Advertisement

Responsive Advertisement

Persiapan Raya Siap Tapi...

Salam 25 Ramadhan.

Lagu-lagu raya dah rancak bermain di corong-corong radio. Tiap kali buka radio dalam kereta, seolah2 tak perlu beli CD Lagu Raya dah. Selang beberapa minit dah muncul lagu raya yang lain. IQ ada share di Instastory IQ lagu-lagu raya dimainkan sewaktu IQ drive pergi dan balik kerja. Tapi still rasa....mood raya tak sampai. Biarpun kadang-kadang ikut nyanyi bersama, tapi fikiran belum rasa nak layan mood raya lagi.

Kalau ikutkan memang rasa excited nak raya. Tapi tak tahu kenapa, sejak beberapa hari ni jadi sayu. Hurmmm...pertama kali. Pertama kali tanpa Arwah, rasa sangat kurang dia. Kemeriahan dia hilang. Suasana beli baju raya tak seperti biasa apatah lagi IQ tak beli baju kasual Qaíd di mana-mana shopping mall, hanya beli online. Malas nak bersesak dan turun mall mungkin.
Persiapan Raya Siap Tapi...
Raya bertiga buat kali pertama dan terakhir (Raya 2016)
Minggu lepas IQ balik rumah Mertua IQ. Kali kedua balik sepanjang Ramadhan ni. Sewaktu kali pertama, masa permulaan puasa dan kali ni balik seminggu sebelum raya disebabkan raya kali ni IQ balik ke kampung IQ di Terengganu. Jadi, adil untuk family mertua IQ untuk bersama dengan satu-satunya cucu mereka, iaitu anak IQ sebelum menjelang raya ni. Raya tahun depan wajib raya bersama mereka, mak mertua IQ dah tunjuk penumbuk kalau tak ikut giliran, biarpun Arwah dah tak ada. haha! Ganas betul mak mertua IQ ni. XP

Sayu bila mak mertua bercerita suasana raya jika Arwah ada. IQ pun sempat rasa suasananya tahun lepas. Arwah rajin turun dapur tolong siapkan juadah raya. Kecoh satu hal. Adik beradik Arwah pun ada 8 orang. Sorang satu perangai, memang pening kalau ngadap. heeee..tapi tahun ni berkurang sorang. Memang terasa sangat, sebab yang tu yang sulung dan kesayangan ramai.
Persiapan Raya Siap Tapi...
Rajin kacau rendang. 
IQ sempat menjengah ke pusara Arwah. Memang tiap kali balik Melaka, seboleh mungkin IQ nak singgah. Tak lama, sekejap pun jadilah. IQ pergi dengan adik ipar IQ yang bongsu. Mirip Arwah cuma gelap sikit. hehe, sorry azam. Bila tatap pusara Arwah, mulalah berfikir...memang Arwah dah tak ada, ini kuburnya. Ini tandanya. Lihat nama, tarikh lahir, tarikh mati. Yer. Arwah dah tak ada. Kena sedar hakikat tu.

Kenapa kena sedar? Sebab selalu kami sekeluarga rasa, macam Arwah masih ada, cuma dia pergi tak kembali.  Bukan menidakkan takdir, tapi selalu rasa Arwah tu dekat, dekat di hati kami semua yang merindukan dia.

Tahun ni raya bersederhana saja. Feel raya pun tak sampai lagi, harap timbul la lagi 2 3 hari. Harap-harapnya. 

Persiapan Raya Siap Tapi...
Qaíd nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Duit raya Ed jangan lupe ekkk

Post a Comment

14 Comments

  1. raye dh tak lame lagiii hihihi

    ReplyDelete
  2. redha ye IQ, itu yg pling penting..
    akk pun rasa mcm IQ rasa, rasa mcm mak akk tu pergi kursus ke, conference, bengkel yg tak balik2..rasa dia ada je kat sisi kita..doa banyak2 ye. raya ni kita besederhana je

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, kan? sama la kak...huhu...InsyaAllah banyakkan berdoa bulan Ramadhan ni untuk ketenangan Arwah2 di sana. Amiin

      Delete
  3. Qaid pun bakal rajin macam ayah dia ni, kacau rendang hehe
    Selamat hari raya IQ in advance. Maaf kalau ada terkasar bahasa, terlebih gurau.
    Safe journey balik kampung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, sekarang pun kemain rajin nak tolong sepahkan rumah..hihi

      Selamat hari raya in advance jugak nadia! sama la kiter...=)

      Delete
  4. Sedih pulak baca bila beraya tanpa tersayang. Yeayy nanti beraya sesama tau IQ :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, heee..sedih tetap sedih, sayu je..huhu

      Delete
  5. Sayunya saya tengok gambar yg pertama tu. Sabar je lah. Ramai juga yg hilang pasabgan hidup. Saya pun begitu?

    Selamat hari raya dan hati2 di jalan raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu adam, cuma bila raya ni terasa sangat, feel nak raya pun tak ada.

      selamat hati raya adam. sama la, hati2 di jalan raya

      Delete
  6. Sayunya baca entry ni. Semoga lebih tabah yer...

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)