutup pukul 7 PETANG jadinya tutup pukul 5 PETANG...adehh...penat jalan jauh ni, dah ler nak pergi sana sampai 5 tol dari Tol Sungai Ramal....sampai tertanya-tanya, APE KE HALNYA tol sampai tiga ni? Dah ler tol semua kena bayar. Sekali bayar 1.80...pergi balik mahunya berbelas....pergi tak dapat masuk...keciwa hatikuuuu...



Berenti laa tiga biji kereta tepi jalan...ni menghala balik dah...dekat dengan laluan masuk Eco Majestic...ni adik ipar dengan si anak Qa'id...muka agak-agak penat dan keciwa jugak tak dapat masuk...sobs...


Dekat tepi jalan tu ada la tebing tinggi ni haaa, macam cantik pulak nak ambik gambar...maka berposing la kitaorang dekat situ... snap snap snap...klik klik klik....



Dah sudah, mom to be ni kemain posing walaupun bukan dekat Eco Majestic...hehehe~


Tiga adik beradik perempuan...yang lelaki tak ada plak...next time la yer~ =)


Lepas tak jadi pergi Eco Majestic, kitaorang terus tuju ke IOI City Mall, Putrajaya...haihh...ke sana la plak...kemain konon nak main ice skate tapi memandangkan kewangan tak membantu, maka pergi sana untuk makan sahaja....hehehehe~ Habis makan...semua balik...bye along..nanti kita jumpa lagi..

Hari Ahad, IQ dan family kecik just melepak dekat rumah...huaaa..heavennya!! Tapi bila menjengah petang..tetiba group family di WhatsApp penuh notification....

Penuh gambar dengan family kakak pergi Eco Majestic...cubaan kedua berjaya apabila pergi awal di waktu tengahari...IQ dari rumah tengok gambar...macam...krik krik krik~~~ 

Arghhh! Jeles!


Cantik bunga tu~~~ 


Family kakak IQ...penuh orang oii!


Eiffel Tower yang rasanya tinggi sikit dari ketinggian suami * hanya ramalan semata-mata...hehehehe~ si anak buah Ammar, paling lincah...paling susah nak kawal...aktif sangat...boleh agak macam mana Along IQ ni berkejaran dengan Ammar ni dekat sana..hee~

Hopefully dapat peluang nak pergi sana sebelum tempat tu jadi tempat berbayar...dah jadi tempat berbayar memang tak ada dah la nak pergi...huihuihui~ Bukan apa, nak pergi sana pun tol sampai 5, nak masuk berbayar lagi.....ishh ishh ishh..

Ok la, till then.

Bai!

Wednesday, February 24, 2016

Jualan Barang Preloved

February 24, 2016 2
Salam semua!

Mood IQ semenjak dua menjak ni asyik nak menjual barang yang ada dalam rumah tu. Sebab IQ rasa banyak sangat barang yang IQ rasa IQ tak pakai pun. Dan buat rugi je simpan tapi tak pakai. Sampai suami IQ buat jelingan kejap. Katanya, jangan la sampai semua barang nak dijual...hihihi...maaf bang...tak der jual semua...heeee..

Penangan Car Boot Sale yang IQ dah join dua kali, boleh tahan jugak la...banyak dah barang yang IQ dah selamat jual. Tapi bila dekat Car Boot Sale ni jangan expect orang akan beli dengan harga yang kita jual. Kadang tawar menawar sampai jadi RM1.00 sahaja!! Kadang macam melampau pun ada...tapi kalau tak terjual, terbiar jugak kan? angkut ler, singgit pun singgit laa..huhu

Ada sesetengah barang IQ akan jual di Car Boot Sale tapi ada juga IQ jual di online. Macam Mudah.my, Shopee, dan juga Carousell. Tiga-tiga Apps tu berguna sangat. Boleh chat kalau nak tawar menawar dan jugak nak bertanya..bagus kan? Kecuali Mudah.my..yang tu kena WhatsApp ikut nombor yang diberi...cari IQ di Shopee dan Carousell yer! Id nya izyan5025. =)

