Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Kakak IQ selamat melahirkan anaknya yang ketiga pada 27 Julai 2017 yang lepas di Hospital Temerloh, Pahang. IQ tak sempat nak update dekat sini sebab malamnya IQ bertolak balik ke Terengganu. Next entry IQ cerita ok!
27072017
Wahhh, cantik tarikh baby keluar. Namun, kakak IQ terpaksa bersalin secara pembedahan disebabkan jalan masih 1cm walaupun sudah sakit yang teramat. Demi menyelamatkan dua2 nyawa, doktor putuskan untuk keluarkan baby secepat mungkin untuk mengelakkan komplikasi lain berlaku.
![]() |
Abang ipar dengan anak kelahiran ketiganya |
Bersalin Ceaser Bukan Mudah
Dari anak pertama lagi kakak IQ gerun nak bersalin ceaser ni. IQ sendiri pun cuak. Bukan mudah yer nak berpantang bila bersalin ceaser ni. Arwah Ummi IQ pun rasa, kali ni kakak IQ plak merasanya. Sakitnya bukan biasa-biasa. Kalau bersalin biasa, sakitnya hanya pada saat melahirkan, untuk bersalin ceaser ni, selepas melahirkan pun masih sakit. Sakit pada bahagian bawah perut yang dibedah.
IQ sempat menziarah kakak IQ dan baby selepas IQ balik dari Terengganu hari sabtu lepas. Kakak IQ tinggal sementara bersama kakak iparnya disebabkan bersalin secara ceaser ni. Nak bagi kuat sikit katanya. Kakak IQ ada tunjuk luka bedah. Memang berkerut jugak dahi IQ dibuatnya. Masih ada isi sikit di bahagian luka bedahnya. Luka bedah dicantumkan menggunakan kaedah gam. Itu yang adik IQ bagitahu. Dia dulu belajar nursing, tahu la serba sedikit tentang kaedah perubatan ni.
Baby pula Alhamdulillah sihat. Geram IQ tengok baby yang baru lahir ni! Sebab kalau nangis tu nak tak nak je suaranya keluar. hehe. Geram! Rindu masa Qa'id lahir. Nak jaga dalam pantang tu semua, memang satu pengalaman yang bermakna untuk IQ. Sekali rasa untuk seumur hidup rasa macam tak cukup. huhu.
![]() |
tutup muka, abah dia tak bagi tunjuk. huhu. |
Sempat la IQ salin pampers baby dua kali. Dua kali baby membuang, Bagus untuk dia sebab tanda-tanda nak demam kuning dah muncul. Muka da kemerahan dan kekuningan sudah. Kakak IQ memang kerap bagi susu untuk elakkan kuningnya melarat. Moga demam kuningnya tak lama. Amiin.
Nama untuk baby dah ada, tapi belum rasmi diumumkan. Sedap namanya. Owh yer, ni baby lelaki tau! 3 orang hero semuanya. Nak dapat baby girl kena usaha lagi la jawabnya. hehe.
Semoga menjadi anak yang soleh untuk mama dan abah yer sayang. Baby jadi geng mok chik sebab mok chik anak ketiga macam baby juga! hehehehe..
til then, bai!