Advertisement

Responsive Advertisement

Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa Yang Mencabar

Suri Rumah Sepenuh Masa Ni Mencabar

Disebabkan dah kena pecat kerja bulan lepas, IQ sekarang secara tak langsung jadi suri rumah sepenuh masa. Kalau ikutkan, ianya menjadi idaman IQ selama ni bila IQ sendiri teringin nak jaga dan besarkan anak-anak IQ depan mata IQ sendiri tanpa harapkan pengasuh dan juga taska. Impian jadi kenyataan bila dibuang kerja tanggal 8 Mei yang lepas, namun menjadi suri rumah dalam keadaan yang tak dijangka ni semestinya mencabar.
Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa Yang Mencabar
Seorang Ibu beranak Dua

Sesi Persekolahan Yang Ditangguhkan

Persekolahan anak-anak semuanya ditangguhkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan. Si Qa'id sepatutnya memulakan sekolahnya pada bulan April yang lepas pun terpaksa ikut arahan yang sama. Jadinya, sekolah bertangguh, pembelajaran pun sama bertangguh. Ada kelas online diadakan tapi bagi Qa'id yang pertama kali nak join bersama-sama gurunya dan rakan-rakan baru dia semestinya agak susah apatah lagi silibusnya seakan dah advanced untuk Qa'id ikut.

Nak tak nak, Qa'id terpaksa berada di rumah dan ibu pula terpaksa curi-curi masa nak ajar dia. Namun, nak mulakan sesi pembelajarannya pun agak memeningkan sebab IQ sendiri tak tahu nak mulakan dari mana. Cabaran seorang ibu nak ajar anak di rumah. Lagi-lagi Qa'id ni kalau nak dengar cakap ibu dia punyalah susah. Perlu tinggi tone suara baru pandang, itu baru pandang. Kalau nak kena buat, maunya kena pakai speaker.
Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa Yang Mencabar
Si Abang Macam-macam Ragam

Urusan Kerja Rumah Dan Si Kecil

Tugasan suri rumah macam biasa, basuh baju, memasak, kemas rumah. Itu yang jadi kebiasaan tiap hari. Namun, dengan adanya si kecil Luqman, memang tugasan itu lebih mencabar. Kena sesuaikan masa dengan keadaan. Bila si Luqman tidur, baru kerja rumah laju dibuat. Bila dia dah bangun, agak terbantut kerja-kerja tu, sebab Luqman sekarang pantang kalau ibu dia tak ada depan mata. Mesti merengek sepanjang masa. Harapkan si abangnya Qa'id tengokkan adiknya, mata tengok tv, lepas tu disuruhnya diam adiknya. Pening ibu tengok dari jauh nak..*nangis hujung bucu katil.

Kadang-kadang tugasan macam ni yang nampaknya macam simple pun boleh memenatkan badan. Basuh baju, masak, kemas rumah nampak macam straight forward kan? Namun lelahnya bukan boleh dibawa bincang. Lagi-lagi kalau anak kecil macam Luqman tak mahu tidur, tak mahu beri kerjasama bila ibunya nak masak. Jangan terkejut bila suami balik kerja, rambut isteri kusut masai macam baru lepas bergaduh. Bergaduh dengan anak pun yer jugak tu. huhu.

Mungkin sebelum ni IQ tak perlu nak fikir tentang mengasuh anak, kerana waktu siang pergi bekerja. Lainnya keadaan bila anak-anak depan mata, semua kena uruskan sendiri. Betul tak apa yang IQ katakan? Masa yang panjang sepanjang bekerja tak perlu fikirkan seratus peratus tentang anak kecil yang perlukan tidur secukupnya, yang kanak-kanak pula perlu ada sesi pembelajarannya. Semua tu tak perlu difikirkan sebelum ni kerana pengasuh dan taska yang uruskan. Bila dah uruskan sendiri, tahu betapa payahnya uruskan semuanya dengan kudrat sendiri. 
Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa Yang Mencabar
Si Adik Perlukan Perhatian

Seorang Suri Rumah Itu Memang Seorang Superwoman!

Begitulah mencabarnya kehidupan IQ sekarang. Bila rasa sendiri kehidupan menjadi seorang suri rumah sepenuh masa barulah tahu seorang suri rumah sangat kuat orangnya! Menggalas tugas seorang ibu, seorang isteri, yang menjadi tanggungjawab sepenuhnya bila suami bekerja mencari rezeki. Rasa nak tepuk tangan buat standing ovation buat para suri rumah seluruh dunia! Suri rumah memang seorang Superwoman!

