Saturday, March 16, 2019

Suami Kaki Pancing - Laut, Sungai Semua Balun!

March 16, 2019 6
Bila da ada suami, nak cerita la pasal suami jugak kan? Dulu-dulu nak bercerita memang tak ada sangat sebab tak aktif mana. Sekarang nak abadikan semua kisah dalam blog ni.

Bulan lepas, dua kali suami IQ pergi memancing. Memancing ni dah jadi hobi suami IQ dari dulu lagi. Bila IQ dengar cerita suami tentang memancing ni, ralit jadinya. Mana tak nya, kadang-kadang ikan atau udang yang dia dapat boleh dijual dengan harga yang tinggi. Boleh jana side income tuuu...
Suami Kaki Pancing - Laut, Sungai Semua Balun!
Minat dia yang die hard sgt terhadap mancing.
Mula-mula IQ kenal suami IQ dulu, IQ macam tak faham sangat dengan orang memancing ni. Yelah, lama betul mancingnya. Dari awal pagi sampai lewat petang baru balik. Seharian memang senyap la tanpa berita dari dia. Risau pun ada. Apa keadaan dia tengah laut/sungai tu. Macam-macam la bermain dalam kepala ni.

Tapi bila dia dah balik dan tunjuk ikan-ikan yang dia dapat, seronok tengok. Segar-segar ikannya. Sampai waktu nak masak, terus lost nak masak apa ikan-ikan tu.

PERSIAPAN MEMANCING YANG SANGAT DETAIL
Sebelum suami turun ke laut/sungai, dia akan prepare rod pancing dia dulu. IQ perhatikan setiap apa yang dia buat. Dari pasang tali, ikat dua jenis tali yang berlainan, pasang mesin pada rod pancing sampai la pasang chain amende ntah IQ lupa dah. haha! Nak tahu detail satu-satu, IQ kena tanya suami IQ balik la jawabnya.

Tapi IQ ingatkan rod pancing ni semua sama jer jenisnya. Rupanya tak! Ada beberapa jenis aktiviti memancing ni dan setiap jenis aktiviti tu menggunakan rod pancing yang berlainan! Haaa...baru tahu kan? IQ lagi la, tercengang jap.

Suami IQ ada 3 jenis rod pancing untuk aktiviti mancing yang berlainan. Satu rod untuk Casting, Satu rod untuk Slow Jig dan satu rod lagi untuk Bottom. Itu terms yang suami IQ bagitahu IQ la kan. Pada pemancing yang terbaca blog IQ ni, kalau terms yang IQ guna tu salah, maafkan lah IQ yer. heeee...

Setiap rod yang digunakan menggunakan mata kail yang berlainan jenis dan pemberat yang berlainan. Dan kalau keadaan air laut/sungai deras pun peralatan memancing kena main peranan jugak. Tak ada tenaga yang digunakan lebih daripada sepatutnya melainkan korang dapat ikan besor, haaa...yang tu tenaga mau lebih maaa..

Masa awal bulan 2 hari tu, suami IQ pergi Pulau Pangkor. Memancing di sekitar pulau tu. 1st strike dia dapat ikan Tenggiri bunga. Besorrr. Seronok dia dapat ikan terus share gambar dekat group WhatsApp family. Lepas tu dapat Kerapu dan jugak ikan Ebek. Masyuk habis!
Suami Kaki Pancing - Laut, Sungai Semua Balun!
Ikan Jenahak
Suami Kaki Pancing - Laut, Sungai Semua Balun!
Ikan Tenggiri
Suami Kaki Pancing - Laut, Sungai Semua Balun!
Ikan Ebek, ni masak gulai tempoyak, sedap uiiiiii
TRIP SELANG SEMINGGU!
Lepas seminggu, pergi ke Pulau Jarak plak. Kalau orang yang biasa memancing ni, tahu la Pulau Jarak ni jadi tumpuan pemancing dekat laut. Pulau Jarak ni da hampir dengan sempadan Indonesia. Nak sampai ke Pulau Jarak pun ambil masa dalam sejam. Memang jauh, IQ nak contact dia pun tak dapat. Line tak ada. huhu.
Suami Kaki Pancing - Laut, Sungai Semua Balun!
Ikan Kerapu terrr
Suami Kaki Pancing - Laut, Sungai Semua Balun!
Ikan Tenggiri Bunga
Suami Kaki Pancing - Laut, Sungai Semua Balun!
Ikan Aruan Tasik
Suami Kaki Pancing - Laut, Sungai Semua Balun!
Kena bahan dengan kawan2 muka berlagak sebab dapat ikan dulu. haha.



Balik dari Pulau Jarak, dapat Ikan Kerapu banyak sangat. Memang penuh tong simpan ikan tu dengan ikan kerapu. Memang dapat buat stok sebulan ikan-ikan tu. hihi.

IQ nak cerita lebih-lebih tentang dunia memancing ni IQ tak tahu sangat tapi takat itu jer la IQ tahu.Yang IQ tahu, makan ikan segar baru tangkap ni Ya Allah sedapnya lahai. Manis betui isinya. Da lama tak rasa ikan manis macam tu. Dulu-dulu dapat rasa sebab tokki IQ pun seorang nelayan. Dah biasa juga makan ikan segar macam ni. Alhamdulillah,berpeluang rasa lagi sekali.

