Salam semua.
Hari jumaat yang lepas, IQ dan ofismate IQ decide nak makan sedap-sedap sebelum menjelang Ramadhan lagi dua hari. So, kitaorang plan makan tempat makan yang biasa kitaorang pergi ni sebelum puasa. Kedai-kedai makan ni jarang pergi sebab agak pricey. Kalau baru dapat gaji baru la dapat pergi. Tapi memandangkan dah nak puasa, so..bedal je la even gaji pun tak masuk lagi. huhu..
So, dalam list tu ada kedai Korea yang menyediakan menu Dakgalbi. Sebab tu la diberi nama kedainya Mr Dakgalbi. Well, IQ tahu mesti sesetengah orang dah pergi kedai makan korea ni. Sebab kedai ni ada status halal ok! So, boleh la kalau nak mencuba makan makanan korea di sini. Kedai ni bawah ofis IQ je. So, hari2 nak makan pun boleh tapi tengok ongkos la. Kalau nak makan tiap hari, kopak la duit mak naakkk..haha!
|
Pilih pilih |
Setiap kali makan di Mr Dakgalbi ni, IQ biarkan ofismate IQ yang pilih. Selalunya IQ akan makan mee ramen, berbanding dua orang lagi ofismate IQ pilih untuk makan nasi. Sebagai hidangan pembuka, dorang akan sediakan menu sampingan sementara menunggu menu utama dimasak. Menu sampingan disediakan seperti Coleslow, jeruk lobak putih, Kimchi dan juga sup. IQ suka makan jeruk lobak putih sebab rasa dia macam jeruk biasa tu.
|
Jeruk Lobak Putih |
|
Coleslow |
|
Sup |
Selalunya IQ tak makan lobak putih ni. Tapi untuk jeruk lobak putih ni IQ boleh habiskan sorang-sorang. Kimchi ni plak tengok keadaan. Kalau kimchi yang baru dibuat mungkin IQ boleh makan, kalau kimchi yang dah lama dibuat, rasa masam dia kuat sangat, so tak sedap sangat bagi IQ. Masa IQ pergi ni, kimchi dia sedap, so melantak kimchi banyak2. XD
|
Kimchi untuk awak...eh? XD |
Dorang akan masak mee ramen dulu. Baru masak nasi. So, dorang akan masak depan kita ok. Bab ni seronok tengok dia masak tapi dah habis makan, masuk ofis mula bau baju sendiri. Kenapa? bau dakgalbi!! Kuat baunya sampai melekat pada baju. Kena bawak perfume siap-siap. Sembur lepas makan. huhu.
|
Prepare nak masak |
|
Mee Ramen dengan paste dan Cheese |
|
Masak masak |
Bila dah siap masak, apa lagi? Makan laaaa...selalunya IQ akan makan ayam dengan daun salad yang diberi. Gumpal2 masuk mulut. Omnomnomnom...Sedaaappp. Hari tu IQ makan banyak sangat sebab IQ kelaparan, tak makan pagi. Lately tak makan pagi, prepare makanan untuk Qa'id tapi tak bawak bekal ke opis. huhu.
|
Dah siap!! Nasi + Mee Ramen |
|
Muka masing-masing kelaparan nak makan |
Harga untuk makan dekat sini? haha, IQ macam biasa, terlupa nak snapshot harga lagi. Adehhh..maaf kawan-kawan. Tapi bahagi 4 orang, IQ kena bayar RM25.00 jugak. So, dalam RM100.00++ jugak sebab masa ni ada salah sorang daripada ofismate IQ bungkus bawak balik. heee..
Kalau korang rasa nak makan makanan Korea, boleh la try makan dekat Mr Dakgalbi ni. Ajak ramai kawan-kawan baru best nak makan. heee..ok la, tu je nak cerita. bai!
|
Try fish eye lense beli dekat Chilindo, sape pernah beli dekat Chilindo? haaa...nanti la IQ cerita pasal ni...kalau mood rajin terlebih. haha! |
20 Comments
dakgalbi tu seyes nampak sedap :D
ReplyDeleteaah, sangat sedap! boleh try kak =)
Deleteelsa tak pernah masuk sini kak hakhak. memang simpan niat nak makan sini. tapi banyaknya sayur hmm elsa dah lah tak makan sayur hmmmm
ReplyDeleteelsa jemput join ga baru elsa :* http://elsaalicious.blogspot.my/2017/05/giveaway-duit-raya-rm100-by.html
hihi, suruh orang lain makan, kadang2 bila dah gaul2 macam tu dah tak tahu mana satu sayur atau rice cake ape semua...
DeleteInsyaAllah IQ join. =)
Byknya makanan..boleh habis ka?
ReplyDeleteTapi mesti sedapkan..
Bestnya masak depan2 ...
hihi, habis je mrs pip, 4 orang makan ni. heeee
Deletebest tapi baju berbau makanan jadinya
wah kimchi baru memang sedap.... syiok kalau makan ramai-ramai... selamat berpuasa IQ
ReplyDeletehehe, kan? memang sedap kimchi tuu...selamat berpuasa jugak kak! =)
Deletedah lama teringin nak makan ni. tapi kat sini macam takde jee haha.
ReplyDeletekena datang KL la camntu...meh kL meh
Deleteerrr tak balh masuk kot korea food,hikhik..
ReplyDeletenmpk grang tol IQ, takut hakak tgok hahaa, mood rajin dtg la, boleh crita lebih pasal eye lense tu
hihi, xjauh beza rasa dakgalbi ni dengan makanan kita, kalau menu lain mungkin IQ tak ley telan jugak kak...
Deletehaha...nanti la kak, kalau rajin saya update...wiwiwiwi
Tak pernah makan makanan korea. Haritu pernah beli kimchi org wat. Tapi tak termakan sbb bau kuat sgt. Huhu..
ReplyDeleteNti citer sal fisheye lense yee..
kimchi kalau baru dibuat memang sedap, bau dia memang agak kuat sikit tapi ok je rasanya.
Deletehehe, tengok la, kalau rajin dia melambung tinggi. hehe
Teringin nak cuba.. tapi partner tak minat plak menu2 camni...
ReplyDeletekena cari kawan2 yg boleh makan la camtu, meh gi dgn IQ meh..hihi
Deleteteringin betul pergi sini.. ramai tengok kawan2 makan kat sini.. menyelerakan ni:(
ReplyDeletejom pergi! banyak franchise mr dakgalbi ni, boleh cuba. =)
DeleteLama tak makan sini.. sedapnya..huhu.. lapar dah malam-malam baca blog kak IQ.
ReplyDeletehaaa...boleh la jadi menu berbuka =P..malam2 pergi selongkar dapur sana. XD
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)