Advertisement

Responsive Advertisement

Trip Sekali Lalu ke Cameron Highlands.

Salam semua,

Trip sekali lalu IQ bagi tajuk. haha! Adehh, sebab semuanya sekali lalu. Dari asalnya trip ke Ipoh sahaja sepatutnya untuk kenduri dan sambutan befday anak, tetiba jadi trip kerja sekali. IQ dapat task khas attend site visit sejurus selepas trip ke Ipoh. Alang-alang dah gerak keluar dari pulau kan? kita jalan sekali habis semua!

So, 16-17 September IQ dan family berada di Ipoh untuk kenduri dan terus sambut birthday anak sulung dengan family Arwah Suami yang datang dari Melaka. Riuh! Alhamdulillah. Pagi Ahad, gerak ke Pahang. Disebabkan lalu jalan yang tak berapa cun, cuaca plak hujan, jadinya sampai di Raub, Pahang tepat pukul 6 petang. Alhamdulillah selamat sampai.

Site visit pagi Isnin. IQ gerak pergi taklimat dan site visit. Sempat la jumpa pegawai JKR tempat IQ praktikal dulu. 10 tahun lepas punya cerita, pegawai JKR pun masih ingat IQ rupanya. Tak sangka plak ada yang masih ingat. Settle urusan site visit, terus gerak balik ke Penang.

Ni Gambar IQ dengan Pegawai JKR masa site visit tapi IQ tak nak share gambar real dah lepas ni atas sebab-sebab tertentu. Kalau Ai ni paham2 ler akan tetiba jadi freehair tu biasa..haha!
Gambar asal telah diberikan suntikan Ai. 

IQ dah pesan pada suami, tak nak lalu laluan yang sama macam laluan pergi. Keadaan jalan tak okay sangat plus hujan-hujan ni risau tanah runtuh. IQ suggest lalu Cameron Highlands. Laluan ke sana lebih okay dan luas. Walaupun suami IQ ragu-ragu, dia turutkan juga. Mana tak nya, risau ke sana jem! Cameron Highlands kan terkenal dengan jem kan sekarang? Of course la risau, tak nak terjebak dengan keadaan yang menyesakkan.

Tapi bila fikir balik, hari berkenaan pun hari isnin, orang dah ramai turun, so redah je. Okay, jom redah! Laluan dari Raub ke Cameron ambil masa dalam 2-3 jam jugak. Tapi yang best, jalannya smooth, dan elok. Tak macam jalan sebelumnya. Suami IQ pun lega bila tengok jalan macam tu.

Alang-alang dah lalu Cameron kan? Jom ler singgah! hehe. Sampai kat Cameron, lahai...hujan lebat pulak. Nak park kereta pun susah yer sebab hujan terlampau lebat. Masa mula-mula nak sampai, hujan gerimis je, dan dan plak lebat hujannya bila sampai ke destinasi yang dituju. Kami plan singgah layan makan strawberry di Big Red Strawberry. Nasib baik ada kawasan parking yang berbumbung. Disebabkan hari tu hari Isnin, jadinya orang yang datang pun tak berapa ramai. Ramai orang dah habis cuti dan pulang ke sarang, yang ada cumalah orang yang extend cuti. 

Seronok dorang bertiga ni
Gambar asal telah diberikan suntikan Ai. 
Gambar ayah tetiba ada tocang. haha!!
Gambar asal telah diberikan suntikan Ai. 

Akhirnya berpeluang makan strawberry fresh dekat Big Red Strawberry. Yang bestnya dekat Big Red ni ada macam-macam menu menarik yang berasaskan strawberry. Waffle strawberry, ice cream strawberry yang bermacam jenis, salad strawberry, strawberry coklat...aishhh macam-macam la menu yang ada. Just sebut je nombor menu masa order, InsyaAllah semua ada!

Pilih menu
Gambar asal telah diberikan suntikan Ai. 

Seronok yer abang dapat makan ice cream strawberry
Gambar asal telah diberikan suntikan Ai.

Seronok anak-anak walaupun singgah sebentar je di Cameron ni dalam perjalanan balik. Si sulung dan no.2 pun tak jemu ucap terima kasih pada ayah dan ibu sebab bawak dorang jalan-jalan di Cameron. Walaupun hanyalah niat singgah untuk makan strawberry, sudah cukup buatkan hati si anak kecil gembira. Alhamdulillah.

Gambar berlima! Auhhh, ibu freehair lagi.hahaha!!
Gambar asal telah diberikan suntikan Ai.
Seronok betul dorang, sampai paw ayah cermin mata hitam
Gambar asal telah diberikan suntikan Ai.
Last but not least, gambar berdua, lama sangat tak ada. walaupun tak boleh share yang real one, its okay.
Gambar asal telah diberikan suntikan Ai.

Gerak dari Cameron ke Penang melalui Simpang Pulai tepat pukul 6 petang. Sampai di Penang, pukul 10 malam. Alhamdulillah untuk trip singkat ni, dapat la bawak anak-anak round pusing kejap. Nak plan untuk betul-betul trip bercuti tu susah buat masa sekarang. Kesan ekonomi sejak PKP dulu amat-amat meninggalkan kesan yang mendalam dalam family IQ. Tapi IQ tetap bersyukur, walaupun kami tak berpeluang untuk betul-betul pergi bercuti, at least kami sentiasa bersama-sama walau ke mana setakat hari ni. Moga sentiasa bersama-sama hingga ke akhirnya, Amiin Ya Rabbalalamin.

Till then bye!

Post a Comment

4 Comments

  1. Saya pun selalu macam tu, trip sekali lalu. Alang-alang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, alang-alang dah lalu, walaupun sekejap tetap best

      Delete
  2. kadang2 impromptu trip ni memang best dan lebih bermakna. Hihi

    btw, IQ guna apps AI apa tu? Macam menarik ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? dah rindu nk buat trip adhoc mcm ni.

      IQ pakai apps Loopsie. nice jugak cme muka la jadi lain..haha

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)