Advertisement

Responsive Advertisement

Berhijrah Lagi Kita – Ke Utara Kami Pergi

Salam semua.

Hampir sebulan tak menaip kata bicara di blog tersayang. Yer, IQ kesibukan beberapa minggu yang lepas. Terlampau banyak perkara yang berlaku luar jangkaan IQ sendiri. Bahkan, keputusan drastik yang diambil bukanlah keputusan yang mudah tapi ianya InsyaAllah memberi manfaat kepada ramai pihak.

IQ dan keluarga akhirnya decide untuk berhijrah ke negeri lain lagi. Setelah 8 bulan menetap di negeri kelahiran, kami sekeluarga mencuba untuk mencari rezeki di negeri lain pula. Bukanlah nak kata di negeri sebelum ni tak ada pendapatan langsung tapi mungkin dengan komitmen kami yang sedia ada, tak cukup untuk menampung perbelanjaan kami pula selepasnya.

Rezeki Kerja Baharu

Setelah hampir setahun juga IQ tak bekerja selepas hilang kerja pada bulan 8 tahun lepas, akhirnya IQ mendapat peluang baru di negeri sebelah Utara pula. Masa IQ mencari kerja, memang IQ tak kisah untuk berpindah ke mana-mana negeri. Di mana ada peluang, di situlah kami sekeluarga akan berada. Mula-mula banyak dapat interview belah Selangor & Negeri Sembilan, tapi akhirnya IQ confirm dapat di Penang.

Alhamdulillah, rezeki kami cepat kali ni setelah sekian lama kami menanti peluang ni. Terus ke Penang cari rumah. Ejen yang tolong cari rumah pun bagus sangat, sampai 5 buah rumah dia carikan tapi nak mudahkan kerja dia, rumah pertama yang kami view tu, itulah rumah yang kami tinggal sekarang.

Balik rumah lama, terus kemas barang. Suami la banyak kemaskan rumah sebab IQ kerap juga terhenti kerja disebabkan si kecik langsung tak boleh nak berenggang. Memang jadi kerisauan utama IQ bila nak masuk kerja lagi sebab si kecik memang menyusu badan dan langsung tak mahu minum guna botol. Naya kan? Huhu.

Settle kemas barang selama 3 hari. Akhirnya kami berangkat ke Penang. Memang cepat. Sebab tarikh IQ lapor diri pun dalam masa terdekat. Ambik masa lama masa pergi view rumah tempoh hari, dengan singgah kampung suami lagi. Itu yang rasa kelam kabut sangat-sangat. Huuuu.

Btw, urusan sekolah si sulung pun jadi tersangkut. IQ ni dah ler tak tahu urusan pindah sekolah makan masa juga sekolah nak siapkan surat. IQ pergi sekolah pun sehari sebelum pindah. Jadinya, surat pun minta adik ipar yang ambikkan. Terima kasih adik ipar, jasamu dari dulu sampai sekarang sentiasa dalam ingatan. Alhamdulillah, Qa’id pun da start sekolah dan dia pun happy dengan sekolah baru dia.

Dan sekarang IQ dah mula bekerja di tempat baru. Dah nak masuk sebulan dah. Alhamdulillah, semua baik-baik InsyaAllah. Tak mintak banyak, nak korang doakan IQ sentiasa dipermudahkan urusan IQ dan keluarga di sini. IQ dah hampir setahun tak kerja. Banyak benda sangat dah berlaku. Tapi IQ tahu itu semua pengalaman jatuh dan bangun seorang IQ.

Berkat Doa Semua

Ada seorang akak ni, kenalan IQ masa sama-sama program Jom Kurus dulu. Sentiasa mengambil berat tentang kisah IQ. Terima kasih kepada Kak Wan yang sentiasa mendoakan IQ dan keluarga. Kenalan yang dah lama kenal, jarang berhubung..tapi sentiasa ingat dan mendoakan. InsyaAllah.

Tak salah kita mendoakan orang yang terbaik sebab kadang-kadang do aitu berbalik kepada kita semula. IQ pun malas nak serabut fikir pasal orang lain dah, IQ fikirkan keluarga IQ je sekarang. Mungkin orang lain tak risau akan keluarga dia, anak-anak dia, tapi ketahuilah, setiap apa yang kita ada sekarang hanyalah pinjaman dan amanah dari Allah SWT. Kita bertanggungjawab untuk menjaga setiap apa yang kita ada ini dengan sebaiknya agar di penghujung kehidupan kita nanti, kita tak perlu bersoal jawab tentang tanggungjawab kita yang tak terlunas.

Terlalu banyak untuk IQ katakan, tapi cukup la setakat di sini sahaja. Bak kata orang, orang tak tahu struggle kita, yang orang nampak hanyalah kejayaan kita. Betul tak?

Sekian sahaja daripada IQ. Till then, bai!

Rumah baru kami

Kawasan rumah


Post a Comment

1 Comments

  1. Hijrah tu sesuatu yang dituntut dalam agama kan? Makanya didoakan dengan penghijrahan ni akan membuat keluarga IQ lebih bahagia dan senang hati serta diberkati. Ameen. Cantik kawasan rumah.

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)