Semalam ofismate IQ ni tetiba cakap, "teringin nak makan makanan korea" Agaknya dah jemu menjamu ketupat rendang lemang semua, dia meluahkan rasa nak makan makanan korea. So, tiba je waktu lunch pada jam 12 tengahari, tup tup ofismate IQ pun cakap, "Jom! Grab Car dah sampai!" IQ tanya, "kita makan mana hari ni?" Pantas ofismate IQ jawab, "Sunway Putra Mall" IQ pun ber UUUUUU..haha! Mengekor la IQ masuk Grab Car ke Sunway Putra Mall. Tambang Grab Car ke Sunway Putra Mall dalam RM9 satu hala dari Solaris Mont Kiara.
Sampai Sunway Putra Mall, IQ terfikir, nak makan dekat kedai makan korea sebelum ni ke sebab ada la kitaorang pergi makan makanan Korea juga sebelum ni, tapi rasa dia so-so je. Rupa-rupanya kali ni, kawan IQ memilih restoren DubuYo sebagai tempat lunch kami. First time IQ makan di DubuYo ni. Kalau ofismate IQ tu dah berkali-kali dah sebab dia peminat makanan Korea. Tanya je menu apa dekat dia, dengan senangnya dia akan terangkan. IQ ni bukanlah seorang yang berani nak try makanan berlainan negara ni. Kalau tak ada yang mengajak, IQ tak akan mencuba dengan sendirinya.
IQ dapat info terbaru dari ofismate IQ ni, nama DubuYo ni dahulunya dikenali sebagai Dubu-Dubu. Nama Dubu-Dubu digunakan semasa permulaan DubuYo dibuka di Malaysia. Namun, telah ditukar nama kepada Dubuyo selepas satu ketika. Sebabnya IQ tak pasti. Berbalik kepada lunch kami tadi, kitaorang sampai di Level 3 @ 4, (IQ pun lupa. Maaf yer.) dan terus IQ tanya ofismate IQ, kita makan dekat DubuYo ke? Dia pun jawab, Haaaa...betul! Ok, macam menarik je ni. hihi.
Sampai-sampai terus cari tempat duduk. Kitaorang pilih untuk duduk di luar restoren. Lebih terbuka dengan suasana mall. Kerusi dan meja pun banyak untuk memuatkan 50 orang dalam satu satu masa.
Kitaorang duduk je terus diberikan menu. Ada menu baru sempena raya pun ada. IQ macam blank. Tak tahu nak makan apa sebab tak tahu mana yang sedap dan kena dengan tekak ni. Tau tau je la menu yang bukan menu Melayu ni kadang susah nak telan. Fuhhh...berpeluh nak pilih menu. Perut dah lapar dah ni.
Ada menu khas untuk daily deals dan ada juga menu set untuk makan beberapa orang. Kalau nak jimat dan nak rasa variety, better ambik menu daily deals. Setiap orang ambil menu berbeza, boleh rasa makanan berlainan rasa dan jenis. Kalau nak ambil set pun boleh rasa yang pelbagai tapi harga lebih sikit la. Jumlah makanan pun lebih berbanding menu lunch.
![]() |
Menu set. Ada set untuk dua orang dan juga set untuk 3-4 orang. |
![]() |
Ni menu Daily Deals. Lebih jimat sebab siap air semua. Kalau beli lebih dari 4 set, boleh dapat menu free macam dalam list tepi tu. Menarik kan? |
![]() |
Sementara tunggu makan sampai, snap la gambar kejap. Kami bertiga. Selalunya berempat, sorang lagi kena pergi pejabat lain. So, tak ada sorang. |
![]() |
Peach Tea. |
![]() |
Meat Kimbap. |
Dan makanan first sampai adalah makanan IQ. IQ order Korean Gogi Set iaitu Kimchi Gogi Chicken. Rasanya sedap! Manis manis macam tu. Ada la pedas sikit, tapi tak ada la sampai kena ulang minum air macam tu. Ok la. Setiap menu diberikan side dish macam dekat bawah ni. Ada sayur taugeh, Kimchi dan juga Fishcake yang dihiris halus. Dan juga sup telur + tauhu. Side dish ni boleh ditambah jika dah habis. Boleh direquest dekat pelayan restoren yer.
