Advertisement

Responsive Advertisement

Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka

Kahwin dengan orang Melaka tapi tak pernah singgah langsung ke sini. Sebelum ni nak ajak ahli keluarga pun dorang semua cakap "eh, mahal la kat sana, barang semua branded dan harga mahal" Tetiba macam patah semangat ni nak cuci-cuci mata dekat sana.

Tapi semalam akhirnya IQ berpeluang juga jejakkan kaki ke Freeport A'Famosa Outlet (FAO) yawwww! Buat pertama kalinya setelah hampir 4 tahun jadi orang Melaka, IQ baru berkesempatan pergi ke sini. IQ gerak dari Jasin, Melaka dan perjalanan dalam 30-40 minit jer. Lalu Highway PLUS, keluar Exit Simpang Ampat lepas tu dalam 5km dah sampaaiiii. Tak susah pun nak sampai ke FAO ni rupanya!
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Sampai jua akhirnya!
Dari jauh nampak macam besar tempatnya. Tapi mujurlah parkingnya banyak. Ada dua tempat masuk. Boleh pilih nak masuk dari kiri atau kanan. Parking masa IQ pergi tu masih banyak kosong tapi bila nampak makin lama makin ramai orang, memang boleh penuh parking yang banyak tu tak lama lagi.
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
East Entrance
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka

SALE HARI RAYA!
Langkah kanan IQ datang kali ni. Kenapa? Sebab FAO sedang mengadakan Promosi Hari Raya untuk kesemua outlet di sana tau! Ada outlet menawarkan potongan harga sehingga 80%! Perempuan kan, pantang nampak nombor dan peratus tu, mesti terbuntang mata. Haha! Tahu ajer la tu menandakan duit akan melayang sebentar lagi. 
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Hari Raya sale like be 
Banyak outlet yang IQ singgah memang ternyata menawarkan harga yang berbaloi untuk dibeli. Dengan kualiti yang tinggi dan harga yang murah, pasti buatkan pelanggan tersenyum lebar. IQ la tu. haha! Rambang mata IQ ni bila tengok yang ni cantik, yang tu menawan hati. Adehh...payah jadi perempuan ni, nafsu shopping tak boleh nak dibendung langsung!
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Di mana-mana outlet pun ada sale
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Eh IQ pun tak terlepas peluang nak shopping. hehe
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Outlet Levis, blogger Kak Saidila tak boleh move on dengan jacket jeans yang ohsem tu
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Di mana-mana sale.
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
New Arrival pun ada sale jugak??
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Ini rambang mata namanya. hehe
Antara outlet yang IQ singgah macam Cotton On, Levis, Samsonite, Puma, Skechers, Luv Lux, RC Signature, Body Glove, Carlo Rino, Toy World dan juga Li-ning. Harga yang ditawarkan memang berbaloi untuk korang grab! Tak menyesal pun kalau korang nak cuba beli barang berkualiti dengan harga yang berbaloi kan?
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Levis Outlet. Skinny Jeans.
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Samsonite Outlet. Shopping beg balik kampung.
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Skechers Outlet. Kasut yang paling selesa pernah IQ cuba. 
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Carlo Rino Outlet. Kegilaan ramai wanita, macam IQ. hehe
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
RC Signatures Outlet. Menarik perhatian sungguh kasut tu.

Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Ruang Legar FAO
MESRA PENGUNJUNG SUNGGUH!
FAO sangat mesra pengunjung dan juga sangat menarik untuk korang nak bergambar dan abadikan kenangan. Reka bentuk FAO yang ala-ala Europe Style memang menambat hati. IQ dan rakan-rakan blogger lain pun tak terkecuali nak abadikan kenangan bershopping dekat FAO yang cantik ni. Ada juga IQ nampak ramai pengunjung yang posing sana sini. Memang ternyata AFO ni bukan sahaja tempat shopping tapi juga boleh dijadikan tempat photoshoot. 
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Selesa berjalan bersama keluarga
Ruang legar pun berbumbung, tak panas
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Tetiba rasa macam kat luar negara. hehe
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Sempat dorang posing kat atas nun
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Nak jugak posing. haha!
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Nak raya ni, deco ala2 kampung wajib ada. 
Bagi pengunjung FAO yang bersifat 'nak shopping tapi cepat penat' macam IQ ni pun tak perlu risau, sebab banyak tempat duduk di hadapan setiap outlet ni disediakan untuk pengunjung yang datang. Letih berjalan dari hujung ke hujung, mesti la kaki meraung mintak rehat kan?
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Senang nak tunggu para isteri bershopping jugak. hehe
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Sempat bergosip yer? hehe
KEMUDAHAN UNTUK PARA IBU BAPA
Untuk yang bawak anak kecil dan lupa nak bawak stroller untuk kanak-kanak, tak perlu risau sebab korang boleh la sewa Kiddy Trolley ni dekat FAO ni. Kadar sewa hanya RM10. Anak-anak pun seronok sebab macam naik kereta sendiri jalan-jalan. Kalau Qa'id ada sekali ni, mesti meraung nak naik trolley ni jugak biarpun ibu dia tak pernah lupa bawak stroller ke mana-mana. huhu.
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Abang tolak adik, sweet sangat. 
Kat FAO ni jugak ada tempat makan yer. Ada KFC, Pappa Rich, Marrybrown dan juga kiosks yang menjual air seperti Tealive pun turut ada untuk korang nak rest sebelum nak sambung bershopping. Ehem! Walaupun ni bulan puasa, kedai-kedai makan tetap dibuka yer. Cuma yang berpuasa tu kena la berpuasa. hihi. 

SALE SAMPAI LEPAS RAYA?
Ok, bagi korang yang belum habis shopping raya tu, jom ke Freeport A'Famosa Outlet di Alor Gajah Melaka ni. Promosi Hari Raya ni bermula 8 hingga 24 Jun 2018 nanti. Lepas raya pun ada sale lagi. Agak-agak baju raya tak cukup masa raya k-6 pun tak kisah lagi, boleh singgah beli dan sarung terus. hehehe.
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
IQ dah shopping dah. Settle baju raya Qa'id dan IQ. Alhamdulillah. Berbaloi!
Seronok Shopping Raya Di Freeport A'Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka
Rakan-rakan blogger yang turut sama shopping raya. =)
Kalau korang nak tahu apa yang menarik dan tawaran terkini daripada Freeport A'Famosa Outlet ni, korang boleh follow Facebook dan Instagram FAO di bawah yer! 

Post a Comment

15 Comments

  1. Syiokkkk nya shopping! Kasut tu memang lawa laa.... Lama lagi ehh sale. Bagus! Nak pi laa masa Raya nanti.

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat shopling dkt situ. Nak suruh encik asben bawa la raya ni

    ReplyDelete
  3. seronoknyerrr...meriah sangat sangat nibolehlah lepas raya pergi.Tapi ade lagi x sale? hihihi

    ReplyDelete
  4. Suka dtg sini dik izyan...akak ritu dgn husband borong baju kemeja siap dpt brg kulit cabutan bertuah tau...syoknya...nanti nk dtg lg lah

    ReplyDelete
  5. Pernah pergi sekali. . Best. Tetiba rasa nak repeat..

    ReplyDelete
  6. Hadoii diskaun tu...konpem rambang mata!

    ReplyDelete
  7. Bestnya! Bershoping.. Wanita dan shoping berpisah tiada kan.. 😀

    ReplyDelete
  8. bestnya dia shopping dekat Afamosa outlet..macam-macam ada ye dekat situ..meriah nengoknya

    ReplyDelete
  9. Menariklah sales tu, nak kena pergi jugak ni.

    ReplyDelete
  10. Cantiknya kasuttt tu IQ. Berkenan lak..

    ReplyDelete
  11. wah, rupanya banyak dia shopping yer.

    ReplyDelete
  12. Tarot tidak pernah sampai lagi di sini. Kalau dah sampai pon, dapat tengok2 je la. Tarot belajar pon belum habis lagi. hahhahaha

    ReplyDelete
  13. It is nice shopping places, There is a great sale sale is going on and also lot of stock is available there.

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)