Advertisement

Responsive Advertisement

Aplikasi Sujood Mudahkan Urusan Sedekah

HI semua. IQ ada apps menarik nak share kat korang ni. Apps ni mudahkan kita hapus dosa tau! Haa power tak, IQ berani cakap hapus dosa sebab memang ada hadis nabi kata macam tu pon. Sedekah hapus dosa ibarat api dipadam oleh air.  Lebih kurang gitulah. Nama apps ni ialah Sujood. Mula-mula IQ rasa nama dia Sujood sebab dia focus kepada masjid. Logik kan?

Tapi bila IQ tahu pasal apps ni, IQ usha dulu website dia: sujood.net bila IQ tenggok berapa dah dia bagitau dia bantu masjid kutip collection, ada testimoni-testimoni orang masjid lagi…tentulah IQ lagi konfiden. Tapi zaman sekarang ni banyak scam, so antara benda IQ buat ialah IQ tak main download apps ni merata-rata, tapi paling kurang kita pastikan benda tu betul ada dan wujud di Apple App Store atau Google Play Store. IQ check, memang ada. Review-review pasal apps ni pon memang kata ok. So kita download lah tengok mudah takat mana. Jadi IQ pon download.

 






Ok kita akan nampak masa nak download app ni dari Studio 61 Sdn Bhd. Bila google company Studio 61 Sdn Bhd ni akan Nampak lah yang memang bidang diorang bab-bab IT ni. First impression apps ni Nampak clean. Ok lah, kita memang tak nak serabut-serabut ni. Apa yang IQ perasan lagi, nak sedekah kepada masjid-masjid diorang ni, tak perlu create account pon boleh. Wah menarik! Bukan apa, takkan lah nak sedekah pon nak kena isi beribu benda. Ok so far apps ni win lagi.

IQ godek dan terus godek. Nampak macam semua ni negeri ada. Betul ke? Negeri Sembilan ada, johor ada, Terengganu ada (macam terlebih ada pon ye hehe)…tapi Labuan belum ada? Hello admin Sujood..bila nak tambah Labuan pula hehe. Min pon nak juga sedekah dekat surau/masjid dari labuan. Kalau nak pergi Labuan, tak tentu lagi bila peluang tu akan muncul.


Ok dekat apps ni ada pengklasifikasi-an mengikut negeri..tapi tak der ikot daerah. Ok lah, sebab ada negeri yang ada sikit. Mungkin nanti bila ada banyak kena buat lah. Admin Sujood kalau baca ni sila take note ya hehe. Bila tekan satu-satu masjid tu, akan Nampak gambar masjid, ada info dan ada button sedekah. Dalam info tu lain masjid lain lah yang diceritakan. Kapasiti, Sejarah, dekat mana dan ada masjid yang bagi link page facebook diorang. Terbaik.

Yang paling IQ suka, button sedekah tu clear. Buka je page masjid terus nampak gedebak button hijau tulis ‘Sedekah’. Simple. Straightforward. Lepas tekan button tu kita masukkan jumlah, nama, phone..ini detail biasalah kalau nak derma melalui FPX. Tekan2 setel…alhamdulillah mudah ni.

Oh, sebelum IQ terlupa, korang ada perasan tak dekat page masjid tadi, ada satu button share dekat belah kanan bawah tu? Haa ni fungsi dia untuk kita galakkan orang lain turut sama sedekah dekat masjid  tu. Ok IQ try Surau dari Putrajaya ni. Nama dia surau al furqan.

 



Bila tekan je button share tu, kita akan dapat link macam ni: https://suraualfurqanpresint11.sujood.net

Link ni, kita boleh share dekat whatsapp, facebook, insta story… kita bagi ramai-ramai sedekah gak…lagi-lagi hari Jumaat. Kata penghulu segala hari kan? Hehe. So far interesting lah Nampak apps ni, masa sedekah pon boleh Nampak yang duit akan ke akaun surau/masjid tu. Bukan akan ke akaun personal atau akaun company. Tu pon big point untuk elak kena scam. Setakat ni, oklah apps ni. Bukan 200% tapi memudahkan orang nak bersedekah. Sedekah subuh ke, sedekah jumaat le.

Oklah, jangan lupa dan download dan sedekah sentiasa ya 😊

Post a Comment

0 Comments