Advertisement

Responsive Advertisement

Pengalaman Bersalin Anak Kedua; Muhammad Luqman Rifqy

Salam korang!

huhu, baby kedua IQ hampir berusia tiga bulan dah tapi baru berkesempatan nak coretkan kenangan bersalinkan dia. Rezeki baby bila ibu dia bersalin, lepas tu satu Malaysia pulak kena Perintah Kawalan Pergerakan. Seronok dia bila ayah dia pun ada la kejap2 dengan dia, sebab ayah dia kerja jugak masa PKP ni sebab under Essential Services. So, anak kedua IQ ni lahir pada tanggal 16 Februari 2020, pukul 10.14 pagi.

IQ tak expect yang IQ akan bersalin awal seminggu daripada tarikh jangkaan bersalin. Sepatutnya IQ bersalin pada 22 Februari 2020, tapi orang kata, bersalin ni dia akan ikut anak sulung. Kalau anak sulung awal seminggu, yang kedua pun akan follow awal seminggu. So, untuk IQ, betul la apa orang kata tu sebab Qa'id dulu pun awal seminggu dah bersalin.

Contraction Dah Ada Awal
IQ sebenarnya dah mula contraction masa petang hari Sabtu. IQ fikir baby lapar, tu sebab baby asyik mengeras kadang-kadang. Pulak tu IQ teringinkan burger KFC cheese yang tengah trending tu. Pulun la cari malamnya even masa tu contraction dah terasa makin lama makin kuat. Kebetulan husband IQ pun kerja masa tu, tetap cari burger KFC sendiri. haha!

Tapi mujur la sempat makan apa yang diidamkan kan?  Masa tengah makan burger tu sempat IQ bercerita tengah perut tengah sakit dekat husband. Husband pun siap google tanda-tanda bersalin. Yela, husband tak ada pengalaman layan bini nak bersalin ni. Lepas tu siap call ibu dekat kampung lagi. Dan Yer! Baby mengeras tu tanda-tanda contaction. huhu. Berdebar dah hati masa tu. Husband da suruh siapkan beg baju untuk IQ sebelum masuk tidur. IQ iyerkan ajer.

Dan malam tu IQ langsung TAK BOLEH TIDUR!! Contraction makin lama makin kerap datang. Dari pukul 12 lebih tengah malam IQ nak tidur, kejap-kejap terjaga sebab contraction datang. Bila makin kerap, IQ dan dan install Apps kira masa contraction. Haaa..masa tu boleh nampak selang masa dah jadi 4-5 minit sekali. Husband kat sebelah pun jadi tak lena tidur. Sekejap-sekejap tanya okay ke tidak. Rasa macam boleh tahan, cakap Okay. Sampai lah dah pukul 3 pagi, last husband tanya terus IQ cakap sakit dah makin kerap. Husband suruh siap-siap pergi hospital.

Gerak ke Hospital!
Gerak pergi Hospital Shah Alam. Pukul 3 setengah sampai PAC. Daftar masuk tapi masa ni dah terlupa nak salam tangan suami, nak peluk cium anak. Sakit dan berdebar punya pasal. Dah masuk baru mesej dekat husband cakap lupa nak salam. Nasib husband cakap dah ampunkan segala dosa, sentiasa doa dipermudahkan IQ bersalin. Tacing dah masa ni, nangis sorang2 masa dalam PAC. huhu.

Cek CTG dekat PAC, then naik Labour Room dekat Tingkat 4. Cek CTG lagi. Sakit makin lama makin kuat. Nurse suruh IQ bagitahu husband, mintak daftarkan IQ di bahagian pendaftaran tapi husband balik rumah uruskan Qa'id. Layan contraction, pukul 5 lebih pagi, nurse terus tolak masuk Labour Room. Makin cuak dah bila dah kena masuk LR ni.

