Penggunaan komputer dan laptop semakin hari semakin relevan pada zaman sekarang kan? Korang ingat lagi tak bila pertama kali korang tekan keyboard untuk menaip pada computer atau laptop? Untuk IQ, pertama kali IQ didedahkan dengan computer sewaktu abah IQ bawak balik satu set computer sekali printer fax untuk kegunaan anak-anaknya pada sekitar tahun 1998-1999. IQ mula belajar menggunakan Word/Presentation pada seawal usia 9-10 tahun. Memang kemaruk nak design kad nama la, lukisan dekat Paint la…macam-macam!
Dan pada waktu itu juga IQ belajar main game dalam komputer!
Haha! Game pertama yang IQ main dalam komputer masa tu adalah game Solitaire.
Yes! Siapa je tak kenal game Solitaire. Game yang setia berada di dalam sistem
Windows sejak berkurun lamanya. IQ suka sangat main game tu sampai kena rotan
la sebab ngadap game Solitaire tu tanpa kira waktu!
Contoh Game Solitaire dalam Apps Windows |
Kalau ikutkan game Solitaire ni bukanlah satu game yang
menarik berbanding game yang lain, Tapi disebabkan ianya memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menyelesaikan
kad-kad yang ada, jadi pemain mesti setia sampai ke peringkat akhir. Dan
kadang-kadang boleh jadi ketagih yer. Macam IQ ni.
Game Solitaire Pun Boleh Main Online Sekarang!
Dan sekarang game Solitaire boleh dimain di mana-mana
platform. Dengan penggunaan internet dan juga telefon pintar terkini, terlalu
banyak persaingan untuk pengguna bermain game yang diminati. Tapi kalau korang
rindu nak main game Solitaire, boleh jer download di Apps Store atau Play
Store. Pilihan banyak. Tak pun korang boleh main secara online di sini Solitaire.Org.
Lagi mudah dan selamat.
Dekat Solitaire.Org ada banyak pilihan game yang boleh korang main. Ada Solitaire Classic, ada jugak version dari Klondike. Lagi moden. Point dikira pun lebih canggih dan sistematik. Selain game Solitaire, ada juga game lain seperti Mahjong, Card, Hidden Object dan sebagainya. Di bawah satu platform, pelbagai game yang boleh kita main dengan percuma! Tak perlu install dalm phone mahupun laptop. Mudah je kan?
Solitaire Classic |
Klondike Solitaire |
IQ da addicted main game Hidden Object ni. Siapa nak challenge
IQ, jom main jom!
Hidden Object |
4 Comments
Suka tengok daun terup tu melompat-lompat! hehehe
ReplyDeletekannn? ingat IQ je suka tengok daun terup lompat2 tu. hehehe
DeleteDah berzaman Cuya tak main Solitaire ni. Menggamit memori betul
ReplyDeletejom main balik cuya, memang menggamit memori!
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)