Advertisement

Responsive Advertisement

Cara Renew Insurans Kereta dan Roadtax Tanpa Khidmat Agen


Cara Renew Insurans Kereta dan Roadtax Tanpa Khidmat Agen

Salam korang.

Hari last day untuk bulan Januari 2020 ni. Banyak kan perkara dah berlaku even baru masuk tahun baru kan? Dengan tahap kesihatan persekitaran kita sekarang pun kena berjaga-jaga disebabkan virus Corona yang melanda China baru-baru ni. Dekat Malaysia pun dah ada 7 kes di 3 hospital berbeza. Takut kan? Serius takut. Tapi sama-samalah kita berusaha untuk mencegah daripada terkena virus yang merbahaya ni.

Sebenarnya IQ nak cerita tentang IQ renew roadtax dan insurans hari tu. Sorry la kepada mana-mana agen yang buat khidmat renew roadtax dan insurans ni. Mungkin korang kurang suka dengan entry IQ kali ni. Bukan apa, dengan keadaan kewangan yang tak stabil sangat sekarang (plus dua-dua laki bini tak dapat bonus..haha) semestinya agak mempengaruhi cara perbelanjaan kami sekeluarga. Apatah lagi masuk tahun baru ni, macam-macam nak kena renew. Domain blog ni pun kena renew hujung tahun lepas. haaa..kena masuk kewangan tahunan jugak tu. haha!

So, memandangkan bajet 2020 macam lari sket, IQ plan untuk renew insurans dan roadtax IQ sendiri. Ikut cara husband IQ buat. Buat sendiri, dari renew insurans sampai la roadtax. Tapi IQ ambik langkah separuh jalan jer sebab kalau nak jimat buat roadtax kena pergi JPJ. Keadaan IQ sekarang ni tak memungkinkan benda tu berlaku. So, IQ ambik langkah lain. Tunggu yer apa langkahnya.

Survey Syarikat Insurans Kereta Dulu...
Roadtax IQ mati pada 20 Januari 2020 yang lepas. Pagi tu baru IQ cari dan buat quotation daripada beberapa web yang sediakan khidmat renew insurans. Antara yang IQ review seperti Etiqa Insurans dan juga Takaful Malaysia. Sebelum tu, IQ kenalpasti dulu berapa rate renew insurans yang sesuai mengikut umur kereta dan nilai No Claim Discount (NCD) kereta IQ. IQ cek semua tu dekat laman web www.oto.my/tool/car-insurance-calculator . Masukkan nilai kereta semasa korang, kapasiti enjin kereta (CC kereta korang) dan nilai NCD kereta korang yang terkini.

Nilai NCD boleh dikenalpasti mengikut umur kereta. Macam kereta IQ dah masuk 6 tahun. So, nilai NCD dah jadi 55%, dan nilai tu akan maintain selamanya sebab 55% adalah nilai NCD yang paling tinggi. Lepas tu, kat situ akan keluar nilai insurans yang bersesuaian dengan kereta korang. Kat sini la kita boleh nampak margin yang syarikat insurans tawarkan pada kita bila kita nak beli insurans nanti.

Bandingkan Harga....
Selesai langkah pertama, IQ tengok harga yang pihak insurans tawarkan. Dekat web dorang, dorang akan suruh kita masukkan maklumat-maklumat yang sama macam kita masukkan dalam insurans calculator tadi. Tapi kali ni, dorang akan keluar siap dengan harga dan tawaran tambahan untuk korang pilih. Masa ni korang boleh bandingkan insurans mana yang korang mampu untuk beli. Ada yang tawarkan harga tinggi, tambahan untuk cermin atau sebagainya pun okay la...so, masa ni pandai-pandai korang la korang nak decide beli insurans yang mana.
Cara Renew Insurans Kereta dan Roadtax Tanpa Khidmat Agen
Contoh Pengiraan dan Tawaran Insurans
IQ pilih Takaful Malaysia.(Ini bukan entry promote yer) Bagi IQ, Takaful Malaysia menawarkan harga yang reasonable untuk korang renew insurans korang dengan dia. Bila IQ key in nilai kereta, not bad la harga insuransnya. Cuma bila tambah pakej windshield, ada la penambahan harga sikit. Then, ada jugak benefit dia yang cover kesemua pemandu yang memandu kereta yang diinsuranskan. Bagus kan? Husband IQ la suggestkan Takaful Malaysia ni sebab dia renew kereta dia bulan 12 yang lepas.
Cara Renew Insurans Kereta dan Roadtax Tanpa Khidmat Agen
Apa yang dicover melalui insurans ni?

