Advertisement

Responsive Advertisement

Platform Main Game Secara Online Yang Menyeronokkan Dan Selamat

Siapa jer yang tak minat main game? Cuba bagitahu IQ sekarang. Mungkin ada yang tak berapa nak minat tapi masih ada golongan yang akan menyimpan satu atau dua game dalam handphone masing-masing bagi mengurangkan stress walau di mana mereka berada, betul tak?

Dengan arus peredaran zaman sekarang yang sangat maju dan laju, IQ pasti tak ramai yang mengambil tahu tentang cara mengurangkan stress anak-anak. Kadang-kadang bila terlampau memikirkan kesempurnaan dalam mendidik anak, mungkin kita terlupa anak juga seorang manusia yang perlukan hiburan walaupun hanya sementara.

Jadinya, dengan kata lain, jom kita main game!! *angkat tangan semua, yeay!!

Platform Main Game Secara Online Yang Menyeronokkan Dan Selamat

Okay, IQ baru jumpa satu platform main game online yang tersangat best tau! Terdapat baaaanyak game dalam platform tersebut yang SELAMAT dimain oleh anak-anak. Tak salah kita sebagai ibu bapa memberi ruang dan peluang untuk anak-anak mengurangkan stress. Anak kecil yang berusia 1 tahun pun boleh stress yer, jangan main-main. Yang penting, pemantauan sepanjang masa perlu ada supaya kita tak memberikan kesan sampingan terhadap perkembangan otak anak-anak pula di kemudian hari.

Well, ini dia platform main game yang best tu! PLAYS.ORG. Terdapat bermacam jenis game yang boleh anak-anak dan kita sendiri main tau! Dan ianya percuma!! Haaa...bila tengok game tu semua terus la IQ ni terimbau kembali zaman kegemilangan IQ masa dulu, main game sampai tuang kelas dekat universiti. Opss! Terkantoi plak. haha!

Menariknya di platform ni kalau korang sign up, game korang yang korang tengah main tu, atau ada game favourite korang tengah dalam stages, korang boleh save dalam akaun korang dekat platform Plays.Org ni. Haaaa...menarik kan? Macam simpan game dalam Game Box macam tu. Yang paling best, dapat laluan karpet merah untuk Game Baru yang diupload di platform ini. Best betul!

Game dalam Plays.Org ini mempunyai pelbagai jenis game dan game baru akan diupload dari masa ke semasa dalam platform ini di sini supaya ianya mengikut peredaran masa. Bak kata orang, platform pun mesti nak kena up to date kan? Bukan fesyen pun nak up to date. haaaa..gitu! Anak-anak mesti seronok sebab boleh cuba main pelbagai jenis game yang menarik dan mencabar minda mereka di sini terutama game yang khas untuk Educational.

Pelbagai jenis game yang ada!

Educational Game yang sesuai untuk anak-anak

IQ nak kongsikan permainan yang IQ selalu main. Game ni memang menjadi permainan utama IQ sejak zaman universiti lagi sebab kalau main secara fizikal pun, game ni sangat best dan boleh gelak tak ingat orang sebelah yer. Bila ada game ni secara online, wahhh...memang seronok IQ dibuatnya. Tak sabar nak main!!


Game 4 Colors ni inspired UNO game. Haaa...siapa sini suka main UNO mesti main game ni. Memang sama dan tricky weyhhh. Asal entah IQ main game ni susah betul nak habiskan! kena tahu trick baru boleh menang. Haishhh


Basically, ini bilangan pemain yang boleh main dalam game ni. Maximum 4 orang. Disebabkan IQ sorang je buat masa ni, anak-anak masih tidur, so jom main berdua dengan game ni! Yeahhh

Kata-kata ni buatkan IQ menggeletar sikit. Sikit je la. Nampak bau-bau macam nak kalah ke tu?

So, game dah start, jom berjuang!

Bila dapat kad random dan kena pilih warna ni, memang dilema betul kan? sebab nak kena pilih based on kad yang kita ada, kalau boleh, pihak lawan tak ada kad warna yang kita pilih tu. Fuhhh, berpeluh nak pilih kad ni!

Alahhh, kena ambil kad extra la plak sebab tak ada kad warna biru. Tambah kad lagi...

Final result. hahahah! Main game pun kalah. EEEEE....tak aci! Re-game cepat! 

Tu dia yer, kalau main game bukan nak terima kekalahan. Biasa la tu kan? Jiwa pahlawan memang macam tu, masalahnya ada keturunan pahlawan ke? Tiberrrr. haha!

So, banyak lagi game yang best yang boleh korang main dekat platform ni. Yang atas ni adalah salah satu game yang ada dan menjadi kegemaran IQ. Korang pulak macam mana? Mesti ada satu jenis game yang korang suka main kan? Jom la kongsi dekat bawah. IQ nak tahu juga!

Website: plays.org

Post a Comment

0 Comments