Salam Syawal buat semua.

Dah 9 Syawal baru nak update cerita raya. Tak lagi bagi IQ sebab IQ masih dalam mood raya. hihi. Ok, IQ nak cerita secara simple2 je pasal raya IQ, seperti mana yang IQ cakap, tahun ni raya secara bersederhana setelah pemergian Arwah Ummi dan Arwah Suami IQ tahun lepas. Maka, tahun ni balik raya pun tumpang naik kereta adik. Tak kuasa IQ nak drive jauh2 padahal kereta adik ada kosong. hihi.

IQ balik kampung hari Sabtu. Tapi lambat bertolak. Tengok Google Maps, tol Gombak da jem teruk. So, plan ikut Kuala Klawang, N9 sebab nak singgah Temerloh tengok kakak IQ yang admit wad sehari sebab baby dalam perut tak aktif. Nasib baik boleh keluar sehari sebelum raya, kalau tak beraya la kakak IQ di wad sambil tersedu sedan. 

Raya Pertama.

Kitaorang sampai Terengganu malam. Bermalam di Sea View Resort, Pantai Teluk Lipat, Dungun. Esoknya awal pagi gerak ke rumah abah IQ. Selalunya rutin raya kalau balik Dungun ni akan ke rumah tok IQ dulu, tapi tahun ni IQ dan adik beradik decide nak pergi rumah abah IQ dulu. So, sesi bergambar dengan keluarga besar tak ada sebab kami sekeluarga singgah beraya rumah tok dah nak masuk tenghari. Lewat setengah jam, masing2 dah bawa haluan masing2.


Tahun ni keluarga besar setting baju raya warna dark brown. Tapi macam biasa la, IQ malas nak ikut sangat. Lebih-lebih lagi tak sempat nak ambik gambar sekali. 
#sayangraya : Raya Bersederhana Part 1
Gambar je la ada, IQ dan keluarga IQ tak ada dalam gambar kali ni
Hari raya pertama pergi beraya rumah tok, rumah moyang sebelah mama IQ. Lepas tu IQ sempat pergi beraya rumah family kawan baik IQ. Then pergi photoshoot dengan tempat wajib di Pantai Sura. Sape tahu pun boleh agak dekat mana. hehe.





Raya Kedua.

Disebabkan raya pertama tak sempat jumpa sanak saudara, raya kedua kenalah singgah rumah dorang. Setiap rumah sempat kami singgah di Dungun, kalau ada yang tak sempat, kirim salam kejauhan sahaja. Balik dah ler setahun sekali, jumpa sedara mara pun setahun sekali. huhu. 

Dari Dungun sampai ke Kuantan Pahang berayanya. Sempat singgah rumah tokmi dan rumah mak long di Kuantan. Lepas tu dah tak larat dah. Bila da penat mula la tanduk naik. grrrr....dah2...rest duluan, sambung beraya esoknya pula



haaa...nanti la IQ sambung balik...tunggu...PART 2