Salam semua.

Apa yang korang buat cuti semalam hah? haha! Kemain garang tanya kan? Tak bagus betul puasa2 ni marah2 orang, Astaghfirullahalazim...mengucap banyak2 IQ...hehe..

Semalam IQ menerima kunjungan orang yang IQ tunggu-tunggu berbulan lepas. Bestfriend IQ sejak zaman sekolah lagi nak menginap di rumah IQ beberapa hari untuk beberapa urusan sebelum dia balik ke kampung halaman di Terengganu untuk cuti singkatnya kali ni. Kenapa IQ kena tunggu berbulan lamanya baru dapat jumpa? sebab BFF IQ ni kerja dekat Miami, USA sebagai Chef atas kapal cruise. Amazing sangat sebab dia seorang wanita yang sangat pandai berdikari di tempat orang (Az, saya puji awak ni! haha!) namanya dia Muazatul, kadang IQ panggil Muaz, Kadang panggil Az.

Pagi semalam IQ da siap sedia tunggu Muaz sampai. IQ just ambik dia dekat stesen LRT je la, malas nak menapak pergi KLIA sana. haha! Flight dia sampai 8.00++ dan IQ ambik dia di stesen pukul 10.00++. Tapi yang tak boleh blah bila dia sampai stesen tu, dia nampak gerai mak cik jual nasi lemak tu dulu dari nampak IQ ni. Ceit! Dasar anak melayu celop omputih, pergi luar negara tetap balik cari nasi lemak. haha!

Nasi lemak dulu dia cari. 
Bila dah bersua, banyak la cerita nak story kan? Tapi disebabkan setahun dia tak balik Malaysia ni, loghat bahasa melayu dia sangat teruk! haha! loghat terengganu je ok sebab katanya dia selalu call ummi dia di kampung dan selalu guna loghat terengganu jer. IQ ni plak dah lama tak cakap loghat terengganu. haha~IQ plak murtad negeri. kuikuikui.tak ada la, dah Muaz pun cakap bahasa malaysia tak betul , IQ pun tergagap nak cakap terengganu dengan dia..adil la tu..

Sampai rumah, perkara pertama dia buat adalah bagi gift. So sweet. Qaíd dapat toy kapal cruise. IQ dapat sos istimewa dari sana! nanti la kalau IQ rajin IQ share. Kalau tak share tu tandanya IQ sibuk. haha! IQ pun dapat seutas gelang ala2 Pandora. cantik! kalau rajin, IQ ambik la gambar, kalau tak...hehe..

Aktiviti semalam tak banyak sangat. IQ hantar Muaz pergi spa sebab dia cakap dia terlampau letih bekerja dan nak buat spa. IQ hantar dia dekat MBH Medispa di Seksyen 10, Wangsamaju. Then, IQ dan adik2 ipar IQ serta Qaíd jalan-jalan di WangsaWalk dan jugak Aeon Big Wangsamaju. Cadangnya nak cari Magic Stroller untuk Qaíd tapi Aeon Big je ada. Tu pun tinggal 1 dan harganya tak berbaloi. Mahal! online boleh dapat lagi murah daripada tu ok! huhu. so cancel. tak jadi beli.

Dekat WangsaWalk, Naik Keretapi. Semua Mall da ada kereta api ni, dekat Aeon Big  wangsamaju pun ada. RM6.00 seorang. Baby 6 bulan ke bawah free. 

Setel semua, Jom makan! erkkk...dah kalau makan dengan orang yang dah lama tak balik Malaysia ni, jangan la makan western. Dia request nak makanan Malaysia jugak la. So, pergi kedai yang ada goreng-goreng. Bantai la dia order sotong dengan kangkung goreng belacan. Tak sedor diri tu allergic makan seafood dengan belacan. Craving punya pasal, pagi ni mata dah bengkak. XD

Inilah dia BFF IQ dari zaman sekolah menengah. Muaz. 
Setel makan, pergi cari simcard untuk Muaz ni sebab dia tak contact lagi ummi dia sebab no.dia tu tak boleh pakai dekat Malaysia. Pergi Aeon AU2 beli simcard DiGi. Habis semua, then balik. Muaz dah mengantuk sangat, habis maghrib dia krohhh sudah. Sampai ke pagi! Punya la penat. kesian pun ada. 

Hari selasa lepas, Keadaan Qaíd tak menentu, demam on off sebab batuk berkahak. Masih ada bekalan ubat tapi IQ nak pantau lagi kalau batuk dia membuatkan dia susah nak bernafas, IQ akan bawak dia untuk buat neb. Kahak nak keluar pun telan balik, nama pun budak kan? Tak reti nak buang kahak tu. huhu.


Acik Nina & Maklang dia pun ada, cuma tak ada dalam gambar. Brownies ni Maklang ni beli. Dengan Maryams. RM38 sekotak. Packaging cantik habis. boleh buat hadiah untuk sesiapa. 
Panjang pulak cerita kali ni. Padahal untuk satu hari punya cerita jer.Rajin betul nak menulis kali ni. hehe. Bai!