Advertisement

Responsive Advertisement

Rawatan Kulit Masalah Ekzema di Klinik Dr Bazilah Memang Terbaik!

Ekzema. 

Macam mengimbas kembali zaman anak sulung IQ ketika berusia 2 tahun. Bermulanya kisah ekzema dalam kehidupan IQ dan anak sulung IQ ni. Masa tu IQ seorang ibu tunggal dan semestinya banyak perkara yang IQ tak tahu tentang perihal masalah kulit yang dihadapinya. Mujurlah ada rakan satu pejabat yang memberi nasihat sedikit sebanyak tentang Ekzema ni yang melibatkan pemakanan dan juga pemakaian krim yang sesuai.

Anak sulung dengan masalah ekzema sampai umur 4 tahun, last kena bahagian pipi

Berulang lagi...

Selang beberapa tahun, apabila anak kedua IQ lahir, masalah yang sama berulang kembali. Mungkin IQ ada genetik untuk masalah kulit ekzema ni. Sekarang pun IQ ada masalah kulit kering di bahagian jari tangan yang kejap muncul dan kejap hilang. Jadi, betul la kot IQ ni pembawa masalah kulit ekzema pada anak-anak IQ ni. Sedih la plak bila fikirkan balik.

Klinik Dr Bazilah...Klinik Kulit dan Ekstetik

Jadi, IQ dan suami pun mencari mana-mana klinik kulit yang ada berhampiran dengan rumah kami. Suami akhirnya suggest untuk dapatkan rawatan kulit untuk anak kedua IQ di Klinik Dr Bazilah yang terletak di Shah Alam. Klinik Dr Bazilah ni ada beberapa cawangan lain seperti di Bangi dan juga Kajang. Search klinik kulit confirm naik nama Klinik Dr Bazilah ni. Dekat sangat-sangat dengan rumah kami masa tu. Suami terus whatsapp untuk dapatkan temujanji pada hari yang sama.

Anak kedua kena teruk pada bahagian muka juga.
Gambar ketika berada di Klinik Dr Bazilah Shah Alam

Respon Laju!

Memang laju betul sistem di Klinik Dr Bazilah ni. Whatsapp terus respon. Dapat pula temujanji hari yang sama. Lega hati suami dapat bawak anak jumpa Doktor. Klinik Dr Bazilah ini juga antara klinik kulit dan ekstetik yang dipercayai berdasarkan review klinik ini di Media Sosial. 




Rupa-rupanya di Klinik Dr Bazilah ni, terdapat banyak rawatan berkaitan dengan kulit selain Ekzema seperti masalah Acne, Psoriasis, Aesthetics, Fungal, Minor Surgery dan sebagainya. Untuk masalah Ekzema, terdapat banyak jenis ekzema pula yang ada. Contohnya, Atopic dermatitis, allergic dermatitis , irritant contact dermatitis, eczema, lip dermatitis.


Konsultasi detail...

Semasa sesi konsultansi anak IQ di Klinik Dr Bazilah, doktor bertanya secara details tentang salasilah keluarga IQ yang mungkin menghadapi masalah kulit yang sama. Pada awalnya, IQ fikir anak IQ terkena kurap susu atau kesan chicken pox yang baru habis dialaminya pada masa tu, tapi rupa-rupanya ianya adalah Ekzema. Ubat khas diberikan kepada anak IQ dan temujanji seterusnya dibuat untuk melihat perkembangan semasa anak IQ. Alhamdulillah, ekzema anak IQ semakin berkurang sejak mendapatkan rawatan di Klinik Dr Bazilah.

Setelah beberapa minggu selepas mendapatkan rawatan di Klinik Dr Bazilah


Jika korang ada sebarang pertanyaan atau masalah berkenaan kulit, korang boleh direct WhatsApp Klinik Dr Bazilah pada pautan di bawah. Maklumat lanjut tentang masalah Ekzema boleh layari website atau Social Media Klinik Dr Bazilah di bawah


Whatsapp : +6019-6571563 (Kuala Lumpur) Atau click link ni http://temujanjidrbazilah.wasap.my/

Contact :

03-89229681 (Bandar Baru Bangi)

03-50357359 (Shah Alam)

Website : www.klinikdrbazilah.com

Facebook : klinikdrbazilah

Instagram : @klinikdrbazilah

Post a Comment

3 Comments

  1. semoga segera sembuh inSyaAllah dengan rawatan yang terbaik

    ReplyDelete
  2. Anak-anak yang ada ekzema ni kena jaga betul-betul sejak kecil, sebab kalau tak jaga dari kecil, ekzema tu jadi makin teruk bila meningkat usis, macam diri saya sendiri dulu-dulu. Seksa ooo hidup dengan ekzema. Sekarang Alhamdulillah! Dah tak ada ekzema dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis, mcm mana u boleh bebas dari eczema ya? Saya dah beberapa tahun hadap, sekrang pun masih gatal-gatal lagi :( Boleh bagi contact sis tak untuk saya contact.

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)