Katanya ada trip lagi. Tapi tak tahu la bilanya. Haaa...layan ajer la minat suami ni.

Ok la. Till then, bye!

Saturday, March 2, 2019

IQ Ditipu Peniaga Yang Tak Jujur?

March 02, 2019 8
Hari tu IQ pergi site. Salah satu site yang IQ kena pergi dekat area Selayang. Projek Pasar Selayang yang baru. So, belakang site tu memang ada ramai orang jual keperluan harian. Nak cari apa jer mesti dapat punya.

Disebabkan waktu nak balik da nak sampai, IQ plan nak beli barang untuk masak dekat situ. Siap buat list mak-mak pergi pasar. Biasa la kan? Kang tak tulis, lupa pulak. Senang kalau dah tulis ni, tak ada la tertinggal.

IQ pergi dengan sorang budak site IQ. Mula-mula pergi kedai runcit, beli sos, beli rempah sikit, beli garam, beli itu beli ini. Seronok plak nak membeli, nak apa jer ada dalam kedai tu. Sebut ajer, mesti ada!

Lepas tu, nak beli ayam. Plan nak masak Kurma Ayam malam tu. Then, IQ pergi ke gerai yang jual ayam. Ada beberapa kedai dekat situ, tapi IQ beli dekat satu kedai ni. Ada pak cik berkopiah. Yakin sikit nak beli berbanding dengan orang yang berlainan bangsa ni kan? Bukan rasis. Tapi keyakinan tu.

IQ pun pilih ayam. IQ tunjukkan ayam yang IQ nak pilih. Pak cik tadi tu pun berkata-kata. "Nak yang mana?" dengan slang orang seberang. Oh, bukan orang tempatan rupanya. IQ tunjukkan ayam yang IQ nak dan pak cik tadi ambik ayam tu dan timbang sebelum potong.
IQ Ditipu Peniaga Yang Tak Jujur?
Sumber Google
"RM15.30, boleh?" Pak cik tu tanya IQ. IQ bolehkan ajer. Seekor RM15.30. Besar jugak ayam yang IQ pilih tadi. Ok la harganya 15 belas hengget. Ayam pun nampak segar. Puas hati. Pak cik tadi pun pergi ke belakang sikit, dekat tempat memotong yang terlindung. IQ tak nampak pak cik tu potong kecik ke besar ke tapi IQ da ingatkan sebelum tu potong kecik. Dengar jer ler pak cik tu potong. Tap tap tap.

Ayam yang siap dipotong bertukar tangan. Hati rasa berbunga-bunga betul sebab dah plan nak masak balik nanti untuk family. Lagi-lagi dapat ayam segar dari pasar. Bukan senang tau nak dapatkan ayam segar macam ni kalau mak mak ni bekerja. Sebab nak singgah Giant atau Aeon beli ayam mesti fikir 10 kali.

Sampai-sampai dekat rumah, terus asing-asingkan barang yang dibeli tadi. Ambik beberapa ketul ayam dari plastik, untuk masak. Makan untuk 3 kepala dalam rumah ni tak banyak, dan untuk seekor ayam boleh la 3 hingga 4 kali masak. Suami nak bahagian peha. Letak dalam satu bekas. Cari bekas bertutup untuk selebihnya disimpan dalam peti.

Tapi tetiba rasa nak bau ayam ni...sebab rupa dia lain macam. Hurmmm...awat bau dia lain macam. Warna dia pun tak sama macam ayam yang IQ pilih tadi. Warna isi ayamnya da kekuningan. Kulitnya dah tak sesegar yang IQ pilih. Lemak ayamnya kuning sangat2 berbanding lemak ayam yang baru. Haihhhh...kena tipu ke?

Suami pun try bau. Terus suami buat muka. Terus dikatanya, "buanglah, saya tak nak makan ayam tu kalau awak masak, sakit perut nanti" IQ dah rasa tak best. Yelah, SEEKOR kot beli ayam ni. Bukan seketul dua. Ralat betul rasanya. Teringat dekat pak cik berkopiah tadi. Entah bila la dia tukar ayam yang IQ pilih tadi. Bukan IQ nak berprasangka buruk, tapi IQ yakin IQ pilih ayam yang ok tadi. Kulitnya segar tak macam kulit ayam yang IQ dapat selepasnya tu.
IQ Ditipu Peniaga Yang Tak Jujur?
Sekadar Gambar Hiasan. Sumber Google.
IQ pun teringat video yang IQ pernah tengok sebelum ni. Kegiatan peniaga yang tukar barang yang dah dipilih oleh customer masa proses nak bayar/bungkus. Memang rasa diri ni sebahagian daripada customer yang kena tipu tu. Tak rasa bersalah ke dorang buat macam tu? Agak-agak kalau kena macam ni, customer tak lari ke?

Jujur. Jangan pernah tak jujur. Meniaga ni kena ikhlas. Biar untung sikit janji berkat. IQ pernah berniaga dulu, untung tak banyak, tapi janji berkat. Setiap sen yang kita dapat tu bukan sahaja kita yang kira, tapi Allah SWT juga menghitungnya. Harap perkara macam ni dapat kesedaran orang ramai untuk lebih berhati-hati. IQ memang tak ada la nak beli kat kedai tu dah. Blacklist! huhu.

Till then, bai!