Siapa perasan dengan ekonomi negara sekarang tak stabil sangat? Mana tak nya, harga barang sekarang melonjak naik. Beras, telur, gula semuanya naik kan? Sebagai rakyat marhaen, semestinya kenaikan harga barang semasa merisaukan hati. IQ sendiri kadang-kadang terkesima dengan kenaikan harga barang yang mendadak tak kira apa jua jenis barangan yang ada di pasaran.
Dengan kenaikan harga barang, kewangan semasa juga akan
terkesan. Pendapatan yang diterima setiap bulan sudah mencapai tahap maksimum
untuk dibelanjakan. Kadang kala kadar perbelanjaan pula lebih tinggi berbanding
jumlah pendapatan yang diterima setiap bulan. Terpaksalah mencari kerja
sampingan bagi menampung kekurangan perbelanjaan yang ada.
Bagaimana pula agaknya dengan mereka mempunyai pelbagai jenis
pinjaman seperti rumah, kereta, kad kredit dan juga pinjaman peribadi? Dengan nilai
OPR yang meningkat berperingkat, pastinya memberi kesan kepada golongan ini.
Walaupun ada satu video tentang OPR diwar-warkan di media social tentang
kebaikan kenaikan OPR, namun bagi mereka yang telah mempunyai pinjaman rumah
dari 5-10 tahun lepas, ia tetap memberikan kesan terhadap sistem kewangan
masing-masing.
Tips Kewangan Untuk Rakyat Marhaen Survive
Jadi, apa yang boleh kita buat tentang keadaan ekonomi
sekarang ni? Ini adalah tips kewangan untuk rakyat marhaen untuk survive di
dalam era kenaikan harga barang kini.
- Ketahui Keperluan Bukan Kehendak
Untuk yang ini, perempuan selalu ada masalah untuk mengawal diri dari membeli kehendak. Namun, keadaan semasa, berusahalah untuk mengurangkan perbelanjaan barang-barang yang tidak perlu atau kehendak naluri yang sentiasa turun naik tu. Kenalpasti keperluan semasa dan berbelanja secara berhemah. - Minimise kan hutang, jangan buat hutang baru!
Hutang yang sedia ada, bayar dengan teratur. Jika ada duit lebih, cuba untuk buat early settlement. Bila dah ada buat settlement, pembayaran komitmen bulanan boleh dikurangkan secara tidak langsung. Maka, selebihnya boleh disimpan. Jangan pula buat hutang baru. Dengan ekonomi sekarang, menyimpan lebih baik! - Simpan Duit, Kurangkan Berbelanja!
Keadaan sekarang nak berjalan ke nak berbelanja beli LV ke kena puasa terlebih dahulu, lebih-lebih lagi jika pendapatan semasa tiada margin lebihan kewangan yang tinggi. Kalau hanya sekadar cukup simpanan basic, bawak-bawak la bertaubat nak beli barangan mahal yang lain - Rancang kewangan masa depan
Nak rancang kewangan semestinya boleh tapi tanpa menggunakan tools sebagai panduan, mungkin kita susah untuk mencari titik permulaan perancagan kewangan yang lebih efektif. Apa kata korang cuba Calculator.me ni sebab kat situ boleh buat kira-kira segala macam jenis komitmen yang korang ada.
Semoga tips ini memberikan manfaat yang baik untuk kita semua. Ingat, setiap apa yang berlaku, bermula daripada kita sendiri, jika kita gagal merancang maka kita merancang untuk gagal. Jika keadaan tidak stabil, kita harus mencari jalan yang terbaik untuk menanganinya.
2 Comments
Harga barang makin naik... kdg dah berabis susun bajet tp pasti ada saja yg terlebih bajet... yg penting sekali kena ada simpanan..
ReplyDeletebetul sangat-sangat, nak beli banyak2 mcam dulu pun tak dapat dah sebab risau bajet burst
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)