Sepanjang minggu sebelum bercuti, IQ buntu nak pergi ke mana bila dapat tahu abah IQ tak ada di rumah cuti hujung minggu. Blank! Cuti tiga hari tak kan nak duduk rumah jer? Kan? So, plan dengan adik perempuan IQ, pergi bercuti nak? Terus adik IQ ON!
SURVEY TEMPAT BERCUTI
Banyak tempat survey. Target utama KOLAM! Tapi memang ada satu tempat ni IQ dah lama teringin nak pergi sebab nak bawak Qa'id main air. Banyak invite kawan-kawan pergi situ, tapi belum dapat merealisasikan hajat IQ ni. haha! Survey punya survey, last2 tempat yang IQ aim nak pergi tu la yang kitaorang pilih. Di mana? Mestilah Gold Coast Resort Morib!
IQ terus book bilik menggunakan web Agoda. Pilih bilik Studio Suite. Terus bayar on the spot. Tak boleh booking sahaja. So, clear bab bilik. Tunggu masa dan waktunya tiba. Beli kelengkapan nak mandi untuk budak-budak kecik. Plan nak masak sikit bawak pergi hotel. Percutian kali ni ada adik, suami adik, anak saudara, abang, IQ dan anak IQ. Nampak macam ramai kan? tapi muat jer satu kereta.
HARI YANG DINANTI TIBA...
CHECK IN!
Bila dah sampai, rasa excited sangat tapi dah pening-pening sebab tak tahu mana lobi hotelnya. Patutnya jalan je terus, tapi adik ipar ni berenti dengan pintu masuk dekat dengan water park. IQ terpaksa la menapak pergi lobi. Tak jauh tapi kalau tak tengok signboard, mahu sesat jugak.
Sampai lobi jer, fehhhhh...ramainya orang! Beratur sampai luar tempat beratur. Memang waktu check in. Ramai juga orang memilih Gold Coast Morib ni sebagai destinasi percutian. Even, kawasan dia kurang strategik, jauh dari mana-mana tempat utama, tapi tetap jadi pilihan pelancong tempatan.
Dalam setengah jam menunggu, baru dapat check in. Dapat tag untuk masuk water park siap2. Just dapat dua tag, lagi dua tag boleh add on nanti. Breakfast pun sama. So, no hal.
BILIK LUAS WALAUPUN HANYA STUDIO SUITE
Masuk jer bilik rasa macam waaaa..luas bilik dia! serius luas! Tak tipu! Walaupun hanya studio suite, memang agak luas. Bilik Studio Suite ni ada jakuzi tau dalam bilik mandi dia. Memang perghhh! best!
Then, kitaorang makan bekal makanan yang IQ bawak dari rumah. Alaaa, mee goreng dengan nugget dan fries ayam jer. OK la, buat alas perut. hehe. Masing-masing dah tak sabar nak main air. Lepas solat zohor jer, terus terjun!
JOM TERJUN!
Qa'id paling excited. Seronok dia bila dapat main air kolam ni. Tapi berangan jugak la dia nak mandi tanpa pelampung kan. Bajet orang besar plak. Tak sedar diri tu cinoet lagi. Tinggi tak cukup lagi. Kalau tergelincir tu terus lemas orang kata sebab tak reti nak kawal diri lagi. huhu.
Lepas 2 jam main air, terus rasa letih. Biarpun belum sampai pukul 7 malam, kitaorang stop main air awal sebab dah keletihan. Si Qa'id pun layan jer bila ajak naik bilik. Dah penat la tu, susu dekat mulut pun tak lepas.
WATERPARK BUKA PADA WAKTU MALAM?
Oh ya! Waterpark ni kalau orang yang tak menginap dekat Gold Coast Resort ni pun boleh masuk. Harga tiket RM37 dewasa, RM27 kanak-kanak. Kalau bawah 90cm harga tiket free. Macam IQ, kalau beli tiket add on pun boleh main dua hari sebab menginap di GCR Morib ni.
Waterpark GCR ni buka waktu malam jugak tau. Kalau nak masuk, kena tambah RM10 jer dari harga tiket asal. Tapi IQ tak ada la nak main air malam-malam. Sejuk!! Tak nak la mandi malam2. Kang demam. huhu.
MAKAN MALAM DI PEKAN BANTING
Bila dah main air ni, rasa lapar memang tak boleh dibendung lagi. Ikutkan nak makan sekitar GCR jer tapi disebabkan nak pergi cucuk duit, kitaorang gerak ke pekan Banting. Tak jauh, dalam 10km jer. Lalu Kg Tali Air short cut ke Pekan Banting.
![]() |
Qa'id meragam, letih main air. Makan pun tak banyak. |
Masing-masing dah keletihan. Qa'id pun meragam nak tidur. Makan tak lama, then terus gerak balik GCR.Sampai GCR, Qa'id orang pertama tewas. haha! Ibu dia dah legaaa...boleh lepak-lepak borak-borak dengan adik dan adik ipar. Sambil main teka-teka lagu. Lewat malam baru tidur. (bersambung......)
7 Comments
Dah pernah pegi Gold Coast ni berkursus. Ada juga plan nak bawa anak-anak ke sini hujung tahun. Tapi dah berderet rezeki pergi water theme park ni. Terus cancel. Tunggu next year..hehe
ReplyDeletehehe, next time lynda, sronok hotel ad theme park ni boleh main byk kli. tapi tak der ride yg best2 macam theme park betul
DeleteNak survey juga lah, mana tahu hujung tahun ni boleh mandi manda juga sebelum bersalin
ReplyDeletehehehe, survey jgn xsurvey, best jln2 bwak ank2
Deletetiket tak mahal sgt la kan
ReplyDeletetak mahal sgt, 37 dewasa, 27 knak2. bwah 90cm free
Deletepernah sampai sini sekali..budak2 memang seronok pergi tmepat mcamni..boleh main air kan
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)