![]() |
Kimchi Gogi Chicken. |
![]() |
Soondubu Jigae |
Sorang lagi ofismate ni plak pilih Spicy Chi-Jue Dak sebagai lunch dia. Dia ni la yang suka sangat makan makanan Korea. So, menu dia kali ni lain daripada menu kitaorang. Menu kitaorang menu yang da lama di DubuYo ni. Dia pilih menu baru DubuYo. Ok la rasanya. Cuma disebabkan ada cheese tu, rasa makanan Korea dia macam hilang. Kalau nak makan makanan Korea ni, avoid menu yang ada cheese untuk rasa makanan Korea yang asli.
![]() |
Spicy Chi-Jue Dak |
![]() |
Kemahen makan tak pandang kiri kanan dah. |
Kepada sesiapa yang nak rasa makan makanan DubuYo ni, jangan risau. DubuYo ni banyak cawangan. Boleh google dan lihat. IQ malas nak google dan letak kat sini. *sebenarnya dah google tapi tak jumpa sebab malas nak cari lebih-lebih. hehe. Ok la. till then, bai!
30 Comments
tak pernah makan korean cuisine...nak try makan di sinilah..
ReplyDeletetry la, orang kata first try mungkin rasa tak best, kena banyak kali try baru rasa kesedapannya
Deletesyoknyaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletememang syok!
DeleteCam bestttt je nii. Kat sini tak banyak sangat tempat makan camni. Kena g sana la baru dapat merasa.hee
ReplyDeleteEh,lama tak blogwalking.baru perasan header baru,template baru. Wahhhh. Cantikkkk2
so, reen kena naik kL la nanti, kalau naik kL roger2 la, boleh makan sama2 ke..hehe..
Deletehehe..terima kasih. simple2 je buat..
Menyelerakan
ReplyDeleteaah, sangat menyelerakan
DeleteLama tak makan dekat Dubuyo SPM sebab tersuka dgn seoul garden punya menu. Hehe
ReplyDeleteseoul garden pun IQ tak pernah try, even orang lain da berjuta kali dah try, IQ je belum lagi
DeleteBestnya. Sy tak pernah lagi makan kat dubuyo.. Nanti nak try gak la
ReplyDeleteDP try tau nanti! sebab besstttt
Deletedekat eh opis IQ dgn sunway putra mall, akk selalu gi sini ari jumaat..sebab lunch hour lama sikit..
ReplyDeletetak ada la dekat mana,ofis IQ dekat solaris mont kiara. dalam 5-10km ke Sunway putra ni. HKL dekat la kan dengan SPM ni kan kak?
Deletegadis K-pop ada kat sana tak? khi khi khi....
ReplyDeletegadis K-pop kena datang area pejabat IQ ni uncle. sini bersepah minah dan mamat k_pop..hehe
Deletemakin ramai pulak kedai makan ala ala korean food ni . hehehe
ReplyDeleteaah, IQ pun perasan, makin banyak kedai makan korea ni dekat Malaysia.
DeleteSaya dah dua kali lalu kat situ. Tujuannya shopping for nothing. Tapi tak terlintas hati nak rasa makanan tu. Tak tau bila agaknya nak ke situ lagi.
ReplyDeleteowh yeke, mungkin adam boleh try dengan seseorang nanti
Deleteselalu juga lalu depan kedai ni, tapi tak pernah berpeluang nak masuk makan.
ReplyDeletekalau ada kelapangan dan nak try suatu yang berlainan, boleh try di DubuYo ni,
DeleteXyah go Korea. Kat Malaysia pun byk makanan Korea dah kan
ReplyDeleteaah, betul tu, rasa makanan korea dekat malaysia da lain sket, ikut tekak malaysia
DeleteSet makanan semua menarik ..
ReplyDeleteaah, menarik2 semuanya!
Deletesedap.. antara kedai yang CT suka.. okayla lepas rindu kat Korea skali skala..
ReplyDeleteps : CT da follow sini ^^
yeke...wahhh, peminat makanan korea jugak la ni.
Deleteterima kasih CT, nanti IQ follow balik
yoooo sedap sangat tuu...kita kat sini terliur sama dah...nak cuba meat kimbap tu
ReplyDeletetry tau husna. IQ pun ingat nk repeat. heeee
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)