Advertisement

Responsive Advertisement

Obses Dengan Bola #qaidaqhar

Obses Dengan Bola #qaidaqhar

Qa'id dah berumur 1 tahun 9 bulan ++. Kalau ikutkan perkembangan kanak-kanak lelaki biasa, Qa'id macam speech delay sikit sebab dia jarang bercakap dan sebut perkataan lebih2. Namun, untuk kelincahan dia, IQ surrender awal-awal. Sebab dia terlampau aktif. Tapi tak ada la sampai tak boleh kawal, cuma kadang nak kejor dia, mau semput dada.

Sejak kebelakangan ni, Qa'id sangat obses dengan bola. Lebih spesifik bola sepak. Sejak raya hari tu, dia suka main bola. Tiap kali pergi beraya rumah saudara mara, kalau dekat rumah tu ada bola, mesti dia da pegang bola tu dan ajak budak-budak yang ada sekitar tu main bola dengan dia. Dia akan sepak bola tu dan mengharapkan budak-budak lain pass bola tu balik pada dia. Nampak macam dah ada skill dah. Tak tahu plak IQ dari mana dia start belajar main bola macam tu, tapi ianya satu perkembangan yang sangat bagus bagi IQ.

First IQ nampak masa beraya rumah kawan IQ di Dungun, Terengganu masa raya pertama. Lincah sangat dia masa tu. Nak balik rumah pun tak nak, nak main bola jer kerjanya. Sampai tak nak lepaskan bola tu. Last2 tuan rumah bagi bola tu pada dia. Tak pasal-pasal dapat bola free. Tapi ditinggalkan bola tu dekat rumah tokki dia pulak. Adehai. 

Lepas tu, pergi rumah mak saudara IQ plak. Sempat jugak main bola dengan sepupu2 kecik IQ. Sepupu2 kecik IQ tu semua dah sekolah rendah. Dia tu plak umur 2 tahun pun tak sampai lagi. Lagak dia main kemain macam dah sebaya dengan sepupu2 kecik IQ tu. Suara dia pun sama naik jer. Bila dah tiba masa nak balik, mula la mengamuk tak nak balik. Nak main sampai puas. Jenuh nak pujuk.

Klik Video

Perkara yang sama berulang bila jumpa bola tiap kali beraya rumah saudara mara IQ. Hai la si anak. Nak tak nak ibu dia kena cari satu bola untuk buatkan dia main sampai puas. Mana taknya, kalau jumpa bola budak2 lain main dekat padang pun dia nak join sekaki. Dah la dia paling kecik, kang dilenyek dengan budak2 besar habis jadi lempeng anakku. Kalau ada budak lagi besar mungkin boleh tolak ansur, tapi kalau ada budak yang fikir, "eh tu bola aku...aku nak bola aku balik", haaa..tak naya kalau ditolaknya Qa'id ke belakang semata2 nak bola dia balik. Naluri ibu kan? selalu fikir bukan-bukan. Nasib budak-budak sekarang well-behaved. Alhamdulillah.

Akhirnya dua hari lepas IQ dapat beli bola sepak untuk Qa'id dekat Aeon AU2. Ada dua jenis bola sepak. Satu mahal sikit dalam RM25.90 dan yang lagi satu murah sikir dalam RM19.90. Tak ada beza mana, tapi untuk Qa'id si budak kecik acah2 besar ni IQ beli yang murah je. Dengan harapan tahan la sampai dia besar sikit. 

TAPI semalam adik ipar IQ cakap bola tu da koyak sikit!! Sebab Qa'id suka duduk atas bola tu. Alahai...ganas betul anak IQ ni. Ingatkan barang mainan dia yang lain jer hancur, bola pun sama jugak. Adoiii laaa...Bola tu bukan koyak banyak sangat, cuma benang jahitannya terbetas. Masih boleh disepak. Budak kecik je sepaknya. Kalau orang besar sepak, mahu melayang 100m jugak bola tu. Ok la. Boleh guna lagi tu. *masih berharap bola tu tahan sampai dia besar sikit. haha!


Yang ni paling latest, main bola dengan rumah yang IQ pergi beraya hujung minggu lepas. *geleng kepala*

Sekarang, tiap masa nak main bola. Dia akan tarik tangan sesape je ajak main bola. Dah dia sebut "JOM" tu, jangan la hampakan. Kalau tak, mahu la jugak dengar dia menangis melalak sebab sedih tak ada orang nak main dengan dia. Sama sketsa masa dia obses main pedang dulu. Sekarang main pedang dah tak ada, main bola la plak dia suka.

Itulah dia anak IQ. Keletah dia tiap hari buatkan ibu dia dekat pejabat ni rindu! Moga anak ibu sentiasa sihat, cergas dan cerdas sepanjang masa. InsyaAllah Amiin.

Post a Comment

14 Comments

  1. Replies
    1. tu la, bersungguh sangat, lenggok badan kemain, berdrama main bola

      Delete
  2. Syafi masa baya qa'id obses pada koleksi kereta. Sampai lah skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke, kalau pandai kumpul dan buat collection xpe, dia akan sayang brang2 dia. Qa'id jenis pomen barang2 dia, habis semua jadi spare part

      Delete
  3. The next Shafiq Rahim.... Amin...

    ReplyDelete
  4. Zafran dulu pun suka jugak main bola..tapi sebab dia ni jenis cepat bosan, main toy jenis lain pulak..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdag2 budak2 ada yang macam tu kan? Qa'id ni dulu macam tu jugak, sekrang da boleh fokus kot apa yang dia nak

      Delete
  5. Haha...sama la anak kita..suka betul bola...tapi yaya pompuan da...kekeke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. yeke...ok je rsenye...bola ni sume budak suka main..XD

      Delete
  6. Wah boboi ni suka.main Bola ye.. bagus lah

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)