Blog IQ ni dah 13 tahun rasanya. Bermula 2009, tahun pertama study di universiti IQ dah create cerita dalam blog ni. Kalau nak baca kisah dulu-dulu memang rasa nak hempuk kepala sendiri dekat dinding. Yelah, habis semua nak story dulu. Kalah status dekat Facebook zaman 2010. Facebook ni plak ada buat memory. Kalau Status lama muncul balik, boleh padam kalau agak-agak status tu tak sesuai dibaca di zaman sekarang ni...tapi kalau blog? Nak tak nak kena la baca balik semuanya. Kan?
Zaman cintan cintun pun mesti nak letak dalam blog ni. Tapi bila dah clash WAJIB la kan padam. Kang next lover baca tak syok la plak. Cuma kisah bila dah berkahwin dan Arwah suami meninggal tu IQ tak padam sebab ianya sejarah hidup IQ berkahwin.
Dulu semua perkara mesti nak update dekat blog. Medium sosial yang lain tak best untuk bercerita. Sebab rasa fake jer. Sekarang pun tak jauh beza. Nak cerita lebih-lebih pun jadi tak best. Faktor umur? Tak kan kot. Ada jer blogger otai dari dulu sampai sekarang maintain menaip. Kan?
Tadi IQ baca balik entry post IQ zaman IQ habis study. Zaman tu IQ kerap buat blog entry seperti kata-kata puitis dan luahan rasa. Masa tu mungkin banyak memendam rasa. Itu yang keluar ayat-ayat sebegitu. Tapi macam seronok plak. Mungkin IQ akan buat comeback dengan version yang baru pula lepas ni. Kan? Blog entry 10 tahun lepas akan diberi nafas baru. (Cehhh...ingat lagu ke apa?)
Macam best jugak, ok...boleh buat untuk next entry. Stay tune.
Till then. Bai
0 Comments
Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)