Wednesday, June 3, 2020

Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa Yang Mencabar

June 03, 2020 25

Suri Rumah Sepenuh Masa Ni Mencabar

Disebabkan dah kena pecat kerja bulan lepas, IQ sekarang secara tak langsung jadi suri rumah sepenuh masa. Kalau ikutkan, ianya menjadi idaman IQ selama ni bila IQ sendiri teringin nak jaga dan besarkan anak-anak IQ depan mata IQ sendiri tanpa harapkan pengasuh dan juga taska. Impian jadi kenyataan bila dibuang kerja tanggal 8 Mei yang lepas, namun menjadi suri rumah dalam keadaan yang tak dijangka ni semestinya mencabar.
Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa Yang Mencabar
Seorang Ibu beranak Dua

Sesi Persekolahan Yang Ditangguhkan

Persekolahan anak-anak semuanya ditangguhkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan. Si Qa'id sepatutnya memulakan sekolahnya pada bulan April yang lepas pun terpaksa ikut arahan yang sama. Jadinya, sekolah bertangguh, pembelajaran pun sama bertangguh. Ada kelas online diadakan tapi bagi Qa'id yang pertama kali nak join bersama-sama gurunya dan rakan-rakan baru dia semestinya agak susah apatah lagi silibusnya seakan dah advanced untuk Qa'id ikut.

Nak tak nak, Qa'id terpaksa berada di rumah dan ibu pula terpaksa curi-curi masa nak ajar dia. Namun, nak mulakan sesi pembelajarannya pun agak memeningkan sebab IQ sendiri tak tahu nak mulakan dari mana. Cabaran seorang ibu nak ajar anak di rumah. Lagi-lagi Qa'id ni kalau nak dengar cakap ibu dia punyalah susah. Perlu tinggi tone suara baru pandang, itu baru pandang. Kalau nak kena buat, maunya kena pakai speaker.
Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa Yang Mencabar
Si Abang Macam-macam Ragam

Urusan Kerja Rumah Dan Si Kecil

Tugasan suri rumah macam biasa, basuh baju, memasak, kemas rumah. Itu yang jadi kebiasaan tiap hari. Namun, dengan adanya si kecil Luqman, memang tugasan itu lebih mencabar. Kena sesuaikan masa dengan keadaan. Bila si Luqman tidur, baru kerja rumah laju dibuat. Bila dia dah bangun, agak terbantut kerja-kerja tu, sebab Luqman sekarang pantang kalau ibu dia tak ada depan mata. Mesti merengek sepanjang masa. Harapkan si abangnya Qa'id tengokkan adiknya, mata tengok tv, lepas tu disuruhnya diam adiknya. Pening ibu tengok dari jauh nak..*nangis hujung bucu katil.

Kadang-kadang tugasan macam ni yang nampaknya macam simple pun boleh memenatkan badan. Basuh baju, masak, kemas rumah nampak macam straight forward kan? Namun lelahnya bukan boleh dibawa bincang. Lagi-lagi kalau anak kecil macam Luqman tak mahu tidur, tak mahu beri kerjasama bila ibunya nak masak. Jangan terkejut bila suami balik kerja, rambut isteri kusut masai macam baru lepas bergaduh. Bergaduh dengan anak pun yer jugak tu. huhu.

Mungkin sebelum ni IQ tak perlu nak fikir tentang mengasuh anak, kerana waktu siang pergi bekerja. Lainnya keadaan bila anak-anak depan mata, semua kena uruskan sendiri. Betul tak apa yang IQ katakan? Masa yang panjang sepanjang bekerja tak perlu fikirkan seratus peratus tentang anak kecil yang perlukan tidur secukupnya, yang kanak-kanak pula perlu ada sesi pembelajarannya. Semua tu tak perlu difikirkan sebelum ni kerana pengasuh dan taska yang uruskan. Bila dah uruskan sendiri, tahu betapa payahnya uruskan semuanya dengan kudrat sendiri. 
Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa Yang Mencabar
Si Adik Perlukan Perhatian

Seorang Suri Rumah Itu Memang Seorang Superwoman!

