Sakit lutut IQ berlarutan beberapa hari. Even nampak macam jalan normal jer, sebenarnya sakit tu datang bila nak bend lutut, nak bangun dari duduk bersimpuh dan apa jer buatkan lutut ni terima beban dari badan. Kalau dukung Qa'id masa nak naik tangga tu pun salah satu menempah kesakitan yang amat dekat lutut tu.
Nampak macam simptom orang tua kan? IQ pun tahu, mesti korang cakap macam tu punya. Tapi korang kena tahu, sakit lutut ni bukan kena dekat orang tua-tua jer. Orang muda macam IQ pun boleh kena tau! IQ baru 29 laaa, muda lagi oii. Sape cakap IQ dah 40, IQ karate zap zap!
DEMAM SENDI BAWAK PETANDA?
Sebenarnya juga, dua minggu lepas pun IQ ada demam sendi. Tak tahu la kalau demam sendi tu penyebab lutut IQ sakit ni semua. Tapi dulu lutut IQ pernah sakit macam ni sebab IQ dulu kan suka naik gunung. Hentakan dekat lutut tiap kali turun dari gunung tu buatkan IQ menderita sakit di lutut lama jugak la. Hilang sakit di lutut pun selepas beberapa minggu balik dari aktiviti bergunung tu. Tapi IQ dulu tak der la nak pergi klinik. Student lagi masa tu, nak pergi pusat kesihatan dekat U pun risau tak dilayan. haha! Sebab sendiri cari pasal nak naik gunung sangat kan?
So, disebabkan sakit lutut berlanjutan beberapa hari, IQ ambik keputusan untuk pergi klinik. Plan asal nak buat checkup. Tapi lupa nak puasa. So, just jumpa doktor jer. Intro dulu dekat doktor pum pang pum pang. So, doktor assume Pain at joint jer. Doktor tak ada lak cakap kena minum susu ke apa. Tak ada cakap cecair dekat lutut kurang ke apa. Cuma suruh makan ubat yang dia bagi jer.
Doktor bagi MC satu hari. Dekat MC tu IQ perasan doktor diagnosis sakit IQ sebagai Arthralgia. So, IQ pun Google la apa arthralgia ni apa.
Sumber |
Dua penyakit yang berkaitan - Sumber |
Penyebab - Sumber |
Simptom - Sumber |
So, apa yang IQ kena buat selain dari makan ubat? IQ kena la rajin-rajin bersenam dekat rumah. huhu. IQ tahu IQ dah jarang sangat bersenam sejak Arwah dah tak ada. Dulu, even badan macam belon pun, IQ tetap bersenam. Tapi sekarang disebabkan sibuk dengan kehidupan seharian, IQ dah lupa nak bersenam untuk badan IQ. huhu.
IQ tak tahu kalau doktor diagnosis penyakit IQ betul atau tidak sebab penyakit Arthralgia ni kena buat beberapa ujian jugak sebenarnya. Walau apa pun, IQ tetap kena amalkan gaya hidup yang lebih sihat lepas ni untuk elakkan komplikasi berlaku di masa hadapan. Mood sihat ON!
7 Comments
get well soon izyan, take care
ReplyDeleteTQ huda
Deletesyafakillah IQ.
ReplyDeleteterima kasih lynda..huhu
Deletekemungkinan kurang kalsium kalau sakit sendi ni. Cuba IQ ambil supplemen kalsium. Tengok boleh kurangkan sakit sendi ke tidak
ReplyDeletehuhu, ok radhia, try cari supplement plak lepas ni. huhu, terima kasih atas cadangan
DeleteSemoga IQ cepat sembuh ye. Sekarang macam mana keadaannya? Dah ok?
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)