Advertisement

Responsive Advertisement

Ujian Kita Masih Kecil Berbanding Ujian Mujahidin di Palestin!

Lamanya IQ tak menulis. Kesibukan memang melanda. Ada banyak IQ nak cerita tapi dunia sekarang bukan boleh nak cerita semua benda. Tak kena cara cerita, jadi buah mulut orang. Tak tahu lah nak cakap. Kadang tak usik pun, ada je yang tak kena.

Life jadi semakin sibuk. Dengan urusan kerja dan juga anak-anak. Cuba fokus apa yang utama sekarang. Kalau nak dibandingkan apa yang berlaku sejak tahun 2021, Alhamdulillah, life is getting better. Tak terungkap dah. Dengan dikelilingi orang-orang yang baik, nikmat apa yang kau dustakan? 

Overthinking? Sometimes. Tapi seriously, It will kills you! Nak overthinking lebih-lebih pun buat penat badan dan otak nak fikir. Apa yang IQ boleh sematkan dalam akal fikiran ni, dunia ni hanyalah sementara. Nak bersungguh-sungguh dalam pelbagai hal tu tak dah. Tak macam dulu. Ada tu ada, tak ada? Kita move on. Nothing to lose. Sebab nak bergaduh banyak-banyak pun tak guna. Nak masam muka lama-lama pun tak jadi apa. Baik teruskan hidup, tak lama dah nak kiamat pun.

Bila tengok orang Palestin dan cara hidup korang sekarang, baru tersedar. Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jika kita berada di tempat mereka, adakah kita mampu menghadapi ujian yang berpuluh tahun mereka tempuh? Kematian orang disayangi berpuluh-puluh sekelip mata. Kuatkan kita sekuat iman dorang?

Bila IQ lihat ujian yang IQ hadapi beberapa tahun kebelakangan ni, hanyalah 0.00001% daripada segala apa yang berlaku di Palestin sehingga ke hari ini. Mereka dah lama tak merasakan tenang dalam hidup dorang melainkan berserah kepada Allah SWT sepenuhnya. Setinggi itu iman mereka. Tak tergambar betapa tinggi kekaguman IQ pada setiap rakyat Palestin di sana. 

*senyap seketika*

Baru sahaja terbuka Thread, dan tertengok video anak-anak Palestin yang tercedera disebabkan airstrike oleh Israhell, Allahuakbar. Mengalir darah dari hidungnya. Melecur habis wajah anak-anak yang ada termasuk bayi berusia beberapa bulan! Kekejaman Israhell yang tiada segan silu untuk mengakuinya kini. Moga neraka jahanam terbuka untuk mereka yang melakukan kekejaman ini.

Jangan lupa baca Qunut Nazilah buat mereka yang disayangi di Palestin. 


Post a Comment

1 Comments

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)