Layan sakit sorang2. Patutnya husband boleh temankan di hospital ni tapi disebabkan husband kena uruskan Qa'id, terpaksa la IQ layan sakit sorang2. Sampai la pukul 10 pagi, last nurse cek jalan baru 5cm. Husband pun baru nak otw hantar Qa'id pada pak ngah dia.

Pukul 10.00++ macam tu, IQ terasa nak teran. Rasa macam nak terberak sangat2! Nurse seakan tak percayakan IQ masa tu sebab baru cek jalan 5cm. Tapi dah terjerit2 cakap  rasa nak berak, baru nurse tengok balik jalan. Dah fully, Baby sedia untuk diteran. Dalam beberapa kali teran, keluarlah seorang lagi anak lelaki IQ. Fuhh..lega...

Selesai Bersalin...
Nurse letak baby atas badan IQ untuk skin to skin. Lama jugak dalam 5minit. Tunggu tempoh nak keluarkan uri. Kecik jer babynya. Berat pun 2.78kg. Ringan sikit dari abang dia. Masa ni rasa bersyukur sangat dah selamat bersalin, even tak ada suami kat sebelah. huhu. IQ banyak juga kena jahit, sebab masa teran IQ terangkat punggung. Memang berjahit sampai ke belakang. Ngerinya sampai sekarang terasa yer.

Husband terkejut IQ dah bersalin. Melepas dia nak tolong jadi supporter tengah teran baby keluar. Sampai2 jer dia kat LR, baby dah siap mandi dah. Alahai suami...sian dia terlepas tengok baby lahir. huuu...tapi Alhamdulillah rasa bersyukur sebab bersalin kali ni tak ambik masa yang lama. Even IQ hampir 5 tahun tak bersalin, masih dipermudahkan proses bersalin. Alhamdulillah..

So, IQ admit wad satu malam jer. Esoknya terus balik. Tapi keesokannya, baby dah start kena kuning. Baby kena kuning sebulan juga. Sama jugak macam abang dia kena kuning sebulan. Kesian anak ibu.

Baby kali ni diberi nama oleh ayah dan atoknya. Sejak atok dia dapat tahu jantina, terus dinamakan dengan nama Luqman. Memang dari dalam perut pun dipanggil Luqman. So, IQ dan husband pun setuju letak nama Luqman dan nama akhirnya Rifqy. Muhammad Luqman Rifqy. Maksudnya?

Muhammad - Yang Terpuji
Luqman - Nama nabi, bijaksana, jalan yang jelas
Rifqy - Lemah Lembut/Kelembutan



Pengalaman Bersalin Anak Kedua; Muhammad Luqman Rifqy
Sehari selepas lahir

Pengalaman Bersalin Anak Kedua; Muhammad Luqman Rifqy
Dalam tempoh berpantang
Pengalaman Bersalin Anak Kedua; Muhammad Luqman Rifqy
Gambar Latest Luqman Rifqy

Alhamdulillah. Segala puji bagi-Nya, selamat semuanya. Semoga perjalanan seorang Muhammad Luqman Rifqy lebih mudah dan dilindungi oleh Allah SWT.

Ok la korang. Till then, bai!

Post a Comment

7 Comments

  1. Comelnyaaaa!
    Semoga Luqman Rifqy menjadi anak yang soleh kepada dua ibu bapa. Aminnnn.

    ReplyDelete
  2. Comelnya baby.. Aril singgah sini jap ehh...

    ReplyDelete
  3. tahniah iq.. cepat rambut luqman tumbuh. lebat rambut dia

    ReplyDelete
  4. So cute ... Semoga Rifqi membesar jadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  5. tahniah IQ. bagus IQ tulis ni, sebagai kenangan untuk diri sendiri juga kan. saya suka baca kisah-kisah orang bersalin, sebab setiap orang punya cerita dan pengalaman yang berbeza. Stay safe IQ and take care

    ReplyDelete
  6. Tahniah IQ for your second born. Moga Luqman membesar jadi anak yang soleh. Doakan Nadia pulak hehe

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)