Tiup sikit habuk dekat blog ni. FUhhhh Fuhhhhhh!!!
Wajib la update sempena hampir genap 9 tahun blog ni pakai domain izyanbalqis.com. Setiap tahun renew domain tapi jarang sekarang nak update blog kan? Well, IQ kan dah berusia. Makin lama interest pada benda-benda macam ni seakan makin berkurang. Tanda-tanda penuaan kah itu? huhuhuhu..
Actually IQ sekarang sibuuuukkkk sangat-sangat! Ni pun baru lepas tarik handbreak. Baru dapat nak bernafas lepas hampir sebulan berpenat lelah uruskan kerja sampai balik lewat. Mujur la dah makin reda sikit kesibukan ni. Tapi still la sibuk sebab dah nak akhir tahun kan? Minggu depan pun ada audit. So, segala filing kena update!
Kita dah nak hampir penghujung tahun dah. Begitu cepat sangat masa berlalu kan? Rasa macam baru sangat masuk 2025 ni. Tahun ni terasa cepat sangat. Tup tup dah nak akhir tahun. Anak-anak pun tak lama lagi nak bercuti sekolah dah. Cuti 3 minggu lepas tu masuk tahun baru pulak. Yang sorang bakal darjah 5, yang sorang bakal 6 tahun, 4 tahun dan jugak yang si kecil tu bakal setahun!!
Dah nak hampir penghujung tahun ni, macam-macam sangat perkara berlaku. Umur 36 tahun hidup ni, Alhamdulillah, masih diberikan kesihatan yang baik walaupun ada satu ketika, baru tersedar, kesihatan di usia sekarang ni wajiblah dititik beratkan. Tiba-tiba baru tahu ada problem sikit dekat jantung tapi latest checkup doctor pun cakap okay je asalkan jaga makan dan jangan consume kopi sangat! Berpada-padalah kita yer dalam pemakanan lepas ni.
Actually IQ masih tak dapat nak capai satu hasrat IQ tapi insyaAllah moga 2026 nanti hasrat IQ tu dapat ditunaikan. Bukan untuk IQ tapi untuk keluarga IQ. Dengan keadaan kami dari tahun 2021 yang terumbang ambing, mempengaruhi segala keadaan selepasnya. Masih berharap ada sinar terang untuk kami sekeluarga.
Selamat Tahun 2026 semua. IQ wish awal-awal sebab entah ler bila nak update blog lagi. Setahun sekali? Harap lebih rajin lepas ni. Rugi je bayar tapi tak update kan?
![]() |
| Tempek gambar Ai dengan husband je la. |

0 Comments
Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)