Kat sini IQ nak try market jugak tiga barang yang agak susah nak jual ni. Sape2 yang berkenan, boleh komen kat bawah ataupun email IQ di izyan5025@gmail.com

Item pertama: Preloved BABYCOT DENGAN BEDDING tanpa tilam

Babycot ni brand IKEA. Siap bedding tanpa tilam. IQ tak pernah pakai babycot ni. Babycot ni pun beli secondhand dari kenalan suami IQ. Ada conteng conteng sikit dekat babycot ni. Harga ditawarkan RM150. IQ lebih prefer COD. Senang nak angkut dari pos. 


Item kedua: Preloved Kasut Kahwin/Wedding Shoes


Kasut ni IQ pakai sekali jer untuk Wedding IQ tahun 2014. Still ok. Ada calar sikit2 sebab material dia berkilat. Harga ditawarkan RM30 tanpa postage. Saiz 37.  Berminat boleh komen atau email IQ. =)

Item Ketiga: Susu Formula S26 SMA Gold Langkah 1


Susu ni anak IQ minum sekejap jer. Ayahnya tukar dari yang biasa kepada yang Gold konon nak bagi nutrisi lebih dekat anak. Beli dua kotak sekaligus. Nak habis sekotak pun susah sebab anak IQ cirit minum susu ni. S26 biasa dia ok plak. Bagus betul anak IQ ni. Dia tahu ibu dan ayah dia mampu beli susu takat mana jer. hihi..susu ni mahal dua kali ganda dari susu jenis biasa tu.

IQ jual susu ni RM50.00 sahaja dengan postage. Harga asal ikut kedai terdekat IQ tu RM83.00 tau...Kedai tu dah kira murah tapi susu ni tetap mahal. Mungkin susu ni tak sesuai dengan anak IQ tapi susu untuk bayi yang lain. 


Ok la, setakat itu sahaja. Kalau berminat sila email menggunakan email di atas yer. Terima kasih. =)

Bai!

Thursday, February 11, 2016

Pelaminku Jadi Bualan - Pelamin Rustic Hipster Kononnya

February 11, 2016 10


Semalam tetiba kawan baik IQ tag IQ dekat facebook. Dia cakap macam kenal....Rupenye sebab ada orang up gambar pelamin IQ ni. Tetiba jadi Pelamin Hipster plak. haishhh...tema asal nak rustic jer..

Pallet Backdrop - Kayu Pallet ambik di site tempat IQ kerja dulu. Angkut hari hari naik Cekodok IQ tu, lantak la kereta kecik...asal kayu pallet selamat sampai kat rumah...kemasan dibantu oleh suami IQ dan juga pekerja di site..hehe

Kerusi - IKEA. Beli dan sekarang boleh jadi perabot rumah...setel...jimat pun jimat..

Perabot hiasan - IKEA. Beli dan boleh guna jugak sekarang..jadi tempat letak modem wifi kat rumah ni...

Meja Craddle (tengah) - Buat sendiri guna kayu dari site. kayu kayu yang tak pakai, potong dan buat meja craddle. penat...so, sempat buat satu jer..huhu...

Craddle (kiri-kanan) - Sewa dengan butik yang buat sewa diy pelamin...dua benda ni jer IQ sewa...ambik kat Meru...punya la jauh beb~~~ demimu pelaminku..

Hiasan - IKEA dan Kaison. Yang ni beli ikut bajet, lebih bajet boleh nak hias macam macam..tapi IQ buat ikut kemampuan sajooo..

Lampu - Wayar dan mentol beli hardware pasang sendiri. tak susah...perempuan boleh buat. tapi yang ni suami IQ pasangkan..

Langsir - Ini langsir bundle yang arwah ummi IQ beli. BUNDLE jer ok! IQ gantung guna besi langsir yang IQ beli kat IKEA..murah jer...dan senang nak pasang!