Sekian sahaja coretan seorang suri rumah IQ hari ni. Tugasan akan bermula sebentar lagi tapi si kecil dah mula bangun. Episod mencabar kali ke berapa ntah sudah bermula! 

Kalau ada yang bertanya, IQ tak nak kerja lagi ke? Yer! IQ nak bekerja lagi, sekarang tengah mencari kerja yang berkaitan dengan bidang IQ. IQ dulu kerja dalam sektor pembinaan, harapnya ada lubang-lubang kerja untuk IQ kerja nanti, Insya-Allah. Doakan IQ yer.

Till then, bai!

Post a Comment

24 Comments

  1. Gunakan peluang ini untuk bonding dengan anak2..insyaAllah pasti ada rezwki di depan

    ReplyDelete
  2. Jangan stress tau IQ. Semoga IQ dapat kerja semula.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan rezeki untuk IQ dan keluarga.

    ReplyDelete
  4. memang mencabar jd surirumah.. xsume org mampu..
    respek sgt kat surirumah2 seluruh mesia..

    semoga dipermudahkan segala urusan IQ~

    ReplyDelete
  5. Dok rumah memang susah nak dok diam kan..ade je keja nak buat..hehehe

    ReplyDelete
  6. Semoga sis IQ menjadi seorang surirumah yg kuat mengalas segala cabaran . InsyaAllah . Ada rezeki terbaik lepas ni

    ReplyDelete
  7. Tabik buat semua suri rumah terutamanya IQ

    ReplyDelete
  8. Faham sangat penatnya jadi suri rumah. Mmg penat. InsyaAllah ada rezeki IQ di masa depan.

    ReplyDelete
  9. Saya dah 6 tahun jadi suri rumah sepenuh masa. So far memang enjoy. Tp bila ada baby baru ni rasa tak cukup tangan plak haa. Huru hara kejap. Haha

    ReplyDelete
  10. Menjadi suri rumah sepenuh masa memang mencabar sgt. Bersabar ya IQ. Lama-lama inshaAllah ok nanti. Joinlah group NGO SRR (Suri arumah Rahmah) kat FB. InshaAllah kita akan lebih positif bila bila d cerita-cerita ibu lain juga

    ReplyDelete
  11. Sedihnya kena berhenti, tapi jadi suri rumah pun hebat juga, boleh tgk anak membesar dpn mata. Insyaa Allah ada rezeki lain utk IQ

    ReplyDelete
  12. In sha allah ada rezeki buat IQ.Yang bekerja ni rasa nak keje dari rumah

    ReplyDelete
  13. Surirumah kerja yg tak pernah sudah

    ReplyDelete
  14. Sebenarnya secara reality duduk rumah lagi penat sebab kerja tak pernah habis. InsyaAllah moga IQ nanti akan dapat masuk kerja balik.

    ReplyDelete
  15. smoga dipermudahkn IQ dapat kerja yg lebih baik insyaAllah..hikmah dapat tatap anak puas2

    ReplyDelete
  16. Dah tak kerja ke. Takpela.. Ade ahikmah nanti. Masa ni la dpt luangkan masa dengan anak.. Memng tak menang tangan kerja kalau dengan anak

    ReplyDelete
  17. Allahu... Tabahkan hati yaa Izyan.
    Ya, bukan mudah jadi surirumah. Memang selalu jadi dragon, lion king bagai. Hahaa.. Nikmati selagi ada, satu hari nanti akan rindu saat ini. Moga Izyan dapat keje baru segera. Aamiinnnn

    ReplyDelete
  18. Stay strong IQ, suri rumah memang mencabar, kerja paling penat, takde cuti rehat. Namun besar pahala dan itu tugas hakiki seorang wanita bila bergelar ibu dan isteri.

    ReplyDelete
  19. yesss...sangat sangat mencabar... bila dieorang tak sekolah nii..asyik bergaduh je haa...ibu kena jadi refereeeeeeee

    ReplyDelete
  20. Mula2 memang susah sikit tapi lama2 ok je. Dah terbiasa. Dah tahu petang buat apa , tengahari buat apa.

    Anak2 pun lama2 diaorang akan biasa dengan arahan ibu kat rumah.

    ReplyDelete
  21. Surirumah memang seorang yang superwomen.
    All the best IQ. hehehe

    ReplyDelete
  22. semoga berjaya menjadi surirumah cemerlang sebelum kembali bekerja nanti. Aamiin.

    ReplyDelete
  23. Berat keje tu tpi bagus. Mungkin rezeki tuhan tu besar lagi. Bykkan sabar. All the best sis and good luck in future

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)