Monday, June 1, 2020

Video Cara Tukar Thumbnail Video Youtube Menggunakan Handphone

Cara Tukar Thumbnail Video Youtube Menggunakan Smartphone

Video Cara Tukar Thumbnail Video Youtube Menggunakan Handphone

Rasa-rasanya ramai tengok seronok nak tukar thumbnail video dekat Youtube sekarang. IQ perasan macam da jadi satu trend sekarang. Ada apa-apa yang IQ tertinggal ke? hehe. Well, IQ jadi tergerak hati nak tukar thumbnail video dekat Youtube jugak sebab terpesona edit thumbnail dari blogger Chaza Xiaojie tempoh hari. IQ try la godek-godek edit sendiri ikut kekreatifan IQ yang tak seberapa ni. Hasilnya? Membanggakan diri IQ sendiri. haha! Diri sendiri bangga dengan pencapaian sendiri ajer ler.

So, lepas tu IQ terfikir, beberapa tahun lepas IQ ada try untuk tukar thumbnail video dekat Youtube ni dengan try godek-godek dekat Youtube channel IQ. Ternyata semuanya hampa. Yang IQ tahu masa tu kalau tak ada subscriber yang ramai kat channel kita, kita tak dibenarkan untuk tukar thumbnail video. Hanya boleh pakai thumbnail yang dicadangkan oleh Youtube tu sendiri. Punya lah sedih kan?

Tukar Thumbnail Video Youtube Pakai Handphone jer?

So, kisahnya bersambung lepas IQ edit-edit thumbnail tu IQ try pulak cari tutorial untuk tukar thumbnail ni. IQ tahu boleh tukar thumbnail ni pakai LAPTOP tapi IQ nak jugak cari cara untuk tukar thumbnail tu guna handphone. So, hasilnya IQ jumpa!!! Dan IQ berjaya tukar thumbnail video Youtube IQ akhirnya! Happy dia lain macam yer, sebab dah pernah try tukar dulu tapi tak berjaya, namun akhirnya berjaya jugak.

Nak tahu caranya? Sila tengok VIDEO CARA TUKAR THUMBNAIL VIDEO YOUTUBE DENGAN MENGGUNAKAN HANDPHONE ni . Tengok sampai habis yer!



So, macam mana? Dapat tak? Mudah ajer kan? Bila dah tahu cara nak tukar thumbnail video ni, IQ jadi semangat nak tukar KESEMUA thumbnail video IQ di Youtube tu, walaupun video tu bertahun lepas IQ upload, tak salah kita update balik thumbnailnya kan?

Video Cara Tukar Thumbnail Video Youtube Menggunakan Handphone
Haa...tak ada thumbnail punya video detected..hehe

Hampir kesemua video IQ di channel IQ dah ditukar thumbnail-nya. Hanya ada beberapa video lagi belum tukar. Tak per, slow-slow. Ini pun da makan masa beberapa hari nak tukar. Lagi-lagi kalau ada anak kecik, memang makan masa la sikit yer.

Ok la korang, jangan lupa subscribe channel IQ juga yer! Klik sini untuk subscribe!

Till then korang, selamat mencuba! Bai!

16 comments:

  1. Thank you share..nanti nak edit juga la semua video letak thumbnail.

    ReplyDelete
  2. Tq tips...sy pn baru nk brmula aktif youtube..jeles tgk org pnye thumbnail canggih2..sy biase je...subs jika sudi hehe

    ReplyDelete
  3. Mudah. Tq share nanti nak cuba lah

    ReplyDelete
  4. Lawa laaa thumbnail IQ! kreatif. Suka tengok.. Thanka sharing. Nanti nak try jugak laaaa

    ReplyDelete
  5. Wah! Dah cantiklah feed YT dia. Suka tengok. Best kam bila dah ada thumbnail. Feed YT lebih mesra penonton . Tahniah IQ ☺️

    ReplyDelete
  6. Nanti dah ada youtube boleh tengok balik entri ni. Hehehe

    ReplyDelete
  7. Nak kena kemas kini YT semula nie.. kemas IQ punya YT

    ReplyDelete
  8. Ramai yang tgh rajin tukar thumbnail YT skrg ni. Cantik2 dah YT memasing.

    ReplyDelete
  9. ramai dh mula youtube ni.Nampak seronok! thnks 4 sharing..mana tahu nnti nk buat content youtube boleh guna teknik ni..hehe

    ReplyDelete
  10. Thanks sharing! Marsha pun tengah nak belajar buat ni

    ReplyDelete
  11. Thank you kta tau dri awk. Hehee.. Tapi thumbnail kita biasa2 je.. Penat nak edit sakan

    ReplyDelete
  12. Okay..teruja gak nk ubah sendiri thumbnail YT. Thanks iq sharing

    ReplyDelete
  13. ooh cover tu orang panggil thumbnail ya.. ooh, baru tahu (tertinggal keretapi sungguh)

    ReplyDelete
  14. Tak terbuat lagi. Ada masa nanti nak buat jugak

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata