Begitu jugak dengan suami IQ. Lagi lah dia berada dalam industri pengeluaran. Production semestinya satu bidang yang sibuk, nak mengeluarkan bahan mentah mengikut permintaan, semestinya memerlukan waktu kerja yang lebih untuk memenuhi permintaan daripada klien. Kadang-kadang hujung minggu pun kerja. Sabtu ahad kerja. Kadang-kadang sampai tengah malam baru balik rumah. Sampai rumah, badannya lemau sangat!
Kerja penat-penat. Tengok orang pergi berjalan, teringin sangat. Tapi masa selalu tak ngam. Husband lak jenis kerja hujung minggu. Nak ajak pergi berjalan cuci mata pun susah jugak. Ambil masa rehat dekat rumah jer.
Hari tu masa cuti deepavali, ambil peluang balik kampung husband. Even macam kerap, tapi disebabkan kerja, sebulan sekali jugak baru dapat peluang balik. Tapi sekali balik, maunya lebih dari cuti hari public dan cuti hujung minggu. Bawak family pergi makan-makan dekat Taiping. Walaupun sekarang petang asyik hujan, tapi at least dapat peluang untuk bersama family.
Lepas tu, husband tetiba ada urusan sikit dekat Seremban. Husband ajak pergi sekali, tapi terpaksa la IQ ambik cuti. Fikir punya fikir, why not kan? Bukan selalu dapat berjalan even dekat, tapi still boleh lepak. Lagi-lagi kalau berjalan hari orang bekerja ni tak ada sesak sangat macam cuti hari minggu. Ye tak?
So, husband book bermalam di Royale Chulan Seremban. Syoknya cuti time hari orang bekerja ni satu jer. Harga bilik jadi lebih rendah daripada biasa. Siap dengan breakfast lagi. Bayangkan Royale Chulan Seremban ni hari kerja biasa ni hanya RM160.00++ sekali dengan tax. Murah kan? Puas hati husband dapat book hotel mahal dengan harga murah macam tu.
Kolam Royale Chulan Seremban
|
Rindu anak dan suami. Harap mereka baik-baik sahaja di kejauhan sana. Ralat sebenarnya sebab IQ sebagai ibu dan isteri mesti mengharapkan boleh menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya tapi disebabkan kerja, terpaksa orang lain ambik alih sementara. Bukan tak terasa semua tu, dilema ibu dan isteri bekerjaya macam ni la. Harap dapat berbakti untuk keluarga bila tiba masanya. Mujur la husband sangat memahami. Lagi-lagi kami baru berkahwin, banyak cabarannya.
Semoga Allah SWT permudahkan urusan kami sekeluarga. Moga PJJ ini hanya sementara dan akan berakhir tak lama lagi.
Amiin. Sekian.
7 Comments
Semoga dipermudahkan urusan IQ dgn family
ReplyDeletetake care..
tq reen...Amiin
Deletesetuju sangat, kadang2 memang kita perlukan cuti dan jalan2 pun ^_^
ReplyDeletekan? terapi diri gituuuu
DeleteBetul, kadang-kadang bosan juga kan asyik kerja ja. Apa salahnya sekali sekala pergi rewardkan diri kita ni. hehe lamanya rasa tak berblogwalking ni.
ReplyDeleteye, betul..memang perlu reward diri sendiri lepas penat berkerja buat release dan rehatkan minda. Best juga stay sini kan. swimming pool dia cantik
ReplyDeletereward diri itu perlu sebagai penghargaan kepadanya. semoga terus berjaya
ReplyDeletejom singgah www.hellokerja.com
Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)