Advertisement

Responsive Advertisement

Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka

Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka

Hari ahad hujung minggu lepas, IQ dan family mertua IQ pergi Taman Rama-rama & Reptilia dekat Ayer Keroh, Melaka. Punya la pening pikir nak pergi jalan-jalan dekat mana, last2 decide pergi taman rama-rama ni. Cadangnya nak keluar berjalan dari Melaka, tapi disebabkan masing2 bulan ni ada komitmen masing-masing, jadinya jalan-jalan dalam Melaka aje ler.

Gerak dah lambat. Sebelum masuk Asar baru gerak. Bila bergerak secara kumpulan ni faham-faham la kalau masing-masing nak bersiap tu macam mana. Ditambah plak bawak bekal makanan, kot2 nak singgah berkelah dekat mana-mana kan? Rumah family mertua IQ terletak di Jasin, Melaka. Jarak nak pergi Taman Rama-rama ni tak jauh dalam 15-20km jer. Kitaorang lalu shortcut masuk kawasan UTEM. hihi. 
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Masa baru-baru sampai tu, memang nampak tak ramai orang sebab dah nak tutup pun. Tapi nak masuk jugak! haha! Tutup pukul 5.30 petang. Kitaorang sampai 4.45 petang. Pulun la round taman rama-rama ni cepat-cepat. Harga tiket? IQ pun tak pasti, haha! Sebab tetiba je ayah mertua bagi pelekat bulat tempek dekat baju sebagai tanda dah bayar. 

Tapi IQ perasan jugak dorang ada paparkan harga dekat kaunter tu. Dewasa RM22 dan kanak-kanak RM16. Mahal ke? Rasa macam mahal jugak tapi kalau kalau murah sangat, kesian plak dorang tak ada sumber untuk pemuliharaan binatang yang dorang bela dalam tu, ye dak? 

Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Masuk-masuk je kawasan Taman Rama-rama & Reptilia ni dah macam2 yang boleh kita tengok. Ada serangga dalam bekas cermin, ada burung kakak tua yang jinak siap untuk ambik gambar semua, ada burung bercinta (love bird). Kiranya tak masuk tempat rama-rama pun dah dijamu dengan haiwan yang lain.
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Tengok ape tu?
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Tengok ni haa...Love Bird punya sarang, ada privasi gitu. 
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Ini cinta tiga segi ke ape? Love bird in action.
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Tak tahu la si eda ni tengok ape, IQ cuak sikit nak tengok benda dalam tempat bercermin macam ni. haha!
Banyak rupanya spesis cicak ni. Terutama iguana hijau atas tu. Besar ok! Lebih kurang besar Qa'id je iguana hijau tu. Cicak tokek pun ada, tapi rupa dia sedih semacam je (yang gambar warna merah2 sikit tu). Tak dapat makanan lagi ke cik cak? Kesian awak, sedih sangat nampak.

Nama jer pergi taman rama-rama tapi gambar rama-rama satu pun tak ada! haha! Yang ada muncul rama-rama dalam video jer. Boleh tengok rama-rama dalam video ni.


Jangan lupa subscribe akaun Youtube IQ yer!
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Peringatan! Jangan tangkap rama-rama ok!
Taman rama-rama dan Reptilia ni banyak tarikan lain tau selain daripada rama-rama tu sendiri. Macam yang IQ cakap sebelum ni, terdapat banyak haiwan yang ada di Taman Rama-rama dan Reptilia ni. Contohnya, Buaya, Ular, Serangga, Ikan, Arnab dan beberapa jenis burung. Banyak kan? So, tak rugi kalau datang sini sebab bukan setakat rama-rama je ada.
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Tulis dekat situ UNDER MAINTENANCE, tapi pelik jugak kenapa dorang ni ushar macam ada binatang dalam tu, rupanya ada kura-kura besar duduk dekat hujung sangkar tu.
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Nampak papan tanda tu? Ada puyuh sengayan, ada merah palawan. So, memang banyak haiwan dalam taman ni rupanya
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Ada burung, arnab, dan merak
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Ingatkan puyuh ni besor, tapi rupanya cinoet je. Duduk dalam tempat bercermin. Tapi pelik kenapa yang jantan lagi cantik dari yang betina. hehe
Ke Taman Koi plak jom!
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Taman Koi ni best sebab boleh bagi ikan koi ni makan. Makanan ada dijual di sekitar tu rasanya. IQ tak pasti dari mana, tetiba dorang dah menyanyi lagu ikan koi dah. haha! ok, tu tambah. Sambil-sambil bagi makan, boleh pegang ikan koi tu. Ada jugak video ikan koi ni kan dalam video kat atas tu? Seronok dorang ni semua bagi ikan makan, ikan koi ni semua pun besar-besar. 
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Sambil-sambil jalan kita wefie sekali! Kenapa IQ tutup muka IQ? mesti sebab muka tak jadi! haha!
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Nampak papan tanda ni, bersedialah korang untuk masuk kawasan buaya plak.
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Buaya-buaya dekat Taman Rama-rama & Reptilia ni banyaaaakk sangat! Ingatkan sikit je. Rupanya banyak jugak. Plan asal kitaorang nak pergi taman buaya tapi ayah mertua suggest pergi Taman Rama-rama. So, tak sia-sia jugak tukar plan pergi Taman Rama-rama sebab pergi sini pun dapat tengok buaya jugak.

