Advertisement

Responsive Advertisement

CAROUSELL Sambut Hari Merdeka Dengan Hero Malaysia! #MYLocalWira

Hari Merdeka hampir tiba. Jasa wira-wira yang telah mengharumkan nama negara menjadi pilihan satu pasaran mudah alih terbesar dan pantas di dunia iaitu Carousell untuk mengadakan kempen #MYLocalWira sehingga 31 Ogos nanti.
CAROUSELL Sambut Hari Merdeka Dengan Hero Malaysia! #MYLocalWira
Kempen #MYLocalWira mendapat sokongan beberapa wira negara seperti usahawan fesyen dan model antarabangsa, Amber Chia, atlet permotoran professional dan juga "Ratu Drift" Malaysia, Leona Chin, pejuang seni pertahanan diri, Ann Osman dan beberapa lagi wira hebat yang lain. Setiap wira yang terlibat ini akan memnyumbangkan beberapa item peribadi milik mereka untuk dijual di Carousell dan hasil jualan akan disalurkan untuk projek amal.
CAROUSELL Sambut Hari Merdeka Dengan Hero Malaysia! #MYLocalWira
Hasil kutipan penuh akan dimanfaatkan kepada Parents without Partners, sebuah organisasi amal yang membantu ibu bapa tunggal yang memerlukan. Dana yang dikumpul melalui jualan barangan preloved dan hasil dari #MYLocalWira ini akan digunakan untuk perbelanjaan seperti sewa, barangan runcit dan juga bekalan sekolah.
CAROUSELL Sambut Hari Merdeka Dengan Hero Malaysia! #MYLocalWira
CAROUSELL Sambut Hari Merdeka Dengan Hero Malaysia! #MYLocalWira

"Dari Rakyat Malaysia, Untuk Rakyat Malaysia"

“Ramai rakyat Malaysia cukup bertuah dikurniakan lebih dari apa yang diperlukan, sementara yang lain memerlukan bantuan. Dengan kempen #MYLocalWira, kami bekerjasama dengan beberapa individu hebat dengan menjual item pra-suka mereka di Carousell dalam satu tindakan mulia ‘memberi semula’ kepada rakyat Malaysia yang menyokong mereka bertahun-tahun lamanya. Kami juga mengharapkan peminat akan mendapati betapa bermaknanya untuk memiliki item peribadi yang memainkan peranan penting dalam karier hero mereka. Dengan #MYLocalHero, kami memberikan penghormatan kepada rakyat Malaysia yang telah membanggakan kita semua, dan seterusnya berharap contoh yang diberi dapat memberikan inspirasi kepada yang lain untuk mencapai kejayaan,” jelas En Tang Siew Wai, Ketua Serantau, Malaysia, Carousell Malaysia.


Dapatkan senarai penuh personaliti Malaysia beserta item untuk dijual di https://my.carousell.com/ atau melalui aplikasi Carousell; setiap pembelian akan membantu rakyat Malaysia yang memerlukan.

Untuk informasi lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Carousell di www.facebook.com/carousell.my, di Instagram @carousell.my atau muat turun aplikasi Carousell menerusi Apple Store atau Google Play Store.

About Carousell
Carousell is a mobile classifieds app that makes selling as easy as taking a photo, buying as simple as chatting. Launched in August 2012, Carousell began in Singapore and has spread to 19 cities around the world. With over 100 million listings, they are one of the world’s largest and fastest growing marketplaces. Carousell has been ranked as the top Lifestyle and Shopping app in Singapore, Taiwan and Hong Kong, and is backed by leading international Venture Capitalists Sequoia India, Rakuten Ventures, 500 Startups, Golden Gate Ventures, and QuestVC. In Malaysia, Carousell has a diverse range of products in 28 categories, including fashion & beauty, lifestyle gadgets and muslimah fashion. Download the app for iOS or Android, and visit my.carousell.com for more information.

Post a Comment

0 Comments