Advertisement

Responsive Advertisement

Durian Beri Angin Dalam Perut?

Musim durian tak habis-habis kan? Mungkin sebab sekarang orang dah tanam durian banyak-banyak dan tak ikut musim sangat dah. Sepanjang tahun pun rasa ada jer durian. Cuma kalau nak makan murah, memang kena tunggu musim dia laaa..
Durian Beri Angin Dalam Perut?
Mak mertua dah aim yang IQ ni hantu durian sama macam ayah mertua IQ. Buktinya dekat sini. IQ dan ayah mertua kalau bab durian mungkin geng la. Tapi kalau ikutkan ramai jer adik beradik ipar yang lain hantu durian. Ada dua orang jer tak makan, yang lain semua bedal jer.

Tapi masa IQ try musang king hari tu, petangnya IQ mengalami pening kepala, perut memulas (kembung) dan rasa nak muntah! IQ tak tahu la kenapa dengan diri IQ masa tu. IQ syak IQ tak makan nasi tapi bedal durian jer masa tu. Tapi bila IQ dapat tahu durian pun boleh beri angin dalam badan, rasa macam down plak. Kena stop makan durian ke lepas ni?

MAKAN DURIAN LAGI!
Dan masa IQ balik hujung minggu lepas, ayah belikan durian lagi! Kali ni durian kampung. Rasa dia pahit-pahit. Ayah mertua IQ cakap, orang berbangsa Cina suka durian yang pahit-pahit. Pahit-pahit pun IQ bedal jugak dua biji durian dengan dua adik ipar IQ. Semua durian elok keadaannya cuma pahit jer la.

Tapi tak lama daripada tu, perut IQ start memulas. Rasa angin jer dalam perut. Rasa nak muntah. Erkkkkk. Sendawa pun banyak kali. Adoi, kena lagi ke? Masak la nak layan perut kembung ni lagi. Lama jugak perut IQ kembung, dah minyak yuyi yang baby pun tak bawak. Layan je la perut kembung sampai balik KL.
Durian Beri Angin Dalam Perut?
Mungkinkah hanya tinggal kenangan? huhu
So, agak-agaknya lepas ni IQ kena avoid durian ke apa? Adehhh, dah la makanan favourite, tapi tak boleh makan plak. Sedih la macam ni. Mak mertua IQ ada cakap, orang perempuan ni, sebelum berkahwin dan bersalin, boleh la nak makan macam-macam jenis makanan pun tapi kalau dah ada anak, perut dah tak macam dulu. Maksudnya sensitif?

IQ akui perut IQ agak sensitif sekarang. Dah la baru masuk 2018. Macam-macam benda dah berlaku biarpun baru seminggu 2018 berlalu. huhu. Haa! Lagi satu, IQ rasa sebab IQ makan durian yang pahit laa, kalau durian yang pahit, gas dia power! Tu sebab perut IQ kembung teruk. Betul tak? Ke tak betul? huhu

Mood nak sedapkan hati. Sedih ni dah tak boleh nak makan durian sanggaaattt!!!!

Post a Comment

19 Comments

  1. tak pasti lah pulak pasal angin ni cuma tahu durian ni panas lah. Kena minum air banyak2 lepas makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ kalau makan durian skrg xde rasa panas sgt, ke sebab cuaca sejuk XD

      Delete
  2. betul sebab tue lps makan durian banyakkan minum air masak

    ReplyDelete
  3. akk kalu dah makn durian, letak air kat pangsa doyan lepas tu minum.. hahah sebarnya xde bnda pon.. tp org tua2 cakap kalu nak sejuk kan bdan minum air kat pangsa.. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tak amalkan minum dekat pangsa durian tu. hehe

      Delete
  4. Tak sure pasal angin tapi IQ kalau nak makan, makan sikit je. Sekadar ambil rasa. Huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak puas makan sikit jer eyqa, hantu durian makan sikit memang tak puas..huhu

      Delete
  5. Mungkin masa makan durian tu perut iq kosong. Saya agak je.

    Iq, mintak tolong. Cuba ke blog saya. Iq taip apa2 je kat ruang kome. Taip a b c pun boleh.

    Saya nak tau dah ok ke tidak blog saya tu. Sebab ada yg beri tau tak dapat bust komen kat situ. Thnks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. second time IQ makan, IQ makan durian lepas makan nasi, tetap jadi.tapi tak ada seteruk kali pertama kena. perut cuma memulas sahaja macam kembung.

      done komen entry adam.=)

      Delete
  6. Tak pasti lah makan durian ni boleh menyebabkan angin dalam perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. durian kan ada serat dan gas dia, confirm bagi angin dekat badan. heee

      Delete
  7. Yeke , atas orang jugak kan hehe tapi dulu qaseh cepat panas sebab tu xsuka sgt makan then lepas bersalin pantang nampak semua nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ek...perubahan personaliti gitu, lepas dah bersalin tukar jadi org lain. hehe

      Delete
  8. salam izyan =)

    eh.samela. yaya agak memang bole bagi msuk angin tau.tapi yaya xmkn durian cenggitu je.biasa buat msak bubur kcng hijau dgn serawa.pun sama juga efek dia.xboleh mkn bnyk.mkn bnyk mmg pewot rasa xslesa,serius.huuuu pyohla cenggini.dahla suke makan serawa mak yaya buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. serawa durian? ermmm, sedapnya! tapi IQ tetap suka makan buahnya paling utama, nasib la kalau ad perut macam kita ni kan yaya? huuuu

      Delete
  9. Reen aritu makan banyak jgak, then lpas tu terus rasa pening. Maybe sbb reen mkan byk kot. rugi lah kalau kena pantang kan,makanan fav kitaaa .huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe, kalau makanan fav kena pantang, rasa macam arghhhhh

      Delete
  10. owh tak tahu pulak yang rasa pahit, gas lagi power..thanks bagitau info ni, IQ

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)