Macam-macam buaya ada. Anak buaya pun ada. Buaya muncung tirus pun ada jugak! Nampak pelik mulut buaya bermuncung tirus tu. Adik ipar cakap, macam playar jugak, ada muncung tirus. haha! 
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Rehat lah kejap, penat jalan dalam taman ni. Jangan risau tau, kat sini banyak bangku untuk rehat. Bangku panjang-panjang semuanya. Sempat la ambik gambar macam kitaorang ni. Kitaorang ni pun 10 orang semuanya!
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Masuk kawasan mana plak lepas ni? Jangan risau sesat tau, sebab ada banyak papan tanda, just follow jer.
Haaa...yang ni IQ paling tak suka. Ai memang fobia dengan benda ni. Nasib tak ada staff taman ni buat roadshow tepi2 tu sambil pegang ular, kalau tak IQ paling laju cabut. haha! Kat sini banyak jenis ular yang kita boleh tengok. Ada ular sawa, ada ular anaconda (tapi tak nampak, tidur kot), ada ular albino, ada ular laju, ular lidi. haaaa..banyak kan? 

Ada satu kawasan ni bertutup dengan pintu, tapi boleh buka dan boleh masuk. Rupanya tu kawasan ular yang terbuka. Kalau pengunjung nak try masuk, boleh masuk tapi keselamatan atas diri sendiri. Kalau kena gigit ular, diri sendiri rawat. Adik ipar IQ nak masuk, tapi last2 patah balik. Cuak. Sebab bahagian atas pintu pun ada ular dah. haha!
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Spesis katak.
Spesis katak yang rare, ada yang bertanduk, ada yang badan di hijaaaauuu je, ada yang macam watak dalam cerita Naruto pun ada. Pelik-pelik. Geli? Semestinya! Tapi as long as dorang duduk dalam cermin, IQ rasa selamat sangat. haha!
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Pameran serangga
Macam-macam jenis serangga dorang tunjuk, tapi IQ tak tengok sangat. 1 sebab dah letih. 1 lagi sebab ni....
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Posing dengan budak kecik ni! Selalu atok dukung tapi atok dah penat dukung budak 14kilo ni. haha!
Habis je pameran serangga, dah keluar ke kedai cenderahati. Habis dahhh. Best la tempat dia. Mostly kawasannya semua berbumbung dan redup. Nak bawak kanak-kanak pun tak perlu nak risau panas ke apa. Memang sesuai la senang cerita.
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Klik klik sana sini.
So, itulah pengalaman IQ bersama keluarga pergi Taman Rama-rama & Reptilia. Sebenarnya IQ dah kali ketiga jejak kaki ke taman rama-rama ni. Pertama masa sekolah rendah, kedua masa sekolah menengah dan ketiga ni haaa dah ada anak. haha! Tapi tetap best pergi dan tak rugi la nak repeat sambil kenalkan anak-anak tentang kehidupan lain. kan kan?
Jalan-jalan Taman Rama-rama & Reptilia di Ayer Keroh, Melaka
Seronok dapat jalan-jalan. Yeay!
Kalau korang nak pergi ke Taman Rama-rama & Reptilia ni, boleh terus klik maps di sini.

Lokasi Taman Rama-rama & Reptilia, Ayer Keroh Melaka

Post a Comment

16 Comments

  1. Baru taw yg dalam dia ada lagi haiwan lain. Ingatkan just rama-rama. Nanti boleh pergi lah ajak anak buah

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2, aah, banyak haiwan lain, tak rugi pun pergi sana

      Delete
  2. lame dah tak pegi taman haiwan cenggini.. last adelah tahun 2012 cmtu masuk taman buaya http://sinarcintaku.blogspot.my/2012/06/cuti-sekolah-bersama-buaya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama sangat tu tak pergi, 5 tahun lepas. ok, nak ushar entry lama. hehe

      Delete
  3. Selamat bercuti
    Ramainya macam pegi rombongan.
    tentu seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, memang macam rombongan, kelebihan ada ahli keluarga ramai. heee..

      Delete
  4. Seronoknya..
    Tp mrs pip mmg takkan masuk taman buaya tu ... eeeiiii, scary ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. taman buaya ok la mrs pip, IQ cuak dengan ular. geli habis!

      Delete
  5. Dah lama tak pergi zoo... bila lah saya nak pergi...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi zoo bawak anak2, kalau pergi sorang2 tu macam ada yang tak kena. haha

      Delete
  6. Ingt iq gi tmn rama2 kat kl tu.. Baru tau kat melaka pun ada.. Ingt zoo melaka je hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat melaka ada banyak taman, taman rama-rama, taman buaya, taman seribu bunga, taman mini malaysia, dan jugak night safari zoo. banyak tau tamannyeeee

      Delete
  7. teringin nak bawak anak pergi ke tempat-tempat ni..anak tak pernah sampai lagi

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. budak2 memang seronok pergi tempat macam ni nad =)

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)