Advertisement

Responsive Advertisement

Optom Bangi, Pusat Pemeriksaan dan Jagaan Mata Profesional

Optom Bangi, Pusat Pemeriksaan dan Jagaan Mata Profesional

Penjagaan mata adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan kita ni. Tanpa penglihatan yang jelas dan terang, kita mungkin mengalami masalah dalam kehidupan seharian. Memiliki mata yang bermasalah mungkin boleh dicegah dari awal terutama daripada peringkat kanak-kanak lagi. Ini kerana kanak-kanak adalah golongan yang lebih cenderung mengalami masalah mata pada zaman kini disebabkan penggunaan gajet yang kerap.




Jika ibu bapa mempunyai anak-anak yang mempunyai masalah mata, apa kata ibu bapa semua cuba bawa anak-anak ke Optom Eyecare Bangi. Optom Eyecare Bangi merupakan pusat pemeriksaan mata yang memberikan khidmat tentang penjagaan mata yang lebih terperinci.




Dengan adanya pakar mata di Optom yang terdiri daripada pasukan yang profesional, masalah mata seperti rabun, sistem fokus otot mata dan sistem jajaran penglihatan mata dapat diatasi dengan lebih awal untuk anak-anak. Terdapat juga khidmat bagi mengembalikan fungsi asal dan keselesaan penglihatan mata untuk menjalani aktiviti seharian.

Kenapa di Optom? Kenapa bukan kedai cermin mata yang lain?

Khidmat penjagaan mata yang disediakan di Optom Bangi adalah pelbagai. Bukan hanya membuat cermin mata mengikut power mata yang dikehendaki, malah khidmat yang disediakan di Optom Eyecare Bangi termasuklah:
  • Klinik Optometris Primer
- Pembiasan
- Anterior & Posterior
- Pemeriksaan Mata

  • Binocular Vision
- Juling 

  • Optometri Kanak-kanak
- Penglihatan Kanak-kanak

  • Opthalmic Dispensing
- Kanta lekap
- Preskripsi Cermin mata dan Cermin mata hitam

Paling menarik, pakar yang terlibat akan membuat cermin mata mengikut bentuk muka kita. Bentuk muka serta kedudukan mata akan diukur untuk mendapatkan sebuah cermin mata yang sesuai. Menarik kan? 

Kredibiliti pakar dalam melayan pelanggan di Optom semestinya berada di tahap optimum bagi menjamin hak dan kepentingan bersama. Optom Bangi yang mempunyai organisasi yang berstruktur dan sistematik dalam menguruskan kes melibatkan kepakaran optometris.
 



Sudah pasti kita semua tahu masalah mata menjadi suatu perkara biasa namun jika tidak dirawat, pasti akan memudaratkan. Maka, Optom Bangi juga bertanggungjawab dan konsisten dalam menyampaikan khidmat kepada semua lapisan masyarakat. 

Secara jujurnya, IQ amat tertarik dengan khidmat penjagaan mata yang disediakan oleh Optom Bangi ini. Oleh kerana IQ seorang yang bercermin mata, IQ juga risau jika pemakaian cermin mata ini diwarisi oleh anak-anak IQ nanti. Ramai kawan-kawan IQ yang berada di Lembah Klang telah pergi mencuba dan menggunakan khidmat Optom Bangi dan mereka sangat berpuas hati dengan layanan dan khidmat yang disediakan. Moga suatu hari nanti, IQ juga berpeluang mendapatkan khidmat penjagaan mata di Optom untuk anak-anak IQ nanti.

Optom Bangi



OPTOM EYECARE BANGI
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor.
011-11479093

Untuk tahu lebih lanjut berkenaan perkhidmatan penjagaan mata di Optom Bangi, boleh layari:


Post a Comment

0 Comments