Advertisement

Responsive Advertisement

Kursus Planning & Schedulling Work Program (CPM) Mantap Anjuran Richkey Training

Hari sabtu lepas, IQ berkesempatan menjalani satu kursus bagi memantapkan kemahiran yang IQ ada. Kemahiran ini berkait rapat dengan bidang kerja yang IQ buat sekarang. Kursus ni khas dijalankan kepada mereka yang ingin menambah pengetahuan mengenai asas dan perkara yang berkaitan. 

Kursus yang IQ sertai ini diberi nama Kursus Planning & Schedulling Work Program (CPM) yang dianjurkan oleh Richkey Training. Untuk industri pembinaan, perancangan yang teliti harus dibuat untuk melancarkan projek yang bakal dibina. Kursus ini memberi maklumat tentang perancangan dan penjadualan kerja di tapak bina. 

Untuk pengetahun korang, sesuatu projek yang bagus adalah projek yang mempunyai jadual projek yang teratur. Setiap projek yang dibina mengikut rangka kerja adalah satu projek yang bagus. Dan pada zaman sekarang, penggunaan software Planning digunapakai bagi memudahkan jadual kerja pembinaan projek dilakukan. 

Jadi, kursus yang IQ sertai ni membolehkan IQ belajar dengan lebih mendalam dan tepat tentang apa yang perlu IQ buat dalam skop kerja IQ. Sebelum ni IQ agak blur sebab IQ hanya dilatih untuk menjadi seorang Planner tapi IQ gagal menjadi seorang Planner yang bagus. Kerap IQ dimarahi client sebelum ni disebabkan IQ tak tahu apa sebenarnya yang IQ perlu buat. 
Antara ilmu yang IQ dapat semasa IQ menyertai kursus ini adalah:

i)    Memahami akan pentingnya perancangan, menganggar sumber, budget, penjadualan kerja dalam memperbaiki prestasi pelaksanaan projek;
ii)   Memastikan peserta faham elimen-elimen penting dalam menyediakan program kerja;
iii)  Mengetahui kaedah-kaedah pengurusan projek dalam software seperti menentukan tempoh kerja EDS: (D=Q/PR), fast tracking, crashing, anggaran kos dan kaedah CPM untuk menjana jadual kerja yang tepat;
iv)  Mengetahui data-data projek yang diperlukan berdasarkan jadual kerja  S-curve kewangan dan fizikal;
v)   Mengetahui kaedah sistematik dalam merancang, memantau dan mengawal projek dengan menggunakan fungsi dan petunjuk yang ada dalam perisian  berdasarkan kepada sumber, masa dan kos;
vi)  Mampu untuk menyemak dan mengulas jadual kerja;
vii) Mampu menjadi Perancang projek di tempat kerja masing-masing.

Haaa...akhirnya IQ dah faham apa sebenarnya skop kerja IQ. Ini inisiatif yang IQ ambil untuk memantapkan kemahiran kerja IQ. Setiap apa yang kita buat mestilah mempunyai matlamat kita yang tersendiri. Bagi pendapat IQ, jika kita gembira dengan apa yang kita buat, pasti kita akan seronok untuk melakukannya setiap hari. Baru sekarang IQ merasainya, sebelum ni IQ masih rasa terkapai-kapai mencari bidang yang sesuai dengan jiwa IQ sejak IQ menceburi bidang pembinaan ini.
Kursus Planning & Schedulling Work Program (CPM) Mantap Anjuran Richkey Training
Dari kiri: Che Wan (Penyelia Kursus), En Rizal (Pengajar), Peserta: En Hadi, Cik Nik, Cik Diyana, & IQ. 
Untuk kursus ini, yuran sebanyak RM450.00 dikenakan. Kursus ini diadakan di Bangi bermula jam 9 pagi hingga jam 5 Petang. Hanya satu hari kursus ini dijalankan.  Kursus ini juga didaftarkan di bawah Board of Engineer (BEM) yang membolehkan peserta memperolehi mata CPD. Terdapat juga kursus-kursus lain ditawarkan di Richkey Training. Boleh lihat list di bawah untuk kursus yang ditawarkan pada bulan Julai ini.

Julai 2017 Training 
==============================
1. Building Inspection Training– 15 July 2017 (Rm 450.00) 6 points CPD BEM
2. Planning & Scheduling with Primavera P6– 15 &16 July 2017 (RM 1,.850)
3. Ms Project course 22 &23 July 2017 (RM 950.00)
4. Piling Work supervision & Inspection- 29 July 2017 (RM 450.00)  6 point CPD BEM
5. Project Management ( Planning & Scheduling work program) 6 point CPD BEM- 8 July 2017 (RM 450)
6. Project Management in Construction Course - 15-16 July 2017 (RM 750.00) 12 point CPD BEM
7. Kursus Penyeliaan dan Pemantauan IOW (Bangunan) 29 July 2017 (Rm 500) 6 point CPD BEM

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Email : richkeytraining@gmail.com
http://richkey.wasap.my

*Utk pendaftaran sila wassap/SMS nama penuh dan Email ke 010 7928311 / 0107703100 (Wan)

Post a Comment

12 Comments

  1. bagusnya..belajar lagi terus mendalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, menuntut ilmu sampai ke negeri China orang kata

      Delete
  2. kdg2 bgus jugk training macam ni, tak la duduk opis je

    ReplyDelete
    Replies
    1. training waktu hujung minggu kak zie, kalau waktu opis heavennyeee..hehe

      Delete
  3. Iq. Iq bagitau kat entey ni, iq dilatih untuk menjadi seorang Planner. IQ planner apa? Software planner ke? (sebab saya pun Planner gak. Hehhe.. I'm Town planner)

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ project planner. Project planner pakai Software. Microsoft Project dan Primavera tu

      Delete
  4. banyaknya ilmu Izyan dapat kat training ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, untuk mantapkan skill yang ada

      Delete
  5. All the best IQ.

    CR Sokong dari blkg tepi depan.hee

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)