Cerita ni sebulan yang lepas. Baru nak tulis cerita dekat sini sebab nak abadikan dalam blog. Kononnya. Padahal, nak update blog sentiasa. heeee...tapi betul! Dah lama nak story pasal ni, cuma baru ada kesempatan. heee.
Ada sorang staff dah remind kitaorang minggu sebelumnya, hari isnin minggu seterusnya kena pakai sport attires sebab ada perasmian gym dekat pejabat ni. IQ macam wahhh, macam best! Macam nak try. So, konon nak aim pakai sport attires la kononnya.
Efek nampak luas, tapi kecik jer. |
Ruang santai |
Tapi bila tiba hari kejadian, IQ pelik kenapa ada orang pakai baju tshirt je ni. Leisure betul nampak gayanya. Ting! Alamak! Lupa! Patutnya kena pakai sport attires. IQ betul-betul lupa! Kawan officemate IQ tak pakai pun sport attires, tapi tahu la IQ ni konon macam nak cuba jugak kan? hehe. Menggediks je lebih!
Selfie sebelum rasmi |
Balqissh, ok macam sebut nama sendiri XD |
Tepat pukul 4.30 petang, kitaorang dipanggil turun ke majlis di mini gym. Mini gym terletak di bahagian Ground Floor, bersebelahan dengan ruang pameran. IQ dah sedia ada maklum tentang Mini Gym ni sejak IQ pindah pejabat ke Glenmarie ni. Cuma baru hari tersebut diadakan upacara merasmikan untuk pembukaan khas Mini Gym.
Beratur nak cuba |
Staff-staff yang lain mula berkumpul. Ada booth khas dibuka untuk cek kandungan body fat. Ianya dikelola oleh pakar kesihatan dari luar. Ada sejenis alat penimbang khas yang mengira body fat kita mengikut berat dan komposisi badan. Masa IQ sampai, IQ tengok kecoh masing-masing duk gelak-gelak tengok kandungan body fat masing-masing. Macam menarik jer, IQ terus beratur untuk mencuba.
Tetiba rosak plak. Alahai |
Malangnya, mesin tersebut rosak sebelum waktu giliran IQ sampai. Frust habis! Baru nak tahu lemak badan ni ada banyak ke sikit. huhu. Bak kata kawan IQ, " Mungkin mesin tu terkejut sebab terpaksa timbang berat badan staff office yang malas nak bersenam ni. HAHA!" Kawan IQ cakap tau, bukan IQ. haha!
Perasmian |
Upacara memotong riben diadakan selepas Chairman sampai. Mr Chairman datang bersama anaknya yang juga CEO company diiringi bersama tetamu khas. Alhamdulillah, Mini Gym selamat dirasmikan. Ada staff yang dah siap sedia pakai sport attires berpeluang mencuba alat-alat di Mini Gym untuk kali pertama.
Masa untuk cuba! |
Ucapan pendek. Mr Chairman and son |
Masing-masing macam nak try |
Mr Chairman juga memberi sepatah dua kata sebelum beredar. Dipesannya jangan mengadap kerja sangat, kena jaga kesihatan, kena bersenam, baru lebih sihat. haha! Bersenam pun di pejabat. Memang suruh tidur di pejabatkah? heee.
Pelbagai jenis kuih muih disediakan |
Settle semua, apa lagi? Makan laaa.. haha! Semua staff dijamu kuih muih dan teh panas. Pelbagai jenis kuih disediakan, memang boleh try pelbagai jenis kuih. heeeee. Makan kuih banyak-banyak, harapan nak ke Mini Gym tu macam mimpi jer. haha!
Bila ada Mini Gym ni macam mudah la nak bersenam lepas ni. Tapi sejauh mana kerajinan tu IQ tak tahu laaa. haha! Sampai ke hari ni, IQ belum lagi sukarela nak jejak kaki dekat Mini Gym tu lagi. Mungkin lepas ni? Doakan IQ rajin bersenam lepas ni. Mood kurus ON! haha!
Till then, bai!
13 Comments
emm..bestnya ade mini gym kat pejabat.Tapi satu je.. jangan time nak start workout,kena buat kerja sudah.Harap bos Iq bukan jnis macam ni. Selamat menjaga kesihatan iq
ReplyDeleteboss department da bagi lampu hijau, in case tak ada kerja boleh pergi gym ni, tapi kena tahu jugak kalau boss sendiri tetiba panggil kan. haru!
Deletewah..bestnya..ada keje kosong tak kat sana? nak apply..hahahah
ReplyDeletehaha, xtau la ada kerja kosong ke sini...IQ cuma staff marhaen. haha
Deleteorg korea kan fit2.. tu yg dia suruh staf dia fit jugak.. pasni akk tgok IQ fit la, ni yg jalez ni hahaha
ReplyDeletehaha, org korea pun ada yg xfit. haha! Alamak, jangan jeles kak, jom prgi gym skli!
DeleteWow! nampak santai dan mewah. bestnya.. rasa macam nak keje kat ofis IQ la. hehe
ReplyDeletehehe, meh2, kalau ada kosong XD
Deleteuntung la IQ, jangan lepas peluang pergi gym free ni, org lain nk g gym kena bayar
ReplyDeleteIQ tak pernah pergi gym kena byar. last pergi masa zaman belajar. haha! XD
Deletebestnyaaa! pls fully utilise it! haha
ReplyDeletei will, one fine day. haha!
Deletesenanglah IQ nak stay healthy & keeping fit..hari2 senang nak pergi gym
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)