Begitulah mencabarnya kehidupan IQ sekarang. Bila rasa sendiri kehidupan menjadi seorang suri rumah sepenuh masa barulah tahu seorang suri rumah sangat kuat orangnya! Menggalas tugas seorang ibu, seorang isteri, yang menjadi tanggungjawab sepenuhnya bila suami bekerja mencari rezeki. Rasa nak tepuk tangan buat standing ovation buat para suri rumah seluruh dunia! Suri rumah memang seorang Superwoman!

Sekian sahaja coretan seorang suri rumah IQ hari ni. Tugasan akan bermula sebentar lagi tapi si kecil dah mula bangun. Episod mencabar kali ke berapa ntah sudah bermula! 

Kalau ada yang bertanya, IQ tak nak kerja lagi ke? Yer! IQ nak bekerja lagi, sekarang tengah mencari kerja yang berkaitan dengan bidang IQ. IQ dulu kerja dalam sektor pembinaan, harapnya ada lubang-lubang kerja untuk IQ kerja nanti, Insya-Allah. Doakan IQ yer.

Till then, bai!

Monday, June 1, 2020

Video Cara Tukar Thumbnail Video Youtube Menggunakan Handphone

June 01, 2020 16

Cara Tukar Thumbnail Video Youtube Menggunakan Smartphone

Video Cara Tukar Thumbnail Video Youtube Menggunakan Handphone

Rasa-rasanya ramai tengok seronok nak tukar thumbnail video dekat Youtube sekarang. IQ perasan macam da jadi satu trend sekarang. Ada apa-apa yang IQ tertinggal ke? hehe. Well, IQ jadi tergerak hati nak tukar thumbnail video dekat Youtube jugak sebab terpesona edit thumbnail dari blogger Chaza Xiaojie tempoh hari. IQ try la godek-godek edit sendiri ikut kekreatifan IQ yang tak seberapa ni. Hasilnya? Membanggakan diri IQ sendiri. haha! Diri sendiri bangga dengan pencapaian sendiri ajer ler.

So, lepas tu IQ terfikir, beberapa tahun lepas IQ ada try untuk tukar thumbnail video dekat Youtube ni dengan try godek-godek dekat Youtube channel IQ. Ternyata semuanya hampa. Yang IQ tahu masa tu kalau tak ada subscriber yang ramai kat channel kita, kita tak dibenarkan untuk tukar thumbnail video. Hanya boleh pakai thumbnail yang dicadangkan oleh Youtube tu sendiri. Punya lah sedih kan?

Tukar Thumbnail Video Youtube Pakai Handphone jer?

So, kisahnya bersambung lepas IQ edit-edit thumbnail tu IQ try pulak cari tutorial untuk tukar thumbnail ni. IQ tahu boleh tukar thumbnail ni pakai LAPTOP tapi IQ nak jugak cari cara untuk tukar thumbnail tu guna handphone. So, hasilnya IQ jumpa!!! Dan IQ berjaya tukar thumbnail video Youtube IQ akhirnya! Happy dia lain macam yer, sebab dah pernah try tukar dulu tapi tak berjaya, namun akhirnya berjaya jugak.

Nak tahu caranya? Sila tengok VIDEO CARA TUKAR THUMBNAIL VIDEO YOUTUBE DENGAN MENGGUNAKAN HANDPHONE ni . Tengok sampai habis yer!



So, macam mana? Dapat tak? Mudah ajer kan? Bila dah tahu cara nak tukar thumbnail video ni, IQ jadi semangat nak tukar KESEMUA thumbnail video IQ di Youtube tu, walaupun video tu bertahun lepas IQ upload, tak salah kita update balik thumbnailnya kan?

Video Cara Tukar Thumbnail Video Youtube Menggunakan Handphone
Haa...tak ada thumbnail punya video detected..hehe

Hampir kesemua video IQ di channel IQ dah ditukar thumbnail-nya. Hanya ada beberapa video lagi belum tukar. Tak per, slow-slow. Ini pun da makan masa beberapa hari nak tukar. Lagi-lagi kalau ada anak kecik, memang makan masa la sikit yer.

Ok la korang, jangan lupa subscribe channel IQ juga yer! Klik sini untuk subscribe!

Till then korang, selamat mencuba! Bai!