Karpet - Beli di kedai karpet Jalan TAR. Rasanya tak ada la mahal sangat tapi IQ tak ambik banyak..so, harga tak boleh kurang sangat..kalau beli banyak boleh kurang....


Semua buat sendiri, pelamin, hantaran, doorgift semua...cuma makanan dan khemah IQ tempah catering...sama macam IQ tunang dulu...

Biase la kalau ada komen negatif tu, komen balas terus senyap tak kata apa...


Ni kawan IQ yang bagitahu tu...well, pelamin ni kalau close up memang cantik. Gambar pelamin kat atas nun diambil oleh ayah sedara IQ...kualiti gambar dah tak der sebab dorang copy facebook jer...


Apa yang penting, tetamu datang makan konyang udoh...kan? hehe

BAI!

Tuesday, February 2, 2016

Car Boot Sale Kota Damansara

February 02, 2016 2
Salam semua.

IQ pernah cakap dulu kan IQ nak cari tempat untuk jual barang terpakai. Dan rupa-rupanya jualan barang terpakai ni dekat sangat dengan rumah IQ..jualan barang terpakai ni dipanggil Car Boot Sale sebab opkos kita buka boot je untuk menjual. HEee..

IQ suarakan niat IQ untuk bercarboot sale ni dekat adik IQ. Oleh kerana adik IQ ni ada baju yang melambak tapi pakainya sekejaaap sangat, maka dia amatlah berminat nak join. Niat IQ nak buat CBS ni sebelum ummi IQ meninggal lagi. Rumah di Karak pun kena clear so, makin banyak barang nak dijual/didermakan.Niat tertangguh hari ke hari, minggu ke minggu, sebab IQ lebih utamakan balik Pahang untuk jenguk arwah ummi...sampai la Arwah kembali ke rahmatullah... *Al-Fatihah*

Hari Ahad lepas IQ berpeluang join adik IQ. Kenapa adik IQ yang jual dulu? Sebab memang dia la paling bersemangat nak buat CBS ni. Dia siap buat survey, dengan suami dia siap call organizer sume untuk join.. Alhamdulillah, Ahad lepas kali pertama kami join CBS di Kota Damansara. CBS Kota Damansara ni 5 minit je dari rumah IQ sebab IQ tinggal dengan Seksyen 4. Dekat sangat dengan kawasan Gulamee ni.

IQ join adik IQ lambat sikit. Bangun-bangun terus cari barang nak jual dan terus gerak ke tapak. IQ jual barang-barang kahwin IQ dulu. Rumput hantaran, bunga pelamin, bunga hantaran. Semua tu IQ jual balik..Alhamdulillah...semua habis dijual..cuma ada dua tiga bunga jer yang tak dijual lagi...

Adik IQ plak jual koleksi peribadi. Baju, barang-barang koleksi, beg..minggu depan adik IQ join lagi...katanya nak jual baju lagi...tapi kali ni, lagi banyak...Insya-Allah...jemput la datang yer!


Suasana di CBS Kota Damansara. Kereta sorong tu menarik kalau ada anak dua orang kan..hee

Sesi round round dengan adik. Adik cekup topi untuk suami dia. RM5 jer, jenama Columbia plak tu...memang berbaloi.

Tarikan kami? Kereta pink ni la. Nak cari sonang jer yop!

Akak sebelah ni ramah sangat. Lepak lepak sambil bual bual layan panas terik. Huhu

Antara barang koleksi peribadi. Next time barang lain bakal muncul. 

 N last but not least. Opkos IQ dan adik IQ. Muka penat adik IQ tu, tak cukup rehat. Tidur lewat bangun awal...kesian...

So, kalau ada kelapangan, datang la ke CBS Kota Damansara ni. oh, lupa nak cakap, CBS Kota Damansara ni setiap hari Ahad dari pukul 7.00pagi sampai pukul 12tengahari. Bagi IQ kan, kadang jualan camni bagus kalau kita rasa kita tak perlu sesuatu barang, tapi mungkin ada orang lain boleh manfaatkannya..kan? 

Ok la, till then. Bai!