Baju Raya Beli Ke Tak?
Raya tak sampai lagi seminggu. Tiap kali PM ataupun Dato' Ismail Sabri berucap, mesti berharap agar dilepaskan untuk balik beraya di kampung. Walaupun hakikatnya makin lama makin pudar bila tiap kali baca update di Facebook yang mengatakan sekatan polis di merata-rata tempat. Ada yang cuba merentas negeri dengan balik kampung seminggu awal pun tak lepas dan diarahkan balik. huhuhu...rasa nak ambik baldi nangis laju-laju..
Persiapan Raya Di Rumah Kecil Kami
Jadinya, bila dah situasi macam tu, suami IQ pun berkata, berayalah kita di Shah Alam ni sahaja. Terpaksalah redha dengan ketentuan-Nya. Memang raya tahun 2020 ni rare betul rasanya. Disebabkan virus sekecil zarah tu, berubah habis keadaan rutin tahunan kita. Segalanya kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan.
Maka, baju raya ada ke tidak tahun ni? Bila berborak dengan suami, dia cakap macam tak perlu beli baju raya. Sebab raya pun dalam rumah jer. Lepas tu, plan nak pakai kain pelikat dan kain batik jer. Katanya ada challenge yang dia dengar dari radio. Haihh...mana pulak datangnya challenge tu. IQ tak dengar radio, so IQ tak tahu. Tapi ada bran ke nak pakai pelikat dan batik je pagi raya?
IQ plan nak pakai baju raya tahun lepas. Sebab baju raya tahun lepas pun pakai sekali jer. Ada 3 pasang baju raya, semuanya baru sekali pakai. Sebab apa? Sebab lepas raya terus IQ pregnant. Lepas tu, memang tak ada la IQ pakai baju raya tu sampai sekarang. So, memang IQ pakai je baju raya tahun lepas raya nanti.
Baju raya tahun lepas |
Tema warna tahun lepas warna pink. Tahun ni punya kaler pun pink la yer. Pakai yang mana ada. Kalau ikutkan kain macam ketat sikit. Baru lepas bersalin kan, perut dan peha macam segan segan nak kembali ke bentuk asal. haha! Tapi boleh pakai la..tapi suami dah warning, jangan terkoyak masa nak duduk nanti. Haishhh...
Tahun lepas raya bertiga di Perak |
Si Kecil Penambah Keceriaan Pagi Raya
Dan tahun ni semestinya berbeza la kan berbanding tahun lepas. Sebab tahun ni ada pertambahan ahli keluarga. Muhammad Luqman Rifqy menceriakan suasana hari raya kami nanti, InsyaAllah. Tapi baju raya luqman dah ada ke?
Alhamdulillah, masa berpantang hari ni, ada saudara hadiahkan baju raya rompers untuk luqman. warna pun lebih kurang macam warna pink. So, secara tak langsung, tak perlu ibu dan ayah nak cari baju melayu dah untuk luqman. Yelah, pakainya sekali untuk raya, kalau nak pakai banyak kali lepas ni pun ok jer, sebab rompers kan. Tak membazir sangat berbanding nak beli baju melayu betul untuk dia.
Tahun ni ada budak kecik ni sekali. |
Sekali dia buat muka masam pulak bila ibu pakaikan baju melayu rompers ni. Warna dah ditukar. Tunggu pagi raya baru boleh tunjuk. Surprise la sangat kan? haha!
Ok lah, till then korang. Bai
6 Comments
Takpe lah raya tahun ni tak balik kampung lagi pun ada budak kecil kan. Comel je luqman pakai baju pink color
ReplyDeleteitu qaid, luqman yg pakai baju biru tu...eh..warna dah ditranspose..heee
DeleteUncle recycle je... hehehe
ReplyDeletesama la kita uncle
Deletepinkies si kecik tu..comel
ReplyDeleteitulah... sy pun fokus beli utk anak dan isteri ja.
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)