Advertisement

Responsive Advertisement

Pencuci Muka Tanah Liat Azyma Care, Bersihkan Kulit Secara Semulajadi

Rutin harian kita semestinya sibuk kan? Walaupun dalam keadaan pandemik dan berada di rumah, kita tak seharusnya mengabaikan penjagaan diri kita. Haruslah kekal bersih dan rapi serta cantik walaupun hanya berada di rumah. 

Tapi IQ nak tanya kat sini, siapa ada masalah kulit muka sensitif? Muka senang untuk timbul jerawat apabila pakai produk yang tidak sesuai dengan jenis muka memang boleh buatkan hari terasa kelam kelabu kan? Timbul sebiji jerawat pun terasa nak meraung sepenuh hati.huhu.

Kulit muka IQ bukanlah dikatergorikan sebagai terlampau sensitif dengan barang mekap. Mungkin IQ pun jarang apply muka dengan mekap yang tebal, dan hanya memakai mekap yang nipis-nipis dan simple sahaja. Jadi, IQ kurang mengalami masalah kulit muka IQ yang bermasalah. TAPI kalau IQ tidak bersih muka dengan betul pun, jerawat halus seakan berpesta tumbuh di muka IQ. Masa tu mestilah baru IQ nak menyesal bila lupa nak bersihkan muka dengan step yang betul.

Pencuci Muka Tanah Liat Azyma Care, Bersihkan Kulit Secara Semulajadi

Namun bila IQ diperkenalkan dengan Pencuci Muka Azyma Care ni, IQ tak perlu nak risau sangat kalau IQ lupa nak basuh muka ikut step yang IQ selalu guna tu sebab pakai pencuci muka Azyma Care ni semestinya mudah sangat. Tak perlu ada banyak step pun, pakai dan muka terus bersih dan segar! Tak percaya? Mari IQ tunjuk khasiatnya.

Sebelum tu IQ nak bagitahu yang Pencuci Muka Azyma Care ni adalah produk keluaran terbaru oleh Azyma Group Sdn Bhd. Semua produk yang dikeluarkan oleh Azyma Group mempunyai bahan utama iaitu tanah liat Kaolin serta 4 bahan utama yang lain seperti Lavender, Aloe Vera, Cucumber dan Chamomile.


Pencuci Muka Tanah Liat Azyma Care, Bersihkan Kulit Secara Semulajadi

Pencuci Muka Tanah Liat Azyma Care, Bersihkan Kulit Secara Semulajadi

Selain itu, terdapat juga 2 bahan aktif semulajadi yang digunapakai di dalam Pencuci Muka Azyma Care ini iaitu, Royal Jelly dan Bee Propolis. Dua bahan ni ada banyak khasiat tersembunyi tau. Antaranya:

Khasiat dan kebaikan Royal Jelly dan Bee Propolis:

  • Sumber semulajadi awet muda untuk kulit
  • Penjana Sel Semulajadi
  • Kaya dengan enzim, vitamin, mineral, kolagen dan asid amino
  • Anti Penuaan
  • Antibakteria
  • Anti Radang
  • Menyembuhkan Keadaan Kulit
  • Pembaikan Kulit
  • Menremajakan kulit
  • Menyuburkan Kulit
  • Menampakkan kulit sihat yang cantik

Penggunaan Pencuci Muka Tanah Liat Azyma Care Yang Mudah


Cara nak guna Pencuci Muka Tanah Liat Azyma Care ni sama macam pencuci muka yang lain. CUMA penggunaannya lebih mudah disebabkan teksturnya lembut dan Soap-Free. Buihnya kurang dan mudah untuk dibasuh selepas mencuci muka.

Pencuci Muka Tanah Liat Azyma Care, Bersihkan Kulit Secara Semulajadi

Pendapat Personal IQ tentang Pencuci Muka Tanah Liat Azyma Care


Selama beberapa minggu IQ Pencuci Muka Azyma Care ni, memang ternyata kulit IQ lebih lembut. IQ kan ada masalah kulit sensitif, kadang-kadang jerawat halus mudah jer nak muncul. Tapi bila pakai pencuci muka Azyma Care ni, jerawat-jerawat halus pun segan nak tumbuh.

Kalau korang berminat nak cuba Pencuci Muka Tanah Liat Azyma Care ni, korang boleh dapatkan melalui:


Atau terus dengan pembelian produk Azyma Care di:

Post a Comment

2 Comments

  1. Mmg best Pencuci Muka azyma care..pernah pakai .BERSIH jer kulit😍☺️👍

    ReplyDelete
  2. Azyma ni elok utk kulit mcm kak juju jenis sensitif. Dah guna 3 botol dah. So far so food.

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)