Terkesannya IQ bila baca tajuk post IQ kali ni. Teringat dahulu IQ planning nak beli rumah ketika tidak berkahwin lagi. Hampir nak beli rumah di Kawasan lembah Klang. Rumah di bawah kerajaan banyak membantu rakyat dalam memiliki rumah mampu milik. IQ pun tak terlepas peluang ingin memiliki rumah pertama yang mengikut kemampuan IQ.
Tapi itu kisah hampir 7 tahun yang lepas. Lepas IQ
berkahwin, niat IQ terbantut disebabkan pemilihan rumah harus selari dengan tujuan
dan kemampuan semasa. Tambahan pula apabila wabak Covid-19 muncul tiba,
seakan-akan tamparan hebat bagi setiap orang kerana ianya amat memberi kesan
yang hebat terutama dari segi kewangan masing-masing.
Ekonomi yang turun naik pada ketika ini amat membimbangkan kita semua. OPR pula semakin naik mengikut keadaan ekonomi negara yang tidak berapa stabil. Jadi, apakah nasib orang seperti IQ dan mereka yang belum memiliki rumah pertama ini selepas wabak Covid-19 melanda?
IQ pasti ramai yang terkesan dengan wabak Covid-19 ni sebab ada
kajian mengatakan sekitar tahun 2021 ramai yang mencairkan asset seperti rumah
kedua atau ketiga bagi mengadakan simpanan semasa. Ini membuktikan kesan wabak
Covid-19 menjadikan pasaran penjualan rumah berada di tahap terendah di mana
masyarakat akan berhati-hati dalam melakukan pengeluaran bagi perbelanjaan
untuk jumlah yang besar seperti membeli rumah ini.
Tips Membeli Rumah Selepas Wabak Covid-19.
1-
Kukuhkan sistem kewangan selepas wabak
Covid-19.
IQ pasti sistem kewangan sesiapa sahaja akan mengalami kemerosotan ekoran wabak
yang melanda. Buat penstrukturan semula pendapatan semasa dan masa depan selepas
banyak pelepasan dan moratorium diberikan kepada rakyat sepanjang wabak
Covid-19 melanda.
2-
Wujudkan Satu Tabung Khas untuk Pembelian
Rumah Pertama
Tabung khas ni diwujudkan bagi mengasingkan income dan komitmen yang lain
selain mendisiplinkan bagi mencukupkan jumlah yang dikehendaki, paling kurang
persiapkan wang pendahuluan 10% daripada jumlah harga rumah
3-
Pilih Rumah Pertama Mengikut Kemampuan dan
Gaji Semasa
Rumah pertama tak perlu besar. Beli rumah mengikut kemampuan gaji semasa, dan
tidak terpengaruh dengan rebate yang ditawarkan. Kebanyakan rebate hanyalah
bersifat sementara dan tidak kekal mengikut terma dan syarat-syarat yang
tertentu.
4-
Kaji hartanah setempat
Jangan kita terlalu mengikut trend semasa yang apabila musim orang beli rumah,
kita pun nak beli rumah juga. Kemampuan setiap orang tak sama. Buat kajian
tentang hartanah setempat dan keadaan ekonomi semasa. Pembelian rumah yang
terburu-buru akan mendatangkan masalah di kemudian hari.
5-
Buat Kira-kira Pembelian Rumah dan
Pendapatan Dengan Tepat dan Kerap
Tak salah kita lakukan kira-kira berulang
kali untuk memastikan pengaliran wang untuk pembelian hartanah yang ingin
dibeli tepat dan jitu. Cuba kira perbelanjaan mengikut kadar hartanah dan
pendapatan semasa di sini, mungkin boleh memberi inspirasi dan buah idea untuk
menyediakan kos pembelian rumah yang lebih tepat.
Jika perancangan kewangan yang baik, pasti ramai yang mampu
membeli rumah pertama. Betul tak? Semoga kita semua berjaya memiliki rumah
pertama tak lama lagi!
0 Comments
Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)