Salam 13 Ramadhan buat semua.
Dah masuk 13 hari kita semua berpuasa. Dah nak masuk separa bulan Ramadhan lagi beberapa hari. Dah makin hampir pula kita dengan ketibaan Syawal yang bakal diraikan. Rai rai jugak, rumah dah kemas belum? Pakai langsir tahun lepas lagi ke cik timah? Sarung kusyen tak nak tukor ke? hihi. Tak ada. Gurau aje. Mana tahu ada plan nak deko deko rumah bersama Eric gitu. hehe.
Nikmat dikongsi bersama. |
Sepanjang Ramadhan ini, Lazada Malaysia turut mengadakan jualan murah melalui kempen Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Raya Sale yang berlangsung bermula 19 Mei sehingga 30 Jun 2017!! Diskaun istimewa sehingga 90% yer kawan-kawan semua! Banyak tuuu! Ape lagi nak tunggu? Nanti kehabisan stok jangan melangut depan tangga rumah udah ler.
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest |
Dan semestinya Lazada Malaysia juga turut mengadakan blogger contest bermula 19 Mei sehingga 23 Jun 2017 ini. Contest selama 4 minggu yang mempunyai 1 tema untuk 1 minggu. Jom kawan-kawan blogger! Kita sertai contest ni bersama-sama! Lagi ramai penyertaan, lagi banyak hadiah disediakan! Sehingga RM10,000 Shopping Voucher disediakan!! Betul ni, IQ tak tipuuuuu...try check di sini
Contest untuk minggu kedua.
Tempoh Contest: 2 Jun 2017 - 8 Jun 2017
Tema: My Ramadhan Home
A. DEKORASI RAYA RUMAH IQ??
IQ masih tinggal di rumah sewa sekarang. Belum ada rezeki nak ada rumah sendiri lagi. Dan rumah sewa IQ kecil sangat tapi cukup ruang untuk 3 orang isi rumahnya. Keluasan hanya 500++ sqft. Memang ruang cukup2 je nak bergolek sana sini. Kalau family mertua IQ datang, mulalah masing2 tak cukup ruang nak tidur. Kena berhimpit disebabkan ruang yang terhad.
Penggunaan ruang bawah terlampau banyak. Dinding kosong. |
Jadi, IQ plan nak ubah suai perabot rumah IQ! mungkin tak banyak, tapi at least nak cari perabot yang boleh letak barang-barang yang kecil2 ni. Rak berkenaan mestilah tergantung di dinding, bagi mengelakkan si kecil capai barang. Dan IQ perlukan kerusi kecil. Disebabkan rumah IQ ni tak ada sofa, IQ plan nak cari kerusi senang dilipat dan jimat ruang.
B. 4 TIPS HIAS RUMAH KECIL.
1- Pasang cermin!
Cermin amatlah berfungsi dengan bagus bagi memperlihatkan ruang rumah yang lebih luas, walaupun hakikatnya kecil cinonet je rumahnya. hihi. IQ dah pasang cermin pada satu sudut dan hasilnya memang best! Memang rumah nampak lagi luas dan lapang.
2- Cat dinding dengan warna yang lebih lembut.
Ruang yang sempit akan bertambah sempit dengan penggunaan warna yang lebih gelap. Jadi, pilih warna yang lebih lembut bagi menampakkan ruang yang lebih luas dan lapang.
Ruang dinding berwarna lembut dan terang. |
3- Penggunaan perabot yang pelbagai fungsi.
Perabot pelbagai fungsi ni bagus digunakan bagi mereka yang memiliki rumah yang kecil. Dari meja komputer boleh diselitkan bangku. Dari meja kopi menjadi meja makan jepun yang boleh memuatkan 8 orang duduk bersila. Perabot seperti ini perlu ada untuk rumah kecil bagi menjimatkan penggunaan ruang rumah.
4- Guna perabot yang tidak mengambil ruang yang banyak.
Perabot yang besar mestilah memerlukan ruang yang banyak. Bagi rumah yang kecil, perabot yang besar amat tidak sesuai digunakan. Cari perabot yang bersaiz kecil dan ringkas bagi menjimatkan penggunaan ruang rumah.
C. PERABOT MUDAH PASANG UNTUK RUMAH KECIL IQ!
Sofa boleh lipat ni sangat bagus untuk ruang rumah yang kecil macam rumah IQ. Senang dilipat dan disimpan di mana-mana. Tambahan pula, sofa boleh lipat ini tengah ada hot deal! Rugi kalau tak grab!
Foldable Sofa yang fleksibel. |
Cabinet ni boleh digantung pada dinding. Haruslah letak tinggi2 supaya si kecil tak dapat mencapainya. Boleh isi barang-barang seperti ubat, mudah diambil dan selamat. Kalau beli dua set ni, boleh hias frame gambar atas cabinet ni. cun jugak kan?
Cabinet dinding yang menjimatkan ruang |
Berangan-berangan jugak, berangan biarlah ada usaha untuk menghiaskan rumah. Harap ada semangat nak kemas rumah lepas ni. Rumah sepah sebab budak kecik tu je la haa, tak per la, rumah sepah tanda anak bijak. haaa..bijak sangat! Jangan ganggu ibu dia deko rumah sudah. XD. Ok, nak sambung cuci mata di Lazada lagi. Bye2!
18 Comments
barang dak tecik qaid dah penuh satu ruang, barang dia saja..hahaa
ReplyDeletegood luck qis
tu la dia, mmg baru dia da satu sudut, pening!
Deleteterima kasih kak suzie =)
Nice tips IQ. Eyqa suka sangat deco rumah tapi belum ada rumah sendiri. So, mampu deco bilik je. Lagi satu memang suka sangat shopping kat lazada.
ReplyDeletesama la, IQ pun rumah sewa je, heee,
Deletesama la! IQ pun suka shopping di Lazada berbanding shopping dkat laman web lain
tetibe rase nak deco rumah dah ni nk raye.. hihihi
ReplyDeleteaah, dah nak raya ni, kena plan hias rumah,
DeleteBagus tips ni...sbb rumah Eyda pn kecil memanjang...boleh gunapakai
ReplyDeleteAah. Rumah kecil dan memanjang bagus pakai tips ni. Kena buat rumah nampak luas dan lapang
DeleteGoodluck IQ ...
ReplyDeleteRumah mrs pip pun kecil juga,
Anak anak still kecil, so mmg tak beli sofa,
at least ada ruang anak anak bermain...
Terima kasih mrs pip. Aah. IQ pun tak nak beli sofa lagi...sebab anak IQ pun kecik lagi
DeleteAll the best IQ.
ReplyDeleteSofa Sokano tu nampak menarik.
Terima kasih reen.
DeleteAah. Menarik kan. IQ duk ushar2 gak ni. Mesti best klu grab satu
All the best kak IQ..Hihi
ReplyDeleteTerima Ksih miera!
DeleteWaahhh.. tipssss menarik... rumah kecik ni susah kalau org datang jee.. tapai kalau kita satu family je nak duduk best sebab tak penat kemas bhahahaahahahahaha
ReplyDeletetapi*
DeleteRumah kecik mmg senang nak kemas. Tak banyak barang. Cuma kalau ada budak ni kemas berulang kali la jawabnya. Haha
DeleteNice blog IQ. Lazada Ramadhan Sale is now coming again. I already prepare a list and now waiting for the product wise sale.
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)