Tunggu Approval Daripada JPJ
IQ settlekan bayaran untuk Insurans Takaful ni, then tunggu mesej untuk JPJ approval. Kenapa nak tunggu JPJ approval pulak ni kan? Sebab nak kena buat step seterusnya la iaitu buat roadtax. haaa..kan? Lepas settle payment, Takaful Malaysia akan hantar mesej JPJ approved insurans. Baru la boleh proceed untuk buat roadtax. Opss!! Jangan lupa download e-certificate Takaful Malaysia untuk simpanan korang. E-certificate tu cover note ler. Simpan untuk rujukan renew insurans tahun depan lak. Okay? Download di mana? Nanti korang akan buat akaun Takaful Malaysia dalam portalnya. Kat situ korang boleh download E-certificatenya.

Last Step...Buat Roadtax!!
Disebabkan mak buyung tak larat nak pergi JPJ, so IQ buat roadtax dekat MyeG jer. haha! Lebih mudah dan khidmat dia sangat cepat yer. Bila JPJ dah approved, maka urusan buat roadtax jadi lebih mudah dan lancar sajer. Lagi-lagi buat dekat MyeG. Standard la kan MyeG pun dikira agen tapi casnya cuma RM9.30 jer siap dengan penghantaran. Buat pukul 11 pagi, pukul 4 petang roadtax pun sampai ke tangan IQ. Memang cepat servisnya haaa. PSST! Cuma jangan buat insurans dekat MyeG, Mahai husband IQ cakap. hihi!
Cara Renew Insurans Kereta dan Roadtax Tanpa Khidmat Agen
Laman web MyEG
Cara Renew Insurans Kereta dan Roadtax Tanpa Khidmat Agen
Mudah jer, klik ROADTAX RENEWAL TU JER
Cara Renew Insurans Kereta dan Roadtax Tanpa Khidmat Agen
Masukkan butiran yang diperlukan

Cara Renew Insurans Kereta dan Roadtax Tanpa Khidmat Agen
Tadaaa...da sampai!

Dari awal IQ pakai kereta sampai la 2 tahun lepas, rasa macam tertipu betul bila renew insurans dan roadtax pakai agen. Harganya kadang lebih RM100 kalau nak kira balik. Tahun lepas, IQ suruh adik ipar IQ renew kan. So, lebih murah sebab pakai harga staff. Tak ada mark up harga. Tahun ni tak dapat nak suruh adik ipar dah sebab dia dah berhenti kerja kat tempat tu. huhu.

Dislclaimer....
IQ bukan nak tutup periuk nasi mana-mana agen yang buat khidmat renew insurans dan roadtax ni tau. Sorry kalau ada yang terkesan dengan entry IQ kali ni. IQ cuma kongsikan bagi sesiapa yang nak berjimat cermat dengan bijak. Itu sahaja. Kalau IQ tanya kawan-kawan ofis IQ, mostly dorang lebih memilih untuk pakai agen, lebih senang katanya. So, pilihan masing-masing kan? Kalau tak nak susah, memang disarankan pakai agen. IQ dulu pun pakai agen jugak, sebab malas nak pikir 10x. hihi. Cuma kali ni bersusah sikit sebab nak kena jimat-jimat. Baby dah nak keluar bulan depan, kena la uruskan kewangan dengan bijak. Yer dak?

Ok. Setakat ini perkongsian IQ kali ni. Nak kongsi persiapan barang-barang baby kedua ni tak sempat-sempat lagi. Adakah entry itu akan terkubur jua sampai la IQ bersalin? haha!

OK la, till then, bai!

Post a Comment

5 Comments

  1. Uncle pernah urus sendiri... pernah juga orang ingat uncle ni 'runner' syarikat insuran... hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kuang asam sape yg fikir uncle ni runner, punya semart segak...hehe

      Delete
  2. selama ni renew kat pejabat pos saja.
    haha, memang tak reti nak cari agen.
    tapi dengar cerita start tahun ni pejabat pos dah tak buat insurance renewal ni.
    hurm, so maybe akan try cara IQ.
    TQ share info bermanfaat ni.

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)