Advertisement

Responsive Advertisement

Hijrah Pulang Ke Kampung Kelahiran

Mungkin ramai yang belum tahu, mungkin ada juga yang tertanya-tanya ke mana IQ dan keluarga berpindah setelah sekian lama menetap di Lembah Klang. 7 tahun IQ merantau mencari rezeki di negeri orang. Sebelum-sebelum tu, IQ memang tidak tinggal di negeri kelahiran IQ sejak 2012 lagi. 2 tahun tinggal di negeri lain sebelum mencari rezeki di Lembah Klang. Sedikit sebanyak beri impak dalam kehidupan IQ sekarang.


Diberhentikan Kerja Secara Tiba-tiba!

Lumrah kehidupan sebagai pekerja swasta, ada pasang surutnya. Lagi-lagi di kala pandemik ini, memang banyak memberi kesan dalam kehidupan masing-masing. Dua tahun kita semua mengalami pandemik, dua kali juga IQ diberhentikan kerja. Lagi bertambah cabarannya bila sebelumnya juga suami IQ pun diberhentikan kerja. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, memang keadaan jadi genting dalam masa hanya beberapa minggu.

Banyak yang perlu difikirkan. Apatah lagi IQ sekarang sedang mengandung anak ke-3, peluang mencari kerja semestinya tipis. Mana la majikan nak hire orang mengandung. Tu sebab kisah IQ diberhentikan di kala IQ mengandung agak mengundang marah beberapa pihak. Kalau ikut law, yes...memang tak patut dibuat. Boleh dikenakan tindakan. Tapi biarlah perkara tu settle kemudian. Hidup mesti diteruskan.


Buat Keputusan...

Jadinya, abah IQ di kampung suggest untuk kami berpindah pulang ke kampung halaman IQ. Kampung kelahiran IQ. Syarikat abah IQ perlukan sokongan dari anak-anak di kala ni, impak dari pandemik semestinya semua orang akan terkesan. Syarikat abah IQ pun sama. Kami suami isteri sebulat suara untuk pindah ke Terengganu bagi menolong abah menaikkan kembali syarikat abah IQ. Kat sini memang IQ kagum dengan suami IQ sebab sanggup berkorban, sama-sama susah senang. *tacing

Abah dan mama, tulang belakang kami di sini

Keputusan diambil memang agak cepat. Urusan pemindahan pun berlaku sangat pantas. Semua ahli keluarga kami baik sebelah suami dan IQ sendiri banyak membantu kami sekeluarga. Tak lupa jasa baik ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan juga ahli kelab blogger IQ yang menyumbang kepada kami. Terharu dengan bantuan semua orang masa ni, memang IQ tak akan lupa sampai bila-bila.

Keluarga sebelah suami, yang banyak menolong dari awal
Sanggup datang dari Perak untuk meraikan kami di sini

Masih Kekok...

Genap sebulan IQ berhijrah kembali ke Terengganu. Masih terasa janggal. Masih keliru dengan hari, (hari Ahad adalah hari pertama dalam satu minggu). Sibuk dengan urusan sekolah Qaid yang berbaki beberapa minggu lagi secara online, checkup baby setiap dua minggu. Buat masa ni, IQ masih belum bekerja, hanya suami IQ bekerja dengan abah IQ memandangkan keadaan IQ yang semakin sarat. Dijangka bersalin awal tahun hadapan (doakan semuanya dipermudahkan)


Seronok ke tinggal dekat Terengganu ni?

Seronok memang seronok la kan? Langsung tak jem kecuali hujung minggu, sebab ramai orang akan lepak pantai. haha! Duduk kat kampung ni memang leisure habis la, steady jer...orang kata besorkan badan je lebih...haha! Tapi tak der la. Hari-hari masih sibuk dengan anak-anak. Standard life seorang suri rumah. Kalau boring, pergi la lepak tepi pantai. Bunyi ombak serius menenangkan perasaan. Suami IQ plak memang seorang yang suka memancing, laut dan diri dia memang sebati sangat. Masa nak cari rumah dulu pun kalau boleh nak yang boleh jalan kaki jer ke pantai tu. Tu lah dia...

adik-adik dan anak + anak saudara, seronok bila dapat luangkan masa bersama dekat pantai


Setakat sini dulu perkongsian IQ tentang kehidupan IQ dekat sini. Memang ramai tertanya-tanya macam mana kehidupan IQ kat sini. IQ happy jer kat sini. Alhamdulillah, berkat dekat dengan keluarga kan. Berkat doa daripada semua juga. Alhamdulillah, terima kasih semua. Doakan urusan bersalin IQ nanti dipermudahkan plak yer. Tak lama dah, tak tahu lah sempat tak nak up entry baru sebelum tu. Harap-harap ada la kelapangan macam sekarang ni. haha!

IQ pun dah sarat, jangan tegur lebih-lebih...haha!


Till then semua...bai!

Post a Comment

15 Comments

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki IQ sekeluarga, Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah semuga semuanya Allah permudahkan. Mungkin ada hikmah setiap kejadian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semuanya mudah2 jer, Betul, ada hikmahnya

      Delete
  3. Setiap kejadian ada hikmahnya...

    pada uncle terengganu ialah negeri paling cantik di malaysia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu uncle, hehe..tq uncle! jom jalan2 ganuuuuu tapi da start monsun..haha

      Delete
  4. Allahuakbar, berat dugaannya. Ada hikmah disebaliknya. dapat menikmati suasana di kampung yang lebih mahal untuk dinikmati. Dapat pulak berdekatan dengan keluarga. Bertambah tambah nikmat dan pahala dapat bila dapat membantu keluarga. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan dilimpahi rezeki yang berpanjagan dengan segala keberkatan. Aaaminn....

    Kalau saya, seronok betul rumah dekat dengan pantai. Ya, bunyi ombak tu terapi yang menenangkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dalam ujian berat ni, ada terselit manisnya. Seronok dapat balik tinggal di kampung kelahiran sendiri.

      Terima kasih fizah, terima kasih atas kata2nya.

      Delete
  5. Semoga IQ makin bahagia di samping keluarga. InshaAllah besar hikmahnya ni. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.

    btw, tganu dekat area mana? Nad nak pergi KT hujung Dec ni hehe. Boleh suggest tempat2 makan menarik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin...terima kasih nad atas doanya.

      wahh, nak datang Terengganu? banyak tempat2 best kt KT, nak try nasi dagang, pergi nasi dagang atas tol dekat padang negara. Pastu drawbridge memang tempat wajib la kan selain pasar payang. hehehehe

      Delete
  6. Semoga dipermudahkan segala urusan IQ dan family taw.
    Semua ada hikmah kan,lagi dekat dengan family lepas lama x jumpa masa pkp aritu.
    seronoknya boleh selalu lepak pantai. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin, terima kasih reen. Selamat pengantin baru! hehe..meh honeymoon ganu meh..hahahaah!!

      aah, hikmah lama tak jenguk family dekat kampung lama.

      Delete
  7. semoga semua urusan IQ dipermudahkan. saya doakan yang terbaik untuk IQ. 1 tips - IQ baca surah Yassin setiap hari, InshaAllah semuanya akan baik-baik saja

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)